SEKOLAH 1 ALIRAN: Menguji 1 kejujuran sebuah kerajaan.

Kehebatan Slogan 1 Malaysia terus dituntut perlaksanaannya. Dari 1 negara bangsa menyentuh 1 bahasa terus memanjat minda untuk memikirkan kewujudan sekolah 1 aliran. Idea sekolah 1 aliran ini sebenarnya bukan perkara baru. Malah pernah dilontar kewujudannya oleh Tun. Dr. Mahathir awal tahun 2009. Namun kepanasannya hanya sekejap setelah ditentang oleh pelbagai pihak dan kaum. Penulis suka untuk membuat komentar mengenai isu ini:



  1. Penulis masih tertanya-tanya, adakah kerajaan ingin mewujudakan sekolah 1 aliran ini hanya untuk politik atau ingin mewujudkan rakyat yang mempunyai 1 sifat nasional yang memberikan paling tidak titik persamaan dalam permasalahan kaum kini. Bagi penulis kerajaan perlu ikhlas dan komited dalam mewujudkan sekolah jenis ini.

  2. Sebelum kerajaan memikirkan mengenai sekolah 1 aliran, kerajaan perlu memikirkan mengenai dasar pendidikan terhadap bumiputera yang kebanyakan sekolahnya memihak kepada bumiputera seperti sekolah berasrama penuh, MRSM sekolah kawalan dan beberapa jenis sekolah yang masih menganak emaskan pelajar bumiputera. Adakah kerajaan sanggup untuk mengorbankan sekolah-sekolah jenis ini untuk mewujudkan pelajar yang mempunyai jatidiri nasional yang kukuh dengan mengadunkan pelbagai kaum dalam 1 sekolah? Bagi penulis sebelum mewujudkan sekolah 1 aliran, kerajaan perlu merevolusikan system pendidikan kerajaan terlebih dahulu sebelum kewujudan sekolah 1 aliran ini ditempelak dan dipertikaikan oleh pelbagai kaum di Malaysia.

  3. Adakah hanya melalui pendidikan sahaja boleh mengatasi masalah perkauman untuk memberntuk 1 Malaysia? Penulis agak keberatan untuk menerima dan menyalahkan pendidikan sebagai alat menyatupadukan kaum. Lihat sahaja di IPT atau IPTA di Malaysia, walaupun ada pelbagai kaum dan pelbagai latar belakang, apabila di dewan kuliah atau di kolej kediaman, mereka masih mencari kaum dan bangsa yang sama dengan mereka iaitu Melayu dengan Melayunya, Cina dengan Cinanya dan India dengan Indianya. Walaupun pelbagai kaum diintegrasikan dalam satu bilik namun mereka masih melekat dengan kaum masing-masing. Tidak pernah penulis melihat pelajar yang diintegrasikan dalam 1 bilik pergi makan bersama, bersenam bersama, pergi kuliah bersama kecuali diretorikakan di televisyen.

  4. Penulis mengharapkan sebuah kerajaan yang jujur dalam misinya untuk mencapai perpaduan kaum. Bagi penulis, pihak kerajaan tidak perlu mencanang dan menghebah atau menghebohkan mengenai perpaduan dan seumpamanya jika mereka masih lagi menunjukkan ciri-ciri perpecahan dan ketidaksatuan. Pihak kerajaan pemerintah iaitu Barisan Nasional terdiri daripada 3 parti kaum utama iaitu UMNO (melayu), MCA (Cina) dan MIC (India). Mereka masih menzahir kewujudan perbezaan kaum dalam politik. Seharusnya pihak pemerintah Barisan Nasional perlu dahulu diintegrasikan atau disatukan terlebih dahulu dalam satu bilik. Sehingalah mereka boleh makan bersama, tidur sebantal, mandi bersama dan baharulah mengajak rakyatnya mencontohi mereka. Mungkin lucu, Kerajaan Malaysia seperti mengajar anaknya berjalan betul. Pemerintah negara perlu melahirkan kepelbagaian kaum ini dengan saling melengkapi bukan saling melindungi hak masing-masing. Inilah bahana pihak kerajaan yang menganggap diri ‘ Hanya Barisan Nasional sahaja boleh memerintah Malaysia ini’.

  5. Ketidakyakinan dan kebimbangan terhadap keberkesanan sistem pendidikan negara menyebabkan kewujudan sekolah agama islam yang masih memisahkan kaum. Sekolah-sekolah ini merupakan sekolah swasta. Sekolah jenis ini sememangnya 100% kaum melayu. Mana mungkin kum cina dan India akan memasuki sekolah jenis ini. Penulis bimbang, jika nanti apabila pihak yang tidak berpuas hati dengan kewujudan sekolah 1 aliran ini akan mengambil kesempatan dengan menubuhkan sekolah berdasarkan agama masing masing dengan Tamil dengan Hindunya dan Buddha dengan Cinanya.

  6. Melalui satu kajian, mengenai pelajar Cina yang begitu cemerlang kerana belajar di sekolah Cina. Sistem pendidikan, pentadbiran dan ketekunan guru sekolah Cina membuatkan bukan sahaja kaum Cina yang bersekolah di sekolah Cina malah kaum melayu. Dengan kewujudan sekolah 1 aliran ini, sudah pasti menghalang kewujudan system pendidikan di sekolah Cina yang cemerlang sejak sekian lama.

    Akhirnya, penulis sedar akan masalah perpaduan rakyat Malaysia. Penulis tidak mengatakan penulis bersetuju atau tidak akan kewujudannya. Bagi penulis, samaada kewujudan sekolah 1 aliran atau tidak dalam konteks perpaduan ini, negara memerlukan kerajaan yang jujur dan ikhlas dalam misinya samaada untuk kepentingan bangsa mereka sendiri atau negara.

    mymindakini dot com
Read More

PENAHANAN DR. ASRI: Agenda Politik atau ikut undang-undang?

Secara ringkas, penulis ingin memberikan sedikit komentar mengenai isu ini:


  • Semasa keputusan Mahkamah memenangkan D.S Nizar,Barisan Nasional atau lebih sinonim dengan UMNO telah menerima keputusan mahkamah kerana mereka percaya bahawa mereka mengikut keputusan pihak berkuasa yang menentukan nasib mereka. Manakala setelah Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada mereka, mereka mengatakan bahawa PR perlu mengikut dan menghormati keputusan mahkamah. BN dilihat begitu menghormati keputusan pihak berkuasa terutama badan kerajaan.


  • Dalam kes Dr. Asri, BN yang diwakili D.S Najib tidak menyokong tindakan yang dibuat oleh JAIS atau lebih dikenali dengan Jabatan Agama Islam SELANGOR. Ini berlawanan dengan ‘prinsip’ BN sebelum ini yang begitu menghormati undang-undang. Malah mufti Perak dan Mashitah (TM Jab. Perdana Menteri) menyokong tindakan JAIS kerana mereka mengikut lunas undang-undang yang betul.


  • Tauliah ini sebenarnya adalah tiket sahaja untuk memudahkan pihak jabatan agama Islam mana-mana negeri. Di Malaysia, seseorang itu tidak dikira berilmu walaupun memegang jawatan mufti, ustaz malah professor sebelum menduduki temuduga yang dibuat oleh jabatan agama islam negeri. Malah isu larangan ceramah tanpa permit bukan perkara baru. Bahkan sebelum ini bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom pernah dihalang menyampaikan ceramah di Selangor. Lagi pelik, beliau bekas Mufti Selangor, tak dibenarkan ceramah di Selangor. Begitu juga Dato' Dr Harun Din juga pernah dihalang, sedangkan ribuan pelajarnya di UKM menerima ilmu darinya, bahkan yang nak halang dia pun bekas anak muridnya. Begitu juga Dato' Ismail Kamus, Mufti Perak Dato' Harussani juga dihalang menyampaikan kuliah di beberapa negeri.


  • Bagi penulis, Dr. Asri ini merupakan alat untuk memburukkan kerajaan PR di Selangor yang exco agamanya adalah daripada PAS yang sebelum ini begitu lantang menentang kerajaan BN di Selangor. Jika BN benar-benar konsisten menentang pihak yang tidak menghormati undang-undang, mereka akan menyokong tindakan JAIS.


  • Daripada keadaan ini, penulis terfikir, adakah keputusan mahkamah di Perak samaada keputusan di mahkamah tinggi atau rayuan merupakan drama daripada BN?Fikir-fikirkan….
mymindakini dot com
Read More

PENGURUSAN TARBIAH: ADAKAH TAKLIFAN HANYA UNTUK GOLONGAN ULAMA?



Tarbiah ini adalah ibarat seni yang memberikan sentuhan jiwa dalam diri untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Tarbiah perlu dihiasi dengan strategi yang hanya mereka yang hidup di dalamnya memahami ilmu pentarbiahan ini.


blogger mymindakini


Selepas penulis tamat belajar di universiti kira-kira 5 tahun lalu. Penulis sempat terjun ke dalam masyarakat bawahan. Ini merupakan ujian dan pengalaman penting kepada penulis. Penulis tidak segan dan malu iaitu penulis pernah bekerja sebagai pencuci kereta. Pekerjaan yang agak hina dipandang oleh mereka yang tinggi diri dan bangga menjadi graduan. Sebenarnya pekerjaan ini memberikan pelbagai nikmat kepada penulis untuk mengenali masyarakat dalam erti kata sebenar.

