GURU TERCICIR.
Sudah lama tidak menulis, dalam masa yang lama ini penulis teruja untuk menulis berkenaan kewujudan masalah pendidikan oleh para pendidik 1Malaysia. Namun penulis bukanlah mencari kesalahan tetapi ingin berkongsi supaya dapat kita lihat bersama polimik ini.
Kita sering mendengar perkataan dan kata-kata kepada segolongan murid iaitu ‘murid tercicir’.Murid tercicir merupakan murid yang gagal mengikuti dan menguasai sesuatu sistem dan silibus yang ditetapkan pada tahap pembelajaran mereka. Murid-murid ini selalunya akan dimasukkan dalam kelas pemulihan yang mana sistem pengajarannya lebih ‘perlahan’ yang mengikut kemampuan dan tahap mereka.
Namun kita tidak pernah mendengar istilah kepada segolongan pendidik iaitu ‘Guru Tercicir’. Tentu ia asing untuk diterjemahkan dalam minda dan ‘planet’ pemikiran para pendidik. Bagi penulis, ‘Guru Tercicir’ merupakan golongan pendidik yang gagal mengikuti dan memahami sistem dan kondisi pendidikan semasa. Guru tercicir ini bukanlah tercicir di mana-mana sekolah tetapi ‘tercicir’ dimaksudkan adalam ketinggalan dalam beberapa ilmu kotemporari dalam dunia pendidikan semasa. Kesan daripada kewujudan guru tercicir ini adalah kelihtan kaku semasa beraksi, lesu ibarat hilang energi, malu dek kerana kurang ilmi dan kelu dek kerana tidak melihat dunia semasa.
Penulis sukan untuk melihta secara terlerinci apakah sebenarnya golongan yang dikatakan ‘Guru ‘ Tercicir’ ini :
1. Kurang penguasaan ilmu untuk opsyen mereka – Jika mereka mengajar sesuatu pengajaran mereka gagal untuk menguasai sepenuhnya apa yang diajar. Mereka gagal menguasai secara umum.
2. Penguasaan kepada kondisi semasa pembelajaran supaya mewujudkan suatu sistem pembelajaran yang menarik dan mesra murid.
3. Gagal memahami senario semasa dunia pendidikan moden yang menghambat seorang pendidik untuk lebih agresif dan sensitif kepada kondisi semasa.
4. Gagal memahami sesuatu falsafah pendidikan samaada falsafah pendidikan negara atau islam untuk diimplementasikan dalam gaya pendidikan.
5. Mereka hanya mengajar bukan mendidik.
6. Mereka menjadi pengimport bukan pengeksport.
7. Jadikan kerja bukan sebagai kerjaya.