Thursday, December 25, 2008

Perselisihan: Tanda Pakatan Rakyat ke arah penyatuan.

Penulis suka untuk membuat sedikit komentar berdasarkan beberapa isu terbaru yang membabitkan Pakatan Rakyat dalam usaha BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009.

1) Tarikh Pilihanraya yang terlalu lama sebenarnya memberikan masa yang terlalu lama untuk BN melalui media untuk menampar dan menyepak serta melaga-lagakan kepala parti di bawah PR. Hukum Hudud yang sebenarnya sepakan maut yang akan melaga-lagakan parti-parti dalam PR kerana parti seperti DAP lah yang menentang Hukum Hudud.

2) Kini BN begitu bermaharajalela mengapi-apikan api kemarahan melalui Debat Husam-Khairy yang sebenarnya memberikan saham untuk Khairy sebagai percubaan untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO . Debat Husam-Khairy hanya memuaskan hati pendengar mereka yang hadir tetapi sebenarnya memberikan peluru kepada BN untuk menggunakan debat tersebut untuk diputarbelitkan melalui medianya. Inilah kelemahan PAS yang sebenarnya begitu gemar menggadakan sesuatu yang populis tetapi sebenarnya mereka lupa bahawa mereka tidak mempunyai media perdana.

3) Kini isu utama hasil pendebatan Husam-Khairy telah menjadi isu besar sehinggakan Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng (DAP) serta Tian Chua (PKR) menyuarakan rasa tidak puas hati di saat pilihanraya kecil Kuala Terengganu semakin panas. Isu ini akan menjadi senjata tajam BN semasa pilihanraya kecil nanti. Isu ini sebenarnya akan memberikan kesan besar terhadap pengundi-pengundi bukan islam yang kurang memahami Hukum Hudud sebenarnya. Penulis menjangkakan bahawa BN akan mempertahankan kerusi Kuala Terengganu dan meningkatkan jumlah majoriti kerana Pilihanraya ini merupakan benteng terakhir maruah mereka, ‘BN’ akan menggunakan apa sahaja cara melalui medianya untuk mendapatkan undi mereka. Penulis masih ingat ketika ditanya kepada Prof, Khoo Kay Kim (UM) mengenai Hukum Hudud, beliau menjawab “sebenarnya Hukum Hudud ini non-muslim malah muslim sendiri tidak memahaminya. Cuba dan usahakan untuk menerangkan perlaksanaan Hukum Hudud ini kepada rakyat Malaysia kerana kita tidak faham tentang undang-undang ini. Apabila kita dengar baru boleh kita buat penilaian”. Inilah kata-kata seorang intelektual bukan politikus.

4) Bagi penulis secara jujur, perselisihan parti-parti dalam PR ini sebenarnya memberikan petanda bahawa DAP dan PAS terutamanya dalam proses mencari kesesuaian dan keselesaan dalam mengenali diri masing-masing. Jika dahulu, Parti Perikatan seperti MIC, MCA dan UMNO bersatu dalam satu parti untuk mencapai kemerdekaan oleh Inggeris tetapi DAP dan PAS mencari kesesuaian untuk memerintah Negara. Secara logik, perselisihan sepasang suami isteri adalah sebenarnya memberikan peluang mereka mengenali antara satu sama lain dan akhirnya mengeratkan hubungan mereka untuk melayari kehidupan suami isteri.

5) Bagi penulis, parti-parti dalam PR sebenarnya perlu sedar bahawa mereka mempunyai musuh yang berusaha memecahbelahkan mereka. Mereka perlu memahami bahawa ‘Pakatan’ ini hanya untuk gimik politik atau untuk memerintah Negara? Lihat sahaja isu hudud, i-dance, isu Timb. Ketua Menteri Penang menunjukkan dalam PR sendiri mereka bersaing untuk menonjolkan diri. Penulis tidak menyalahkan sesiapa walaupun penulis sendiri adalah penyokong PAS namun penulis begitu sedih jika pakatan yang mendapat sokongan rakyat ini dan hampir memerintah Negara ini tumbang dek kerana masalah yang memberikan kelebihan kepada BN. Cadangan Jamaah Islam Malaysia (JIM) melalui Hj. Zaid Ibrahim yang mencadangkan agar PR ini melantik Jawatankuasa yang mempunyai presiden, Tim. Pres dan lain-lain sebenarnya memberikan peluang kepada parti-parti di bawah PR dapat berkomunikasi lebih berhemah dan berhikmah dalam satu organisasi.

Penulis merasakan bahawa dalam PRU 13 nanti BN akan kembali menumbangkan PR jika isu dan masalah yang berlambak-lambak oleh PR akan dijadikan machine gun yang akan digunakan apabila hampir-hampir sahaja PRU 13 nanti. Namun yang penting, kini, masing-masing perlu berusaha mencari penyelesaian kerana BN begitu seronok berfoya-foya di halaman PR sambil melihat parti-parti di dalam PR bergaduh sesame sendiri. Bagaimanakah cara menyelesaikan keadaan ini? Lu fikirkanlah sendiri PAS-PKR-DAP.

mymindakini.

0 comments:

Post a Comment