Namun itu bukanlah kompas wacana penulis ini. Setelah penulis tamat belajar selama kira-kira 5 tahun di universiti. Penulis dan sahabat penulis pada masa itu, sedang berdarah panas .Maklumlah, orang muda yang masih kuat hidup dalam tarbiah hidup kampus . Penulis dan sahabat penulis tinggal secara menyewa di sebuah bilik yang di sewa oleh pekerja-pekerja yang bekerja di INTAN, Wilayah Persekutuan. Maklumlah, setelah tamat pengajian, apa yang penting bagi diri penulis adalah jimat dengan tujuan untuk ‘menapak’ dalam hidup. Seingat penulis, seramai 6 orang tinggal di dalam rumah tersebut. Selebihnya dalam rumah tersebut bukanlah sahabat penulis tetapi kenalan yang diperkenalkan kerana kekosongan bilik untuk disewa. Apa yang menyedihkan di dalam rumah tersebut hanya penulis dan sahabat penulis sahaja yang bersolat. Semasa bulan puasa, jangankan solat , puasa pun tidak diendahkan. Namun yang lebih menyedihkan, jika hari cuti mereka tidur bermula 7 petang dan bangun 7 petang esoknya.

Kami sering dilawati oleh jiran kami, yang belajar di tahun akhir Akademi Pengajian Islam, universiti tempat penulis belajar. Ustaz muda ini sering menjadi Imam di kawasan perumahan penulis. Ustaz muda ini memang sentiasa datang bersembang dan alhamdulillah ia menjadi pemanas tarbiah diri kerana sering memberikan peringatan dan ilmu untuk dikongsi. Namun yang agak kureng menyenangkan dengan sikap ustaz muda ini yang ternyata memandang sahabat serumah penulis ini dengan pandangan yang tidak menyenangkan. Setiap kali datang bertandang ke rumah penulis, ustaz muda ini sering memaksa penulis dan sahabat supaya memanggil mereka untuk ‘ditarbiah’ katanya. Penulis musykil, tarbiah macamana? Panggil mereka dan ceritakan tentang islam dan katakan bahawa perbuatan yang mereka lakukan itu adalah buruk dan bertentangan dengan islam.

Penulis dan sahabat penulis berpandangan sesama sendiri dan tersenyum.

Setelah ustaz muda itu beredar. Penulis (Ijazah Ekonomi) dan sahabat penulis yang merupakan bakal graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab berbincang mengenai perkara ini.

Konklusinya mudah.
Kami dengan mudah merumus dan mengatakan, pengalaman dan suasana kehidupan kita di kampus membezakan kita dengan dia. Walaupun dia mempunyai ilmu agama tetapi hanya cukup untuk disebar dan diajar kepada masyarakat mungkin di masjid atau di sekolah. Dia menganggap untuk membetul dan mengislahkan umat hanya berleter dan bercakap itu dan ini tentang islam tetapi dia gagal untuk menyusun strategi dalam menarik minat mad’u. Jika kami mengikut apa yang dilakukan oleh ustaz muda itu, sudah tentu hari itulah hari terakhir kami tinggal di rumah tersebut. Bukan kami beredar kerana kami tidak sanggup tinggal di situ, tetapi mereka tidak sanggup lagi untuk membawa kami tinggal bersama mereka.Setinggi manapun mereka belajar pendidikan agama samaada syariah, ussuluddin, siasah syariyyah, dakwah dan sebagainya, jika mereka tidak hidup dalm tarbiah, mereka tidak tahu kemana ilmu yang mereka miliki itu untuk dibawa. Malah, jika belajar dalam ilmu lain seperti kejuruteraan, perniagaan, prndidikan dan sebagaimana, jika hidup dalam suasana tarbiah, mereka mengetahui bagaimana unsur dakwah, islam dan tarbiah diterap.
Namun persoalannya, sesuaikah mereka yang mempunyai ilmu agama tetapi tidak hidup dalam bi'ah tarbiah, diberikan taklifan untuk mengurus hal ehwal tarbiah?

mymindakini dot com
Read More

Takziah buat Ramadhan Fitri

Takziah buat Ramadhan Fitri, penulis mengenali Ramadhan di bumi Universiti Malaya. Mula mengenali dan mendengar cerita mengenainya semasa menjadi pemimpin pelajar di Nilam Puri. Walaupun Ramadhan ini adalah junior penulis tetapi penulis amat mengkagumi peribadi Ramdhan ini. Kehebatan dan kesempurnaan insan bernama Ramadhan ini sering membuat diri ini ingin mengenali bapanya, Ustaz Ellias Zakaria...yang mendidik deretan anak dengan imej pemimpin dan sarat dengan kesempurnaan ini.

Penulis memahami perasaan insan yang kehilangan. Namun bagi penulis, tarbiah dirinya di kampus dan tarbiah ayahnya cukup untuk menggalas ujian besar dari Allah ini. Bagi penulis, setiap perkara dan ujian dari Allah kepada kita sarat dengan hikmah yang boleh kita fikirkan bersama.
Ingatlah...Kadang- kadang Allah hilangkan sekejap matahari. Kemudian Allah datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita menangis mencari di mana matahari. Rupanya Allah mahu hadiahkan kita pelangi yang indah. Oleh itu, alihkan pandangan kita bahawa disebalik susah ada kesenangan yang boleh kita kecapi. Di sebalik kesenangan, ada kesusahan yang bakal mengajar kita menjadi lebih baik.

mymindakini dot com

abunabil09

Read More

Sumber Manusia: Adakah kita peduli?

Penulis kali ini ingin mencoret bagaimana kita melihat pengurusan ini dari sudut mengurus manusia. Dengan kata lain, mengurus tenaga kerja samaada yang menyumbang tenaga mental atau fizikal kepada sesebuah organisasi. Tenaga kerja ini sudah tentu merujuk kepada mereka yang berada dalam sesebuah organisasi.


Tenaga kerja ini merupakan aset yang penting dan merupakan penggerak utama dalam sesebuah organisasi. Tanpa tenaga kerja sesebuah organisasi akan gagal berfungsi dengan baik. Sesebuah organisasi yang baik akan mengekalkan tenaga kerja dalam organisasinya untuk berkerja di dalamnya.


Pengurusan tenaga kerja di dalam sesebuah organisasi ini merupakan perkara yang amat penting. Rentetan, maka wujudkan perbincangan, pembentangan kertas kerja, bengkel, kajian seterusnya memaksa mewujudkan satu pengajian di peringkat sekolah dan universiti iaitu subjek 'Pengurusan Sumber Manusia'. Organisasi yang hebat sebenarnya dapat melahirkan rasa sayang, komited dan dedikasi terhadap pencapaian organisasinya. Manakala organisasi yang gagal dalam pengurusan sumber manusianya akan melahirkan pekerja yang berminda untuk mencari kerja ke tempat lain, rasa benci terhadap pengurusannya dan sebagainya. Namun untuk melahirkan rasa dan perasaan sayang terhadap organisasinya seharusnya pengurus dan pemimpin organisasi mewujudkan program dan sebagainya dalam organisasinya.


Kepentingan pengurusan sumber manusia ini bukanlah bidang penulis namun melalui pengalaman dan pemerhatian penulis terhadap keadaan ini memaksa penulis berkongsi dan membuka minda ke arah arena yang lebih luas. Pengurusan sumber manusia ini menjadi tumpuan bukan hanya kepada organisasi peringkat internasional malah di peringkat organisasi atau tanzim pelajar di peringkat sekolah dan universiti.


Dengan kata lain, pengurus yang terbaik akan merancang sumber pekerjanya bukan hanya kedudukannya, menganalisis tenaga kerja bawahannya, menyusun program mengikut kemampuan mereka seterusnya merangka masa hadapan pekerjanya supaya lebih terurus dan terarah kepada matlamat organisasi.


Seringkali pengurus akan mengatakan di dalam mesyuarat atau perjumpaan bahawa pekerja mereka tidak ada rasa sayang terhadap organisasi, pekerja tidak memahami matlamat organisasi, tidak berdisiplin, mementingkan diri sendiri dan malah terdapat pekerja yang mempertikaikan sesuatu ketetapan termasuk peraturan dan undang-undang dalam organisasinya. Dalam soal ini, adakah pekerja perlu disalahkan? dan mengumpul semua kesalahan organisasi dan diletakkan di pundak pekerja? Pengurus tugasnya adalah mengurus bukan menyalahkan. Bagi penulis, pengurus yang hebat tidak akan menyalahkan pekerja tetapi mencari solusi akan masalah pekerjanya. Memanglah penulis tidak menafikan bahawa ramai pekerja akan mengundang pelbagai kerenah dan gelagat.


