Apabila Politikus menjadi rakus.
Sudah lama penulis tidak menulis mengenai isu semasa yang agak panas sehingga hari ini tidak selesai-selesai dipersembahkan oleh politikus-politikus Malaysian yang agak ‘excited’ akibat mimpi ngeri lalu. Namun pada kali ini penulis begitu tertarik dengan isu ini. Isu terbaru dan terburuk kembali menjelma di mana Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang dek kerana penghijrahan 3 ADUN PR dan 1 ADUN katak kepada Barisan National. Kini kerusi ADUN di Dewan Undangan Negeri Perak BN (28), PR (28) dan 2 (bebas di dunia) dan 1 (DAP-bebas) tetapi menyokong Barisan National serta 1 (BN disalut kulit katak) menjadikan secara teknikalnya 28 (PR) dan 31 (BN). Dato’ seri Najib dengan bangga dan sukacitanya mengumumkan ‘ kini dengan rasminya Kerajaan PR di Perak telah tumbang dan Kerajaan Barisan National kini telah mempunyai cukup majoriti di Perak’ . Sebulat suara ADUN-ADUN BN melantik Datuk Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar yang baru. Namun bagi sebuah negeri yang hanya mempunyai hanya lebih 1 kerusi majority yang 4 kerusinya bukan ditentukan majoritinya oleh rakyat dirompak dan dicuri ADUNnya sebenarnya merupakan kerajaan yang tidak kukuh. Seharusnya bagi Sultan Perak yang matang dan berpendidikan tinggi seharusnya memperkenankan dan mengumumkan pembubaran DUN Perak kerana ia memberikan peluang kepada rakyat Perak sendiri memilih pemimpin mereka sendiri.
Bagi penulis, Kerajaan BN bukan sahaja di Perak tetapi di Malaysia telah terdesak bermula gagal menyaingi Anwar di Permatang Pauh dan tumbang di Kuala Terengganu yang merupakan signal BN telah menuju ke arah kehancuran. Namun BN berusaha walau apa sahaja cara sekalipun walaupun sebelum ini menggunakan politik kotor yang menggunakan media massa untuk kepentingan mereka namun Penulis merasakan politik negara telah menjadi Politik Jijik yang dicipta oleh BN. Mereka menggunakan ‘kuasa wang’ mereka untuk membeli MP dan ADUN PR. BN berusaha untuk menggembalikan keyakinan rakyat kepada mereka walaupun menggunakan taktik teknikal ke atas negeri-negeri pemerintahan PR yang tidak kukuh. Bagi penulis, selepas ini Kerajaan PR di Selangor akan berada dalam keadaan berbahaya dek taktik Jijik oleh BN selepas ini.
Sebenarnya penulis tidak kecewa jika Kerajaan PR di Perak tumbang dengan rasminya malah berlapang dada kerana proses pembersihan dan penapisan ahli-ahli yang ‘pure’ menjadi pejuang rakyat sebenar akan terdedah. Pada 1992 sendiri, setelah PAS berjaya menumbangkan BN di Kelantan dan membentuk kerajaan, 2 ADUN PAS telah berhijrah kepada BN. Hanya mereka yang gagah, teguh dan benar-benar berjuang untuk agama dan Negara sahaja akan bersama PR. BN akan melakukan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka tetapi pengajarannya kepada PR supaya memilih calon-calon MP dan ADUN yang benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat dan Negara.
Bagi penulis, Najib terlalu ‘rakus’ untuk melihat kejayaan BN setelah dihempap tangga demi tangga bermula di permatang pauh seterusnya di Kuala Terengganu. Dua orang ADUN PKR dari Behrang dan Changkat Jering sebenarnya jerat yang akan mencalarkan imej BN. Kedua-dua ADUN PKRasuah ini sedang berada dalam perbicaraan kes Rasuah yang melibatkan jumlah sehingga RM181 juta. Bagi penulis, Najib begitu gelojoh, BN akan terkena jerat yang dipasang oleh mereka sendiri. Jika kedua-dua bekas ADUN PKRasuah ini didapati bersalah dan dipenjarakan maka secara automatisnya terlucut jawatan ADUN secara automatisnya kerusi DUN akan dikosongkan. Tetapi jika kedua-dua bekas ADUN PKRasuah ini tidak bersalah oleh mahkamah maka imej BN akan terus menjadi kotor dan tercalar. Kepercayaan rakyat kepada mahkamah akan hilang selain rakyat semakin benci kepada BN yang menyimpan ahli-ahli yang rasuah. Najib kena fikir dan memilih samaada kepentingan jangka panjang dan kepentingan jangka pendek. Maka pada PRU13 nanti ia memberikan saham kepada PR untuk mendapatkan undi.
