Thursday, November 06, 2008

TAHNIAH AMERIKA!


Penulis mengucapkan tahniah kepada Amerika atas kejayaan menjalankan Pilihanraya Presiden Amerika. Dalam Pilihanraya tersebut Barrack Obama dari Parti Demokratik telah berjaya mengalahkan John Mc Cain dari PartiRepublikan . Penulis suka untuk membuat ulasan mengenai Pilihanraya Presiden Amerika ini:


1. Kemenangan ini membawa sejarah baru oleh Amerika Syarikat kerana buat pertama kali orang kulit hitam menjadi Presiden Amerika. Keadaan ini menunjukkan rakyat Amerika tidak mementingkan lagi siapa menjadi presiden samaada berkulit hitam atau berkulit putih yang penting adalah kejayaan dan melepaskan Amerika daripada kemelut ekonomi yang agak terancam. Inilah hebatnya politik matang rakyat amerika.


2. Parti Republikan yang telah dua penggal memenanggi pilihanraya Amerika Syarikat melalui calonnya Presiden George Bush tersungkur di tangan kehebatan Parti Demokratik melalui Obama. Bagi penulis, jika di Malaysialah Obama tidak akan memenangi Pilihanraya ini kerana Presiden Bush akan menggunakan media dan jentera-jentera kerajaan untuk menentang Obama. Namun walaupun Amerika ini yang dihina dan dikutuk oleh masyarakat dunia kerana dasar luarnya namun kehebatan dan ketelusan mereka dalam memilih pemimpin perlu diberi perhatian dan dicontohi. Semua orang islam amat membenci Amerika yang bersengkongkol dengan Israel mencabul Palestin namun terdapat suasana yang perlu dipuji oleh umat islam kerana amerika telah menganjurkan keadilan dan ketelusan. Adakah umat islam menggamalkannya seperti Amerika?


3. Ketelusan dan keadilan amat penting bagi sesebuah negara. Bagi penulis tidak perlu diwujudkan pelbagai ungkapan seperti Islam Hadhari, minda kelas pertama, Wawasan 2020 dan lain-lain lagi jika ketelusan, keprofesionalan dan keadilan tidak dipraktikkan. Bagi penulis untuk menjadi negara maju dan dihormati memerlukan pemimpin negara yang telus, jujur dan berwibawa yang dipilih melalui tapisan rakyat sehingga ke akar umbi.


4. Penulis memuji rakyat amerika yang begitu matang berpolitik dengan syarat kehidupan dan pencapaian negara mereka tidak tergugat. Inilah kehebatan negara maju. Selama beberapa bulan Mc Cain dan Obama menjalankan kempen dan berdebat, rakyat amerika bukannya menilai siapa yang bertanding tetapi ‘content’ dalam ucapan mereka. Obama menang kerana berjaya menambat hati rakyat melalui ‘janji-janjinya’ dan pelan pemulihan ekonomi amerika.


5. Namun apa daya kita kerana tidak dapat melihat siri-siri debat seperti debat bakal – bakal naib presiden amerika dan debat bakal- bakal presiden amerika. Bilalah kita akan lihat Dato’ Seri Najib Razak berdebat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di RTM 1? Bilalah kita akan melihat di muka hadapan akhbar utusan Malaysia ‘ PAS parti memperjuangkan rakyat?’ atau BN parti Rasuah?.

Bagi penulis, seluruh umat islam perlu melihat Pilihanraya Amerika ini sebagai satu muhasabah. Negara yang dikutuk kerana kezalimannya dan negara yang majoritinya bukan orang islam berjaya menganjurkan elemen dan kepimpinan unsur islam di dalamnya. Penulis bukan memuja atau memuji amerika tetapi inilah yang dikatakan pelan strategic ke arah rakyat minda kelas pertama dan Wawasan 2020 ini yang perlu difikir dan dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin negara.


mymindakini dot com

1 comments:

rossees said...

mmm? sy x suka obama... dua2 sy x suke...

salaam

December 8, 2008 at 8:50 AM

Post a Comment