Namun pengurus perlu melakukan pelbagai perancangan bersifat jangka panjang dan pendek agar sikap pekerja yang tidak baik dapat dikekang dan diubah. Contohnya jika dalam kondisi sekolah, guru tidak siap perancangan mengajar namun siap hanya sekadar laporan mengajar. Pengurus yang hebat tidak akan membebel dan berleter dan menggeluarkan pelbagai hadis dan ayat al-Quran semasa mesyuarat atau perjumpaan dengan tujuan pekerja sedar. Solusi berhemah yang berjaya mengekang kegagalan mereka ini adalah pengurus perlu turun padang dan melihat sendiri permasalahan pekerja bawahan mereka. Contohnya seperti membuat pencerapan mengejut kepada semua guru bagi mengatasi masalah tidak siap perancangan mengajar selain memberikan signal bahawa pengurus atau guru besar mengambil serius akan masalah ini. Seterusnya membentuk sikap dan budaya dalam sekolah dan organisasi.


Selain itu, sumber manusia ini akan semakin bersar selaras dengan besarnya organisasi, namun sebesar manapun organisasi atau sekolah akan menghadirkan pelbagai kerenah dan masalah kepada organisasi. Maka keadaan ini memaksa organisasi mewujudkan buku etika pekerja yang sesuai supaya tidak wujud pekerja yang malas, mengambil peluang dan mungkin kurang komited. Keadaan ini memaksa 100% komitmen terhadap organisasi. Namun yang menyedihkan buku etika ini tidak dipedulikan oleh kelas atasan sehinggakan tidak update, undang-undang pemindaan semasa ditulis dengan tulisan tangan dan lain-lain lagi. Menyebabkan pekerja bawahan boleh mempertikaikan undang-undang dan etika yang 'tidak mempunyai penyelesaian yang kukuh'. Natijahnya terdapat pemotongan gaji, amaran yang tak keruan dan lebih teruk lagi pembuangan pekerja.


Penulis juga suka untuk mengaitkan pengurusan sumber manusia dengan program yang dianjurkan oleh sesebuah organisasi. Program yang dirancang seperti di sekolah adalah termaktub dalam takwim tahunan yang seharusnya diikuti dan dipatuhi oleh pihak organisasi dan pelanggannya. Sesebuah program untuk perkembangan pekerja dan sekolah walaupun baik seharusnya dirancang awal seawal 6 bulan. Keadaan ini akan mewujudkan pekerja yang bekerja agak halal balal, tidak puas hati dan lain-lain dan kesannya adalah organisasi.


Buat di sini sahaja...


mymindakini dot com


Read More

Bagan Pinang: Adakah sokongan BN sudah pulih?

Semalam keputusan PRK N31: Bagan Pinang telah diumumkan oleh SPR. BN mengekalkan kemenangan di kubu kuat mereka sejak dahulu. Tan Sri Isa Samad selaku mantan Menteri Besar N9 dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan. Penulis sukan membuat komentar mengenai PRK ini:

  1. Kejayaan BN sudah dijangka dengan meletakkan populariti Isa Samad sebagai mantan menteri Besar N9 selama 22 tahun yang gagal disaingi oleh calon PAS.
  2. Tumpuan pengundi Bagan Pinang bukanlah isu nasional tetapi isu tempatan. Suatu kajian mengatakan bahawa rata-rata penduduk Bagan Pinang gagal menguasai isu semasa dengan baik selain tidak berminat dengan isu-isu semasa. Pengundi di sana hanya mementingkan keperluan hidup mereka dipenuhi.
  3. Peningkatan majoriti BN bukanlah perkara baru dengan keadaan Bagan Pinang merupakan kubu kuat mereka ditambah indi pos merupakan talian hayat mereka. Tugas utama mereka adalah menambahkan jumlah majoriti.
  4. Kemenangan Isa Samad akan membentuk dua team dalam ADUN N9 kerana akan wujud team Muhammad Hasan dan Isa Samad dalam keadaan jumlah kerusi adun N9 yang agak genting.
  5. Sedikit memberi impak kepada pengundi Bagan Pinang adalah isu Buah Pala, SELCAT, isu janji di Selangor yang mendapat sedikit simpati selain ketidakpakatan dalam Pakatan Rakyat oleh PAS dan DAP.
  6. Pada penulis, Pakatan Rakyat masih bergelumang dengan proses kenal mengenali antara satu sama lain.
  7. Persoalannya, dengan kemenangan Isa yang besar ini adakah akan memberikan peluang kepadanya untuk dilantik exco N9 melalui pengalamannya sebagai menteri besar N9.

  8. Namun adakah Isa akan mewakili BN selepas ini pada pilihanraya PRU 13 nanti? padahal Isa diletakkan sebagai cadangan tunggal Teluk Kemang yang menjadi calon dengan keadaan BN pusat agak tidak merestui Isa sebagai calon? selain Isa merupakan best point untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN. Jika tidak diletakkan Isa, BN mungkin akan tumbang lagi.

mymindakini dot com

Read More

Minda Politik Malaysia

Sudah sekian lama, penulis tidak mencoret dan mencerna isi minda ke dalam blog ini. Kesibukan dunia dalam usaha melahirkan mata rantai islam yang terbilang sentiasa tersemat di minda. Penulis kini dalam proses pembikinan dalam mengubah pendekatan pencernaan minda penulis ke arah perkembangan pendidikan dan cuba mengubah sedikit demi sedikit pendekatanya. Sememangnya usaha ke arah membentuk generasi qudwah ini bukan hanya tertumpu kepada politik dan komentarnya tetapi berusaha keras mengasak minda mencari solusi dan membuka langkah melahirkan generasi.

Namun penulis suka jika penulisan penulis ini mendapat respon dan komentar membangun terhadap semua wacana penulis. Penulis menerima dan mengalu-alukan sebarang komen wacana penulis. Penulis tidak kisah jika dihambur kata-kata atau komen yang agak emosi kerana padan namanya blog ini mymindakini tetapi bukan mybukukini. Wacana penulis adalah 100% lahir daripada minda penulis bukannya merujuk kepada buku-buku tertentu. Namun penulis bersifat terbuka dalam menerima pendapat kerana kita seharusnya menghormati setiap pendapat bukan menguhukumi pendapat.

Berkaitan dengan keadaan politik negara yang dimainkan oleh rakyat jelatanya, kondisinya semakin celaru yang memaksa kita melihat pelbagai gelagat dan kerenah warganya sehinggakan kadang-kadang terdapat pemainnya yang agak meroyan. Tidak kiralah di pihak kerajaan dan pembangkang. Bagi penyokong kuat mana-mana pihak, mana mungkin akan menghina dan mencerca tindakan dengan sentiasa bersangka baik tetapi terus bersangka buruk mencerca pihak lawan. Tidak kiralah di pihak yang memuja islam dan sebaliknya….sama sahaja. Semakin sarat memasar dan mengendong membawa unsur jahiliah dalam kehidupan terutama membuat keputusan politik dan mencipta pengaruh.

Apabila pilihanraya kecil atau umum sahaja, penulis melihat pelbagai gelagat dimainkan oleh pemainnya tidak kiralah yang berserban 3 kilo beratnya atau bersongkok setinggi gunung. Tuduh menuduh, provokasi, hina menghina dan lain-lain lagi yang rata-rata memaksa kewujudan keadaan ‘sama tetapi tak serupa’. Apabila pilihanraya sahaja,tiba-tiba yang bergaduh berbaik semula, kapal yang nak karam ditutup bocornya diangkat semula menunjukkan kehebatannya dan keaiban yang dahulunya tidak pernah timbul tetapi apabila ada pilihanraya tiba-tiba sahaja timbul. Inilah pilihanraya dan politik Malaysia…untuk mencipta pengaruh sahaja sanggup berbuat apa sahaja. Namun mencipta pengaruh yang memerlukan kebijaksanaan dan kebijaksinian seterusnya berusaha membawa penilaian pemilih yang kini begitu bijak.

Sudahlah Sang Pemerintah yang sebegitu rupa, menutup sekian lubang yang ada dan menghambur kata-kata dan berita yang jauh dari kebenaran. Tetapi Sang Pembangkang pula mengikut rentak Sang Pemerintah yang menggunakan pelbagai peluang untuk mencari pengaruh.

Penulis begitu sedih dan kecewa dengan keadaan Parlimen Malaysia yang gagal menjadi Parlimen sebenar parlimen. Parlimen Malaysia menjadi tempat maki hamun, menunjukkan kehebatan, mematikan hujah lawan, bertengkar-tengkar, merendah-rendahkan lawan dan kadang-kadang tempat mencarut. Barisan Kerajaan dan Barisan Pembangkang saling bersangka buruk sesama sendiri manakala misi utama membela rakyat terabai. Inillah akibat kegagalan pihak kerajaan memanifestasikan ilmu sebagai benteng diri tetapi tumbang dek kerana tembakan emosi diri.