Tumbangnya kerajaan PR di Perak memberikan pelbagai signal kepada rakyat dan kepada politikus pembangkang. Pemerintah SPR yang baru Tan Sri Abdul Aziz yang baru sahaja menonjolkan kepimpinan ‘berintegritinya’ telah memberikan alamat yang tidak baik kepada badan ‘berkecuali’ SPR. Masakan tidak! Surat kekosongan ahli ADUN oleh speaker DUN Perak kepada SPR adalah tidak sah. Persoalannya sekarang, apa peranan SPR? Siapakah pula speaker? Mengikut perlembagaan persekutuan, SPR berhak mengadakan pilihanraya kecil jika telah dimaklumkan kekosongan ADUN oleh speaker. Peliknya! sehari sebelum pemerintah baru SPR mengumumkan bahawa kekosongan 2 kerusi ADUN Perak tidak sah, bekas pemerintah SPR yang lama mengatakan bahawa kekosongan kerusi yang dibawa oleh speaker adalah sah dan SPR berhak mengadakan pilihanraya kecil dalam masa 60 hari bermula daripada pengisytiharan kekosongan oleh speaker. Apa kuasa SPR untuk menentukan samada speaker yang dilantik secara majoriti oleh ADUN benar atau pun tidak? Keadaan ini terus menunjukkan SPR tidak boleh dipercayai dan merupakan ALI BABA kerajaan.
Apa yang menariknya! Dalam keadaan yang kelam kabut ini, rakyat perlu melihat bagaimana hebatnya MP dan ADUN-ADUN di bawah PAS. PAS dengan prinsip dan pegangan yang mantap dan utuh. Tidak goyah sama sekali walau dijanjikan pelbagai jawatan dan wang. Bermula tawaran Tajol Rosli yang mengajak PAS menyertai BN dan memberikan jawatan Menteri Besar kepada PAS jika BN dapat menguasai Perak di mana 6 ADUN PAS diajak menyertai BN dan membentuk Kerajaan baru. Namun dengan dasar islam yang bukan bertujuan mengejar jawatan tetapi memegang prinsip maka ADUN dan MP PAS perlu dipuji dan diberikan perhatian. Kerajaan PAS di Kedah dan Kelantan tidak akan berjaya diancam oleh BN kerana kerajaan bagi kedua-dua negeri ini bukan sahaja kukuh malah gagah membawa imej islam. Inilah kerajaan dan orang-orang yang berhak diberi mandat memimpin Negara. Kepada Parti-parti di bawah PR terutama PKR, belajarlah dari PAS bagaimana mendidik dan mentarbiah ahlinya.
Selain itu, ADUN katak Bota BN iaitu Datuk Nasaruddin Hashim yang hanya 10 hari menyertai PKR melompat semula menjadi ADUN BN. Sebenarnya menunjukkan ADUN dan MP BN sebenarnya mengetahui kelemahan BN tetapi takut ‘periuk Nasi’ mereka terancam. Apabilan mendengar sahaja kerajaan PR perak akan tumbang terus melompat semula kea rah BN dek kerana takut tenggelam bersama. Taktik yang dimainkan oleh Anwar sebelum ini telah memakan dirinya sendiri. Sebelum ini bertiup kencang bahawa ahli MP dan ADUN-ADUN dari BN akan melompat parti tetapi sebaliknya yang terjadi.
Penulis juga sebenarnya begitu takut dengan keadaan sekarang di sebuah Negara politik seperti Malaysia. Bermula Mac 2008, pemimpin-pemimpin Negara sibuk berpolitik tetapi mengabaikan pembangunan ekonomi Negara. BN sendiri sibuk meningkatkan kerusi di kantung parlimen dan dun masing-masing. Tetapi keadaan ekonomi semakin terancam kini. Jadilah pemimpin yang berintegriti dan bertanggungjawab.
mymindakini dot com
0 comments:
Post a Comment