Dahulu, penulis dan rakan-rakan suka bermain terup tetapi tidaklah sampai berjudi tetapi menggunakan terup untuk bermain suatu permainan yang dinamakan ‘main tipu’. Permain-permain ini akan membahagikan semua terup yang ada secara seimbang kepada jumlah permain yang ada. Permain yang berjaya menghabiskan dengan cepat terup yang ada di tangan akan dikira berjaya. Namun untuk berjaya menghabiskan terup yang ada bukanlah mudah kerana perlu meletakkan terup dan menyebut nama terup dan jumlah yang diletakkannya contoh sebenarnya kita menyebut 3 daun terup K Kelawar tetapi kita sebenarnya meletakkan 1 K Kelawar dan 2 Q Kelawar. Jika terup yang kita letakkan itu dibuka kita dikehendaki mengambil semua terup ditengah tetapi jika sebaliknya, permain lawan yang mengatakan kita menipu pula akan mengambil semua terup yang ada.

Yang menariknya, bukan mudah untuk menipu permain lain kerana permainan ini mengajar kita menggunakan strategi politik yang hebat. Apabila kita meletakkan terup itu samaada betul atau tidak permain lain akan memandang mata dan pergerakan badan kita tetapi jika strategi kita gagal, ia akan memakan diri. Namun sebenarnya, untuk memenanggi permainan ini dengan mudah atau berjaya menghabiskan semua terup yang ada pada kita adalah dengan bersifat jujur iaitu jujur dengan perbuatan dan kata-kata. Terup jenis dan nombor yang diletakkan adalah sama dengan jumlah dan jenis terup yang disebut.

Inilah permainan politik, bagi penulis, politik yang bijaksana adalah politik jujur dan penulis sendiri sedang menunggu terdapatkah parti yang mengamalkan politik jujur yang akan dinilai oleh rakyat. Di mana apabila tiba pilihanraya, parti-parti ini hanya memasarkan agenda bertanding bukan mencerca, menghina, mengaibkan dan lain-lain lagi. Ingatlah, Islam itu tertegak atas keruntuhan Jahiliah.
mymindakini dot com
Read More

Ingatan buat Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Wahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang di antara kamu. Dengar dariku kalimat yang tinggi berkumandang dari atas mimbar di Muktamar ini.
Sesungguhnya Jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis panduannya. Aku tidak akan menyalahi garis-garis panduan yang aku amat menyakini bahawa ia adalah Jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia Jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain.
Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh dan bekerja tanpa henti. Sesiapa dikalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan Dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain
(Assyahid Imam Hasan Al-Banna)
Read More

PKM PEJUANG KEMERDEKAAN BUKAN UMNO?

Penulis cuba menyingkap dan mengatur kronologi sejarah Malaysia yang penulis pelajari semasa di sekolah menengah iaitu di tingkatan 1 hingga 5. Rata-rata silibus semasa menengah rendah adalah tassawur sejarah tanah melayu hinggalah dijajah oleh Inggeris dan mencapai kemerdekaan. Namun penulis meragui tentang kesahihan sejarah Malaysia yang ditulis oleh sarjana-sarjana sejarah di Malaysia. Bermula semasa penulis di kampus dahulu, penulis pernah belajar dengan Prof. Jomo K.S. Nama Jomo K.S begitu terkenal dikalangan golongan pemikir dan yang menariknya, pada sekitar 1999-2003 Jomo K.S telah dijemput oleh barisan pembangkang untuk membentangkan belanjawan pembangkang di Parlimen. Namun itu bukanlah kebanggaan penulis malah yang dibanggakan oleh penulis adalah ilmu yang ada pada pakar ekonomi ini. Semasa kuliahnya, rata-rata menceritakan sesuatu yang baharu termasuk salasilah sultan perak, kemerdekaan negara dan yang menarik beliau mengatakan bahawa komunis yang kita benci hari ini adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar. Penulis bukanlah ingin membuat kontroversi atau menyebarkan berita palsu tetapi sebagai orang islam kita seharusnya mencari kebenaran supaya yang gelap dapat kita terangkan. Penulis juga bukanlah membela mana-mana pihak atau berfahaman seperti yang penulis tuliskan tetapi sebagai tatapan umum.

Bermula daripada situlah penulis mencari bukti yang jelas dan konkrit mengenai kenyataan Prof, Jomo tersebut. Ini disebabkan rata-rata apa yang penulis belajar semasa di sekolah dahulu menceritakan keburukan komunis atau lebih jelas Parti Komunis Malaya (PKM). Namun setelah menonton Di Luar Lingkungan (DLL) beberapa hari yang lalu, fakta dan kenyataan Prof. Jomo seperti ada kebenarannya. Di dalam DLL, Prof, Emeritus Prof Datuk Dr Ramlah Adam ada menyatakan bahawa sebenarnya semasa beliau dan panel penulisan buku teks sekolah menengah, pihak kerajaan mengarahkan beliau dan panel lain menyembunyikan beberapa fakta penting tentang sejarah Malaysia untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara. Fakta-fakta sebenar dan disembunyikan hanya diajar di Universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi. Terdapat individu yang mengatakan sarjana-sarjana sejarah sebenarnya mencabuli fakta sejarah negara untuk kepentingan pihak kerajaan. Namun bagi penulis, penulis agak menyokong apa yang dinyatakan oleh Prof. Emeritus bahawa di peringkat sekolah menengah, tahap pemahaman mereka perlu pada tahap tertentu. Secara logic, jika di dalam kandungan buku teks di tulis UMNO yang memerintah negara kini adalah dibenci rakyat dan mendokong cita-cita penjajah!. Pembaca fikirkanlah apa akan terjadi! Namun semua orang mempunyai pendapat masing-masing.

Selain itu, salah seorang ahli panel DLL iaitu Fahmi Reza yang merupakan penerbit dokumentari dan blogger mengupas mengenai polimik ini satu-persatu. Dokumentari 10 tahun sebelum merdeka menceritakan segalanya. Yang menariknya! Prof, Emeritus Prof Datuk Dr Ramlah Adam mengakui kebenaran akan semua fakta yang terkandung dalam dokumentari tersebut. Semasa penulis menonton dokumentari tersebut di dalam youtube, penulis begitu terkejut bahawa apa yang terjadi 10 tahun sebelum merdeka sudah berjaya memberikan kesinambungan dan kronologi menarik mengenai sejarah Malaysia. Fahmi Reza bukan menceritakan fakta tetapi menampilkan semua saksi yang melalui zaman kesatuan Melayu Muda (KMM), DMA, MPAJA dan Putera dan beberapa lagi kesatuan rakyat pada ketika itu.

Dalam dokumentari tersebut yang diceritakan oleh pemimpin-pemimpin kesatuan rakyat seperti Kesatuan Melayu Muda dan lain-lain. Secara ringkasnya, setelah penubuhan persekutuan Tanah Melayu yang ditandatangani perjanjiannya penubuhannya oleh Raja-raja melayu dan UMNO maka rakyat melalui MPAJA dan PUTERA melancarkan penentangan terhadap penubuhannya. MPAJA ( Malayan People’s Anti Japanese Army) yang dianggotai oleh golongan petani, orang miskin dan buruh di kalangan pelbagai kaum. Pada masa itu, Inggeris mengupah wartawan-wartawan untuk melancarkan propaganda untuk memburukkan MPAJA. Orang-orang Umno berpihak dan sentiasa dilindungi oleh penjajah. Segala apa yang dikatakan oleh UMNO datang daripada penjajah. MPAJA yang sebenarnya dibiayai oleh Inggeris untuk menentang Jepun telah menyaingi UMNO yang juga anak didik Inggeris. Pembaca boleh menyingkap sejarah MPAJA sehinga berjaya menguasai beberapa daerah dan Bandar-bandar penting di semenanjung Tanah Melayu. Jumlah mereka yang ramai dianggotai oleh buruh, petani dan orang miskin membuatkan keanggotaan mereka meningkat. Namun selepas Jepun menyerah kalah maka Inggeris merasakan berlaku persaingan antara MPAJA dan UMNO dari segi pengaruh. MPAJA dilihat begitu berpengaruh berbanding UMNO kerana mereka dianggotai dan disertai oleh orang miskin, petani dan buruh dari pelbagai kaum. Maka Inggeris mengupah wartawan mereka untuk mengadakan propanganda memburukkan MPAJA. Siapakah MPAJA? MPAJA ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan. Namun penulis hanya berjaya mengabungjalinkan beberapa fakta yang dianggap logik berdasarkan dokumentari Fahmi Reza.
Pembaca boleh mendapatkan maklumat Dokumentari 10 Tahun sebelum Merdeka.

link blog Fahmi Reza: http://10tahun.blogspot.com/

Read More

10 Matapelajaran SPM: menutup kehebatan kilang anak emas kerajaan.

Penulis tidak sempat untuk memberikan sedikit komentar kerana semasa pelbagai isu timbul penulis sibuk membuat persediaan program kendalian penulis. Namun kini penulis mempunyai banyak masa untuk menyumbangkan sedikit komentar mengenai isu 10 matapelajaran maksimum hanya dibenarkan kepada calon SPM. Sedikit komentar mengenai isu ini:
  1. Penulis hanya mahu pembaca sekalian memahami istilah sijil terbuka yang diperkenalkan oleh kerajaan hampir 10 tahun lalu. Dahulunya keputusan SPM ditentukan melalui pengiraan system agregat iaitu melalui 10 matapelajaran hanya dikira 3 matapelajaran terbaik teras termasuk Bahasa Melayu dan 2 terbaik matapelajarn pilihan dan 1 dari mana-mana kumpulan teras atau pilihan. Nilai agregat tertinggi adalah 6 agregat. Namun kini adalah sijil terbuka, calon yang mengumpul jumlah A1 terbanyak akan mendapat kedudukan yang terbaik.
  2. Bermula daripada Nur Amalina che Bakri (17 1A), Azali Azlan ( 21 1A) dan terbaru Nur Madihah 20 1A sebenarnya merunsingkan pihak kerajaan. Mana tidaknya! Kesemua pelajar yang menjadi tumpuan negara seanteronya adalah pelajar di sekolah biasa dan terbaru Nur Madihah belajar di sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) yang baharu setahun mendapat bantuan kerajaan. Mereka bukanlah keralhiran kilang anak emas mereka iaitu sekolah berasarama penuh (SBP). Sebelum ini kerajaan akan berbangga dengan pencapaian kilang anak emas mereka dengan pencapai 100% 10 1A. Namun dengan kejayaan Nur Amanina, Azali dan Madihah menutup kecemerlangan anak emas mereka. Pihak SBP bukan tidak membenarkan muridnya mengambil lebih matapelajaran tetapi kekangan masa yang terhad kerana untuk mengambil lebih daripada 10 matapelajaran memerlukan seseorang pelajar menghadiri tuisyen di luar waktu sekolah. Mana mungkin pelajar di asrama untuk menghadiri tuisyen di luar!.
  3. Bagi penulis, tiada sebab yang munasabah untuk kerajaan tidak membenarkan murid mengambil lebih 10 matapelajaran. Lebih matapelajaran sebenarnya menonjolkan kehebatan dan keunggulan pelajar Malaysia!. Penulis tidak faham apa yang dijelaskan oleh kerajaan, dengan mengambil maksima 10 matapelajaran, guru dapat member perhatian penuh kepada pelajar. Sebanarnya tidak ramai pelajar yang mengambil lebih 10 matapelajaran iaitu hanya kira-kira 48000 daripada 500000 calon SPM tahun lepas. Jadi jika mereka mampu apa salahnya!

    Akhir kalam, Kementerian Pelajaran perlu professional untuk melahirkan sesebuah generasi. Generasi yang bijaksana dan bijaksini perlu diadun dengan pelbagai bahan supaya mereka tegak menahan panahan dunia global yang bukan mengancam tetapi mencincang jiwa mereka.

mymindakini dot com

Read More

KERAJAAN PERPADUAN: ANTARA KEIKHLASAN PAS DAN TALIAN HAYAT UMNO.

Muktamar PAS terbaru secara rasmi menjadikan kewujudan perbincangan kerajaan Perpaduan antara PAS dan BN mungkin menjadi kenyataan. Presiden PAS yang menang tanpa bertanding begitu tegas menekankan mengenai kerajaan perpaduan. Namun bagi penulis, kerajaan perpaduan ini bukanlah kerajaan campuran dan bukan kerajaan gabungan tetapi kerajaan perpaduan adalah pembentukan kerajaan di peringkat kabinet atau badan eksekutif terdiri daripada pelbagai parti. Bermakna dalam kabinet yang dimenangi oleh parti politik yang mempunyai majority di parlimen akan memegang jawatan Perdana Menteri tetapi jawatan menteri bagi beberapa kementerian tertentu diberikan kepada parti-parti politik tertentu. Berdasarkan persefahaman dan persetujuan pihak yang berbincang. Namun perlu diingat bahawa kewujudan kerajaan perpaduan ini tidak membabitkan langsung pemerintahan dalam Hal Ehwal Dewn Undangan Negeri. Pembentukan kerajaan perpaduan hanya melibatkan pembentukan kerajaan pusat.

Bagi penulis, cadangan kerajaan perpaduan oleh Hj. Hadi ini adalah idea genius bagi menghadapi cabaran baru dalam dunia baru politik Malaysia. Kewujudan kerajaan Perpaduan bukanlah membawa kepada pengabungan BN-PAS tetapi ia hanya melibatkan kewujudan pelbagai warna dan fikrah dalam kebinet kerajaan. Kerajaan seperti ini, bagi penulis baharulah sesuai dikenali sebagai Kabinet Rakyat. Bagi penulis, seharusnya kerajaan seperti ini sudah lama termaktub dalam perlembagaan negara sebagai syarat pembentukan kerajaan bagi membentuk kerajaan yang berwibawa dan berintegriti tinggi.

Penulis merasakan bahawa Hj. Hadi mengamalkan politik ikhlas yang sebenarnya memberikan keyakinan bahawa PAS sebenarnya tidak mengamalkan politik balas dendam tetapi politik islam yang mementingkan rakyat. Mana tidaknya, bila mana keadaan UMNO dan BN dalam keadaan genting dan kehilangan keyakinan rakyat! Dan bila mana sokongan kepada pakatan pembangkang dalam keadaan yang begitu menakjubkan. Hj. Hadi muncul bukan sebagai penyelamat tetapi memberitahu solusi kepada pemerintah yang dalam kelemasan tentang barah yang semakin membesar kini. Bagi penulis, kerajaan perpaduan merupakan alat tetapi mesej utama yang perlu dinilai oleh rakyat adalah nilai keikhlasan seorang pejuang parti islam. Penulis masih ingat lagi, Hj. Hadi mengatakan dalam sebuah buku tulisanya iaitu kita ini sebagai pengajak tetapi bukan penghukum.

Jika Kerajaan Perpaduan menjadi kenyataan, bagi penulis, Hj. Hadi mempunyai padangan jauh kerana melalui kewujudan kerajaan perpaduan ini sahajalah saluran untuk mengatasi masalah umat Malaysia kini. Seharusnya dua kementerian yang ‘wajib’ diambilalih oleh Pas iaitu Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Dua kementerian ini sebenarnya adalah penentu lanskap kondisi dan tanggapan negara sebenarnya. Bagi penulis, kementerian kewangan perlu diuruskan dengan baik dan mengikut saluran yang lebih berintegriti supaya kedudukan indek rasuah negara dan pengagihan pendapatan negara dapat disalurkan dengan lebih berhemah dan baik. Namun pengambilalihan kementerian Pelajaran Malaysia sudah tentu bagi mencapai solusi masalah keruncingan generasi sekarang. Melalui kementerian Pelajaran, bukanlah jumlah pengkaderan ahli Pas bertambah tetapi Pas menunjukkan islam dapat menyelesaikan permasalahan kekalutan halatuju pendidikan negara kini. Bagi penulis, jika PRU-13 ini PR berjaya menumbangkan BN tidak mudah untuk mendapatkan dua kementerian ini. Inilah peluang Pas!.

Penulis juga merasakan bahawa melalui kerajaan perpaduan. Negara dapat mengetahui dan diperkenalkan model pengurusan negara yang sesuai dan fleksibel bagi mewujudkan negara yang telus, wibawa dan berintegriti. Model yang kelihatan mudah tetapi memerlukan pemegang majoriti dalam parlimen yang ikhlas dan mementingkan rakyat. Jika model yang ditimbulkan oleh Pas ini ditolak, sebenarnya memberikan impak besar kepada BN kerana model pemerintahan yang unik ini tidak mendapat sambutan oleh BN.

Bagi penulis, kerajaan perpaduan sebenarnya talian hayat bagi UMNO dan BN. Penulis terkejut dengan kenyataan anak beranak ini iaitu DS Hisham yang menyokong kewujudan kerajaan perpaduan selain sepupunya DS Najib yang juga mengatakan bahawa BN mengamalkan keterbukaan selain Khairy Jamal yang begitu rakus sehingga tidak sabar-sabar untuk membuat muzakarah UMNO-Pas. UMNO kelihatan cukup terdesak, dalam keadaan ini, tentu buat apa sahaja bagi menguntungkan kantung politik mereka. Jikalau idea baik ini ditegaskan oleh Hj. Hadi selepas PRU-11 (2004-2007), sudah tentu UMNO dan BN terus mengatakan bahawa Pas sudah tidak yakin dengan perjuangan dan mungkin mengatakan Pas parti tak malu. Namun bagi penulis, kewujudan Kerajaan Perpaduan perlu dibincangkan dengan teliti kerana nanti Pas akan diibaratkan sebagai menolong anjing tersepit!.

Secara peribadi, penulis amat bersetuju dan menyokong kewujudan kerajaan perpaduan namun bagi penulis, Kerajaan Perpaduan merupakan risiko bagi Pas. Pas perlu membuat pilihan iaitu dalam keadaan kepelbagaian matlamat dan ideology dalam PR yang masih kabur ke mana arah corak pemerintahan PR jika berjaya dalam PRU-13 nanti dan kewujudan Kerajaan perpaduan yang banyak memberikan kepentingan namun untuk berhadapan dan ber’muzakarah’ dengan UMNO sudah tentu memerlukan penelitian yang mendalam. Penulis bimbang Pas akan berhadapan masalah ibarat keluar dari mulut buaya dan masuk ke dalam mulut naga. Apabila keadaan tersebut berlaku, sudah tentu Pas tidak lagi dipercayai oleh PR lagi.
mymindakini dot com
Read More

Mengarap Pembangunan Insan.







Alhamdulillah...penulis baharu selesai mengendalikan program pembangunan insan kendalian penulis iaitu Program KASIH ( keredhaan, Akrab, Sukses, Inspirasi Hati ) di sekolah penulis. Program yang mengadunkan pembangunan insan dan motivasi ini sebenarnya satu usaha bagi membangunkan nilai 'insani' dalam diri peserta. Diharap program yang digarap dan disusun ini dapat mencapai objektifnya. Penulis dibantu oleh 4 orang fasilitator daripada dua pelajar USM, Kolej Insaniah dan IPGPP. Kepada semua guru dan fasilitator, penulis mengucapkan terima kasih. Semoga usaha dan pengorbanan kalian mendapat balasan yang setimpal dariNya.


Sesungguhnya dalam proses melahirkan suatu generasi yang menjadi qudwah kepada generasi seterusnya. Kita perlu membuka minda dan mengabungjalinkan survival perjuangan bukan sahaja dalam politik tetapi dalam pembangunan insan kerana bagi mewujudkan sebuah negara islam yang ideal memerlukan semua pihak bertindak mengikut agenda yang mencapah.


mymindakini dot com
Read More

Pendidikan sebuah perjuangan.

'Bermainlah ibarat anda adalah pasukan Brazil dan berjuanglah ibarat andalah pejuang islam di atas padang'
Kali ini penulis ingin mencoret mengenai kejayaan sekolah penulis dalam pertandingan bola sepak bawah 14 tahun anjuran bandar baru Perda. Penglibatan murid-murid sekolah penulis atas misi dakwah dan jika berjaya ia merupakan bonus. Sebelum ini sekolah penulis berjaya menjadi Johan Sukan Komuniti tetapi kelmarin (ahad) sekolah penulis berjaya menduduki tempat ketiga.
Apa yang menarik adalah sekolah penulis yang dapat bermain dengan menutup aurat ditambah berjaya mengalahkan pasukan yang 100% membuka aurat (togel). Inilah merupakan perjuangan sebuah elemen pendidikan. Walau pahit tetapi sebenarnya sarat dengan kemanisan. Sambil mendidik, kita boleh berjuang menonjolkan bahawa dengan mengikut islam juga kita boleh berjaya.

mymindakini dot com

Read More

Anugerah Allah s.w.t

Muhammad Ammar
(Yang memakmurkan, yang kuat iman, penerang)

Alhamdulillah...syukur...Allah s.w.t telah memudah dan menganugerahkan seorang lagi putera. Puteraku telah dilahirkan pada 14 Mei 2009 pada 3.10 pagi. Kelahiran yang dijangka pada 18 Mei 2009 telah dipermudahkan oleh-Nya. Semoga Muhammad Ammar menjadi anak yang soleh wa musleh dan menjadi mujahid Allah di muka bumi...amin..


Read More

SELESEMA BABI DAN GEJALA SOSIAL : ANTARA KEUNTUNGAN DAN RAWATAN

Penulis kadang-kadang terfikir akan masalah remaja dan selesema babi yang mempunyai kaitan yang besar kini. Pertama sekali, kedua-duanya merupakan isu yang menarik diperkatakan dan memang hangat di pasaran minda para guru, ibu bapa malah pihak kerajaan. Dua minggu lepas, pintu masuk negara dikuarantin untuk pelawat-pelawat yang datang dari Mexico dan beberapa negara serta yang terbaru warga Australia dan Argentina positif dijangkiti penyakit selesema babi. Penyakit ini dikhabarkan telah membaham lebih 100 mangsa. Kini kira-kira 29 buah negara telah diisytiharkan mempunyai mangsa selesema babi.

Namun minda penulis tidak lekang mengingati akan masalah sosial yang semakin meruncing. Sehinggakan barang siapa menegur dahulunya kereta guru dicalar tetapi kini bukan sahaja guru ditendang malah ‘sudah lebih’, guru disimbah asid (rujuk berita harian: 5 Mac 2009). Terbaru! Mingguan Malaysia (10 Mei 2009), Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Datuk Puad Zarkashi telah mencadangkan agar hukuman rotan dikuatkuasakan kembali kepada guru-guru dengan mengikut beberapa terma yang dipersetujui Peguam Negara.

Apa yang menarik mengenai kedua-dua isu semasa ini sebenarnya memaksa kita berfikir dengan lebih berhemah dan terbuka. Bagi penulis, kedua-dua penyakit ini sebenarnya gagal diubati kerana kedua-duanya mempunyai ‘sindrom semakin tinggi semakin untung’.Tentu sekali semua orang akan pening akan sindrom yang penulis maksudkan! Mudah sahaja matematiknya, menjelang 2009, ekonomi dunia semakin merosot dan tiada tanda bila tamatnya keadaan ini. Penjual dan pengeluar ubat juga tidak terlepas akan masalah ini, maka satu sahaja cara untuk mengatasi kegawatan pengeluar ubat ubatan ini iaitu dengan mewujudkan penyakit. Jadi dengan kewujudan penyakit ini, maka permintaan terhadap ubat ubatan akan sentiasa meningkat (ini merupakan teori penulis sahaja, namun tidak mustahil dengan keadaan dunia kapitalis ini yang menjadikan keuntungan sebagai kuasa utama). Semakin tinggi jumlah penyakit maka semakin tinggi permintaan ubat-ubatan.


Namun penulis juga suka untuk mengaitkan dengan masalah sosial generasi muda ini yang mungkin sama tapi tidak serupa. Penulis tidak mahu mengaitkan gejala ini dengan kelemahan kerajaan kerana dengan fikrah dan haluan yang begitu berbeza mungkin mereka rabun untuk menyelesaikan masalah ini denga penuh ketelusan. Bagi penulis, rotan bukanlah jawapannya malah mengundang permasalahan ini menjadi lebih kronik. Namun wacana ini bukanlah untuk mencadangkan penyelesaian permasalahan ini. Permasalahan sosial remaja ini hanya boleh dilakukan melalui proses kesedaran yang memberikan kesan yang besar tanpa mempunyai agenda peribadi. Pelbagai proses kesedaran dilakukan oleh pelbagai pihak terutama oleh pihak kerajaan namun usaha mereka tidak memenuhi selera dan keperluan generasi muda ini.


Generasi muda terutamanya muslim memerlukan pendekatan islamik yang menyentuh hati mereka tetapi bukan menyentuh dan menyakitkan tangan dan punggung mereka. Menyedari akan medium penyelamat akan masalah ini, seluruh umat islam berusaha menyediakan pengisian dan program yang dapat mengatasi permasalahanya. Maka tumbuhlah bagai cendawan syarikat-syarikat kesedaran iaitu syarikat training dan konsultan motivasi. Bagi penulis semua pihak waima kita sendiri mungkin melihat permasalahan ini sebagai sumber keuntungan atau mungkin pendapatan. Mungkin mereka lebih suka jika kerajaan sekarang memerintah kerana akan lahirlah ramai berpenyakit sosial kerana mereka ini membawa keuntungan. Inilah yang gagal dihadam dan dicerna dengan baik oleh umat islam yang ‘sedar’ kini. Penulis suka membuat teori ekonomi terhadap masalah sosial ini iaitu semakin lama kerajaan berfikrah BN memerintah maka semakin tinggi masalah remaja menyebabkan semakin untunglah mereka yang mempunyai syarikat training dan konsultan.


Penulis masih mencari dan tercari-cari sebuah NGO malah satu team yang bergerak menjalankan program kesedaran ini tanpa mengira berapa keuntungan yang diperolehi. Mereka bergerak dengan matlamat yang satu iaitu menyelamatkan remaja islam kini. Kini banyak perlaksana program kesedaran yang terlalu mementingkan keuntungan dan nama sehinggakan berlumba-lumba untuk menonjolkan team mana yang lebih hebat. Mereka berlumba-lumba untuk menonjolkan siapa yang lebih dikenali masyarakat dan siapa yang mengungguli pemulihan remaja. Apa salahnya jika modul yang dibuat dan dilaksanakan disebar dan dilatih pengeraknya supaya proses menyebarkan kesedaran ini akan diteruskan di serata ceruk dengan tujuan mengatasi penyakit sosial ini? Ini lain pula jadinya, sebelum program siap-siap ditulis, PROGRAM INI TIDAK BOLEH DIRAKAM ATAU DIVIDEOKAN! Bagi penulis, hanya mereka yang ikhlas dan prihatin sahaja mampu melaksanakannya.


Apa yang menjadi permasalahan kini, dengan kewujudan program kesedaran yang diwajibkan kita ‘membayarnya’ maka program ini hanya eksklusif kepada mereka yang sanggup membayarnya iaitu sudah pasti golongan yang mampu dan berpendapatan tinggi. Namun bagi mereka yang tidak mampu tetapi memerlukan program seperti ini, mereka akan terus menceburkan diri dengan perkara-perkara yang tidak baik tanpa diberikan kesedaran kerana tidak mampu. Selain kini, banyak sekolah kebangsaan (SK) yang mempunyai masalah kewangan jadi sukar untuk membuat program terutama di SK rentetan misunderstanding KPM dan ibu bapa.


Bagi penulis, kita perlu sedar dan segera bertindak akan keadaan ini. Kita sebagai umat islam yang sedar tidak perlu menyalahkan kerajaan. Kita tidak tahu bila kerajaan yang mampu mengatasi masalah ini akan menerajui negara dan kita tidak perlu menunggu kerana penyakit sosial ini semakin menjadi parah. Kita perlu bergerak dengan gagah bersama semangat yang satu iaitu melahirkan insan yang menyinari kewujudan negara islam ideal nanti.
Read More

APABILA RAKYAT SUDAH PREJUDIS.

Tahniah! penulis ucapkan kepada Dato Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaludin (PAS) iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang dan S. Manikumar (PKR) iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau. Kedua-dua calon ini memenangi dengan majority yang lebih besar iaitu lebih 2000 undi berbanding majoriti calon lepas. Kemenangan ini bukanlah kemenangan moral terhadap PR tetapi ia merupakan signal kepada BN bahawa BN sudah ditolak bulat-bulat oleh rakyat.
Penulis ingin membuat beberapa komentar mengenainya:

1. Jika dilihat promosi calon BN bagi ketiga-tiga calon melalui media, sudah tentu di minda kita akan menjangkakan BN sudah menang kerana boleh dikatakan 98.99% siaran tv terutamanya berita menceritakan keburukan calon pembangkang dan menghebohkan kehebatan calon BN. Tahniah rakyat bukit selambau dan bukit gantang selain batang ai yang sanggup mengundi calon yang diburuk-burukkan!. Inilah signal bahawa rakyat sudah prejudis dengan BN. Walau apa yang dibuat oleh BN samaada baik dan sangat baik, rakyat tetap menolak BN.

2. Perubahan tampuk kepimpinan BN gagal mempengaruhi rakyat untuk mengundi BN. Jika dahulu, seluruh kegagalan BN dikumpul dan dilonggokkan kepada Tun Abdullah tetapi kini, tampuk pemerintahan BN dan UMNO telah berubah kepada Datuk Seri Najib. Namun keputusannya tetap sama malah majoritinya semakin bertambah!. Di mana silapnya? Adakah pada pemimpinnya? Pada Tun Dr. Mahathir atau penyokong BN berpaling tadah? Masakan berpaling tadah, jika calon tempatan yang disokong rakyat tempatan kononnya, masih boleh kalah. Lain tak bukan adalah rakyat sudah prejudis dengan BN.

3. Kehadiran Tun Dr. Mahathir juga gagal menarik undi kepada BN. Penulis sudah menjangkakan sebelum ini bahawa kehadiran Tun tidak mengubah pandangan rakyat terhadap BN kerana kehadiran Tun hanya membaikpulih keadaan dalaman UMNO. UMNO mungkin akan pulih tetapi bagi penulis prejudis rakyat terhadap BN sentiasa bersalut politik dalam tindakannya sering mengundang prejudis rakyat.

4. Perbezaan besar antara BN dengan PR adalah PERKAUMAN. BN berdiri berdasarkan kewujudan 3 parti besar iaitu UMNO, MIC dan MCA yang membawa sentimen perkauman dalam tindakannya manakala PR mengandungi PKR, PAS dan DAP yang boleh dikatakan ahli-ahli bagi setiap parti adalah pelbagai kaum. Sudah pasti setiap tindakan waima DAP, PAS dan PKR membuat keputusan melibatkan dan memberikan kelebihan kepada semua kaum. Namun jika pemimpin BN membuat keputusan tentang isu Negara maka ia sebenarnya memberi manfaat kepada salah satu kaum. Ia sebenarnya mengundang prejudis rakyat kepada parti pemerintah.

Bagi penulis, kisah sedih BN dalam siri pilihanraya kecil akan menjadikan BN trauma setiap kali pilihanraya kecil kerana ia sebenarnya mengundang pelbagai spekulasi dan kontroversi samaada Pak Lah merupakan penyebab kekalahan BN atau sebab lain. Namun jika rakyat sudah prejudis, walau hebat dan taubatnya BN, rakyat tidak akan berpaling kepada BN.
Read More

Aduhai Pilihanraya……

Penulis melihat senario dan gelagat para politikus bagi menghadapi 3 pilihanraya kecil yang dijalankan serentak iaitu di Parlimen Bukit Gantang (Perak), Dun Batang Ai (Sarawak) dan Dun Bukit Selambau ( Kedah). Penulis merasakan pilihanraya kecil kali ini begitu memberi tekanan terhadap parti pemerintah iaitu Barisan Nasional dan sangat memberikan kekuatan terhadap parti oposisi iaitu Pakatan Rakyat. Bagi penulis, sudah tiba waktunya BN menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia kini bukanlah rakyat yang menerima bulat-bulat tentang sesuatu isu tetapi rakyat Malaysia kini adalah rakyat penilai.

Namun apa yang menariknya mengenai ketiga-tiga pilihraya kecil ini adalah bagi penulis, BN masih menggunakan taktik dan strategi lama sekitar 1970-an. Media yang digunakan untuk mengaut keuntungan politik sebenarnya senjata lama yang telah hilang ketajamannya. Kalau tajam pun, ia tidak dapat menghiris walau sebiji bawang pun!. BN masih merasakan bahawa media yang menjadi senjatanya dahulu adalah senjata kuat yang dapat mempengaruhi hati rakyat. Ia sebenarnyaadalah ibarat senjata makan tuan. Penggunaan media yang melampau dan terlalu memburukkan oposisi sehinggakan dalam media kerajaan tidak mengatakan dan menceritakan langsung mengenai parti lawan. Ibarat hanya BN sahaja yang bertanding bagi ketiga-tiga kawasan tersebut. Media kerajaan menceritakan bahawa BN lah parti politik yang suci, benar dan maksum tanpa melakukan sebarang kesalahan. Malah BN lah parti yang membela dan berjiwa rakyat, sehinggakan untuk beranding pun terpaksa meminta restu rakyat. Inilah taktik lama yang sering digunakan dalam seantero zaman dalam menghadapi pilihanraya.

Penulis agak terkilan apabila diwar-warkan oleh media kerajaan akan isteri calon BN iaitu S. Ganesan di Bukit Salambau yang boleh berbahasa Cina untuk membantu suaminya berkempen tetapi tidak memberikan focus ‘ORANG MELAYU’ yang boleh bercakap cina, tamil, Inggeris iaitu DS. Ir. Nizar dek kerana beliau calon Parti pembangkang!. Kehebatan media kerajaan yang terlalu mempromosikan parti BN menyebabkan rakyat dapat menilai akan ketidakadilan dan kerakusan media kerajaan BN.

Menyentuh Perhimpunan agung UMNO, ianya ibarat drama kerajaan yang memberikan signal bahawa sejurus sahaja perhimpunan tamat maka pilihanraya bermula supaya kehilangan tuah Tun Abdullah dalam beberapa sesi pilihanraya ini akan tamat. Perlantikan Najib dan undurnya Tun Abdullah adalah bagi mengembalikan tuah Tun Pak Lah pada PRU 11. Lihatlah sahaja setelah tampuk pemerintahan Negara diserahkan kepada Pak Lah, maka keputusan PRU 11 begitu cemerlang sehinggakan Kelantan hampir jatuh ke tangan BN. BN merasakan perubahan tampuk pemerintahan ini akan memberikan kelebihan kepada mereka dalam pilihanraya ini. Kita sama-sama tunggu dan lihat, adakah tuah Najib sama dengan tuah Tun Abdullah pada malam esok.

Kehadiran Tun Dr. Mahathir sebagai talian hayat terakhir BN bagi menghadapi pilihanraya ini sebenarnya sudah terlambat. Tun yang dianggap nyanyuk dan sudah tidak keruan. Tun Pak Lah sebenarnya membuka kelemahan Tun Mahathir selama ini yang lebih tertutup dan autokratik mengundang penilaian pemerintahan Tun Mahathir dan Tun Abdullah. Imej Tun Dr. Mahathir agak buruk kini. Kehadiran Tun dalam UMNO hanya memperbaiki keadaan dalaman UMNO tetapi tidak memberi kesan terhadap pengaruh mereka dalam pilihanraya.


Penulis tidak kisah siapa yang memenangi pilihanraya ini, namun bagi penulis, pemilih bagi ketiga-tiga kawasan ini perlu memilih calon yang menegakkan kebenaran dan menegakkan keadilan.
Read More

PPSMI: Pengasasnya tetap berpendirian.

Sudah lama penulis tidak menulis di dalam blog mymindakini. penulis suka untuk melihat telatah para politikus malaysian yang lebih terarah dengan matlamat masing-masing. Penulis ada terbaca tulisan blog bertajuk pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI) ditulis oleh mantan Perdana Menteri (Chet Det) mengenai isu PPSMI. Bagi penulis, rata-rata pengasas PPSMI ini berminda bahawa hanya menguasai Bahasa Inggerislah terutama dalam sains dan matematik, rakyat Malaysia akan dipandang tinggi oleh dunia seterusnya bangsa Malaysia akan dipandang tinggi seterusnya Bahasa Melayu (Malaysia) akan dipelajari oleh masyarakat dunia.

Chet Det mengatakan dalam blognya bahawa sains dan matematik hanya pelajaran dan bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu. Beliau juga mengatakan yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera. Beliau juga mengakui Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu (Malaysia) kerana bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan. Yang lebih menarik, Chet dek mengatakan bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

Inilah beberapa ulasan penting yang diambil daripada blog tulisan negarawan Negara merangkap pengasas PPSMI. Bagi penulis, jika demonstrasi PPSMI dilakukan semasa pemerintahan Chet Det tentu berbondong-bondonglah akan register masuk ISA termasuklah Pak Samad Said. Namun persoalannya sekarang, penulis masih merasakan minda Tun ini sememangnya minda dan tindakan seorang doctor yang menjiwai roh sains dalam tindakannya. Tindakan seorang pakar sains atau doctor memang tetap dan tegas samalah jika kita membuat kajian sains, keputusannya memang tegas dan tiada budi bicara serta muktamad. Jangan ditegah keputusannya kerana mereka lebih mementingkan keputusan mereka. Kita perlu memahaminya.

Namun yang menariknya, penulis dapat melihat minda Chet Det ini dengan lebih mendalam. Chet Det merasakan bahawa dengan belajar Bahasa Inggerislah, Malaysia akan dikenali dan Bahasa Melayu (Malaysia) akan dipelajari oleh dunia. Namun Chet Det perlu mengetahuinya, bahawa banyak Negara di dunia yang terpaksa mempelajari bahasanya tanpa menguasai Bahasa Inggeris. Lihat sahaja Negara China, Perancis, Korea, Jepun dan Rusia. Sehinggakan Angkasawan Negara yang dibanggakan iaitu Sheikh Muszafar Shukor yang ‘cair’ Inggerisnya ditambah doctor lagi tetapi belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu (Malaysia) terpaksa dan dipaksa belajar Bahasa Rusia untuk berkomunikasi dengan baik supaya mudah nak naik ke bulan. Dunia kini menyaksikan kehebatan Negara China yang dapat membangunkan ekonominya setelah mengubah dasar ekonominya dengan menjadi saingan hebat kepada Amerika. Menariknya! Seluruh dunia sedang berusaha menguasai bahasanya dengan tujuan untuk berdiplomasi dalam bidang ekonominya. Ditambah, pemimpinnya tidak perlu belajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

Persoalannya sekarang adakah apa yang Chet Det katakan bahawa, hanya belajar bahasa inggeris kita boleh maju? Penulis keliru dengan minda negarawan Negara ini. India yang terlalu menganggungkan Bahasa Inggeris tidaklah semaju Negara Jepun yang rata-rata rakyat waima pemimpinnya ‘buta’bahasa Inggeris malah antara malah India merupakan antara negara paling mundur di dunia. Mungkin kehidupannya yang dibesarkan dalam keluarga celup inggeris ini sependapat seperti pemimpin di India. Media dan Kementerian Pelajaran begitu memuji-muji prestasi PPSMI sehinggakan menunjukkan ramai murid yang lulus dengan cemerlang dalam sains dan matematik walaupun dalam Inggeris. Inilah natijahnya apabila pendidikan di politikkan, rakyat perlukan negera yang telus dalam tindakan…. Semua orang boleh mendapat kecemerlangan kerana rakyat Malaysia semakin cerdik, namun penerimaan terhadap orang luar Bandar dan murid terhadap PPSMI perlu dikaji dengan berhemah dan telus.

Jika PPSMI ini diteruskan, penulis mengucapkan selamat tinggal terhadap bahasa melayu dan penulis mencabar Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan soalan peperiksaan matapelajaran sains dan matematik dalam satu bahawa iaitu bahasa Inggeris dan mewajibkan murid menjawabnya dalam Bahasa Inggeris pada sesi peperiksaan UPSR, PMR 2009 dan buktikan PPSMI ini berjaya. Penulis juga meminta agar KPM dan kerajaan Malaysia menunjukkan strategi untuk meningkatkan penggunaan bahasa melayu setelah ia gagal menjadi bahasa ilmu.

Mymindakini dot com
Pulau Pinang
Read More

Sumbangan untuk mata rantai islam....


Dengan tema ‘GAGAH MENJEJAKI SATU IMPIAN, SATU GENERASI’, Sekolah Rendah Al-Itqan, Pulau Pinang (usaha pendidikan Jamaah Islah Malaysia) di bawah Bahagian Hal Ehwal Tarbiah akan menganjurkan program 'Jejak Generasi Rabbani' AKRABB 09 yang akan diadakan pada 13 dan 14 Mac 2009.


AKRABB 09 ini merupakan program pembangunan insan yang diadakan untuk tahap 1 iaitu tahun 2 dan 3 yang merupakan program pengenalan dan persediaan kepada murid-murid yang akan belajar di tahun 4. Apabila di tahun 4 nanti, murid-murid ini akan didedahkan dengan qiam, mukhayyam dan jambori. Rata-rata program ini akan menginap dan berpisah dengan ibu bapa dan memaksa mereka mengurus sendiri diri mereka.


Selain program ini disulam dengan program pembangunan diri dan meningkatkan keakraban serta ukhuwah antara rakan-rakan selain meningkatkan rasa kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama-lain.


Di harap pembaca dan blogger-blogger sekalian akan dapat menyumbangkan sedikit sumbangan bagi menjayakan program ini. Semoga usaha melahirkan mata-mata rantai islam ini akan dapat direalisasikan...amin


AKRABB 09

'Gagah Menjejaki Satu Impian, Satu Generasi'




Jika ingin menyumbang sila masukkan ke dalam no. akaun 14-171-02-0000921-1 (BIMB) dan terus e-mail kepada sazmani2003@yahoo.com nyatakan jumlah yang dimasukkan.
Read More

Nizar bukan derhaka tetapi amanah

"Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat; Derhaka ialah tidak taat atau khianat kepada negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang kekuasaan undang-undang yang sah. Ertinya derhaka ini berlaku jika kita melawan peraturan yang telah didaulatkan melalui undang-undang.

Amanah pula apabila peraturan dan undang-undang yang dipertanggungjawabkan ke atas kita dipelihara dengan jujur dan taat setia. Contoh derhaka; bila mana undang-undang yang telah diperkenankan oleh YDP Agong kata jangan rasuah, tetapi dalam pemilihan pemimpin parti rasuah diamalkan, itu derhaka namanya.

Contoh amanah pula; bila mana undang-undang yang telah diperkenankan oleh baginda sultan kata, tidak boleh pecat MB selain dari tiga cara sama ada Bubar Dun, Undi tidak percaya di dalam sidang Dun atau MB secara sukarela letak jawatan tiba-tiba ada orang secara paksa suruh MB letak jawatan dan MB pula tidak mahu letak sebab cara itu bertentangan dengan undang-undang, maka itu namanya amanah.

Merujuk isu di Perak, ternyata Datuk Seri Nizar adalah seorang yang sangat amanah kerana mempertahankan undang-undang tubuh negeri Perak. Sebaliknya Barisan Nasional adalah penderhaka kerana sering melanggar undang-undang seperti amalan rasuah, pemimpin berzina, berjudi, peras ugut, dan yang terkini melantik Menteri Besar secara haram kerana membelakangi undang-undang tubuh negeri.

Ingatlah sesungguhnya dalam sejarah melayu, Hang Tuah bukan derhaka, tetapi difitnah. Bendahara juga tidak derhaka kerana tidak membunuhu Hang Tuah disebabkan perlaksanaan hukuman bertentangan dengan undang-undang negeri. Hang Jebat juga bukan derhaka sebaliknya mempertahankan undang-undang tubuh negeri yang telah meletakkan keadilan sebagai asas kedaulatan negeri.

Siapa sebenarnya yang menderhaka? Sultan atau pembesar negeri?

ehsan: tranungkite


Read More

"Nizar masih menteri besar yang sah"

Senario yang memalukan semakin terserlah di Perak.
Tengku Razaleigh Hamzah


Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar.

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.
Menurut Perlembagaan, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri. Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.
Dua prinsip perlu dijelaskan:
Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.
Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinnya mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.

Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.

Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalankeabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan. Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.

Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.

Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.

Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.

Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.
ehsan :Harakahdaily
Read More