Hulu Selangor : Mencorak politik masa depan?
Tahniah, diucapkan kepada P. Kamalanathan kerana menjadi MP baru Hulu Selangor!. Dengan undi 24997 menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim dengan undi 23272. Majoritinya juga seperti yang dijangka oleh penulis dalam FB Zentrum Future Studies iaitu lebih kurang 2000 undi. Ketewasan PKR dan PR sebenarnya sudah penulis jangka dan boleh dibaca di penulisan penulis yang lalu (Rujuk HULU SELANGOR : KPI KEPADA BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT). Namun penulis merasakan terdapat beberapa faktor tambahan yang menjadi faktor penolakan PKR :
1.Penolakan sebilangan rakyat sahaja kepada PKR kerana bagi penulis jika majority sekitar 2000 undi, bukanlah referendum rakyat kepada kerajaan Selangor atau PR atau sokongan terhadap slogan 1 Malaysia. Majoriti untuk kerusi parlimen sekitar 2000 undi bukanlah undi yang kuat untuk menyakini rakyat sudah memihak kepada BN. Namun perbezaan antara PRU 2008 dengan PRK 2010 adalah masih mendatar.Apa yang penting Kerajaan PR Selangor membaiki segala kelemahan dan kepincangan yang diutarakan dan menjadi modal BN semasa PRK Hulu Selangor.
2.Bagi penulis kekalahan ini disebabkan krisis keyakinan rakyat terhadap PKR sendiri. Pada masa krisis kepimpinan keluar dan lompat parti sedang menyelubungi sekeliling PKR. PKR meletakkan calon, PKR boleh menang tetapi permainan media menyebabkan rakyat Hulu Selangor terutama pengundi DAP (Di Atas Pagar) menolak Zaid.
3.BN menurunkan semua kepimpinan tertinggi, sehinggakan D.S Najib turun pada hari terakhir dengan menjanjikan pelabagai janji. SRJKC dijanjikan RM3 juta. Ia merupakan faktor penarik undi cina. Namun undi Cina gagal diraih oleh BN kerana faktor kemenangan BN adalah undi Melayu dan India. Namun jika kita mengenali bangsa Cina, sifatnya mudah...jika mereka percaya seseorang mereka akan memberikan apa sahaja dan dianggap seperti adik beradik, namun jika mereka membenci walaupun bangsa mereka sendiri mereka akan membenci sampai mati.
4.Memanglah kaum Melayu merupakan majority kaum di Hulu Selangor, PR meletakkan calon melayu adalah amat tepat. Tetapi meletakkan Zaid adalah satu kesilapan. Zaid mempunyai rekod peribadi agak buruk yang berjaya dikupas dan diselongkar oleh BN. Walaupun beliau mempunyai pengalaman namun kesensitifan orang melayu terhadap arak itu memang tebal.
5.Undi PKR sebenarnya meningkat berbanding PRU 2008 sekitar 200 undi namun peningkatan sedikit undi BN menyebabkan kekalahan PKR.Berbanding undi protes BN pada 2008, PR menang sekitar 200 undi tetapi kemenangan G. Palinival pada 2004 gagal menarik semula undimereka pada 2004 dahulu sekita 14000 lebih.
Namun persoalannya, adakah keputusan di Hulu Selangor ini akan mencorak politik masa hadapan? Penulis suka untuk memberikan beberapa komentar:
1.PRK Hulu Selangor menunjukkan bahawa rakyat menunjukkan kuasa mereka dalam memilih siapa yang gagal berkhidmat dengan baik akan ditolak. Namun dalam keadaan MP Hulu Selangor yang lama sentiasa sakit memungkinkan kegagalan berkhidmat kepada rakyat.
2.Politik Malaysia, bagi penulis semakin kotor. Peradaban politik sihat gagal diterjemah oleh kedua-dua blok parti politik. Budaya menyerang peribadi, provokasi, penggunaan media terlampau dan kelulusan projek segera selain memutar belitkan fakta menjadi amalan wajib parti bertanding. Penulis tidak mendengar atau melihat di televisyen calon-calon bercakap apa yang beliau akan lakukan jika beliau dipilih sebagai MP Hulu Selangor. Namun yang penulis dengar adalah kes calon cium tangan, kes minum arak, undi hantu dan lain-lain. Semua pihak gagal menghidangkan peradaban politik sebenar politik supaya rakyat dapat memilih calon bukan berdasarkan faktor lain tetapi keyakinan yang calon bawa dan miliki.
3.Pihak kerajaan hanya mempunyai satu-satunya senjata sebagai faktor penarik undi iaitu peruntukan segera. Kajian dibuat bahawa rakyat mula memihak kepada BN setelah D. S Najib turun berkempen. Najib bukan hanya turun tetapi mengumumkan beberapa peruntukan segera jika menang. Strategi ini sama dibuat semasa hampir menang di DUN Manek Urai. Adakah politik seperti ini ingin dihidangkan kepada generasi kemudian?
4.Namun bagi penulis, jika faktor Hulu Selangor menjadi titik tolak oleh Najib untuk membubarkan parlimen bagi PRU13 pada waktu terdekat. Beliau mungkin agak excited dan gelojoh kerana kemenangan Hulu Selangor bukanlah keyakinan BN akan menang majority 2/3 di parlimen. Faktor tumpuan dan fokus kepimpinan BN dalam PRK sebenarnya faktor penarik undi BN. Masakan tidak!, jika PRU tidak mungkin Najib akan turun ke semua MP dan DUN. Bahagialah tempat yang menerima kematian MP atau ADUN kerana seluruh kepimpinan negara akan turun dan memberikan pelbagai kemewahan.
Namun, penulis mendoakan Malaysia mencapai tahap perdaban politik yang mewarnai peradaban demokrasi sebuah negara. Entah bila, kita rakyat Malaysia akan dihidangkan peradaban politik sihat yang mana rakyat boleh memilih sendiri calon mereka secara jujur dan yakin calon dan parti boleh membawa negara ke arah negara maju.
1 comments:
Saya nak komen sikit mengenai ayat ini "Namun jika kita mengenali bangsa Cina, sifatnya mudah...jika mereka percaya seseorang mereka akan memberikan apa sahaja dan dianggap seperti adik beradik, namun jika mereka membenci walaupun bangsa mereka sendiri mereka akan membenci sampai mati."
April 26, 2010 at 6:21 PMDari sejak sekolah lagi saya dihidangkan dengan frasa ini. Cuma sekarang saya ingin nak maklumkan kepada semua pembaca bahawa yang menjadi ISU BESAR dan KEADAAN LINTANG PUKANG dalam politik negara ialah kerana: orang-orang Melayu dalam parti-parti yang ada ingin sangat mendapatkan "percaya" dari kaum ini. Untuk mendapat "percaya" itulah maka macam-macam yang dibuat dan dijanjikan untuk menyeronokkan mereka. Ada parti yang depan orang Melayu menjegilkan biji mata dan berkata mesti membentuk negara Islam. Tetapi bila depan Cina, dengan lembut berkata bahawa hal ini akan dibincangkan. Jadi nampak sangat pemimpin Melayu tak ada arah sebenarnya. Cuma kepentingan politik semata-mata. UMNO pulak walaupun tahu sekolah satu aliran wadah penting perpaduan, tetapi terpaksa telan kerana tak mahu hati orang Cina terluka kononnya. PAS pun sama boleh tukar-tukar prinsip. Bagi PKR pula yang penting dapat undi Cina. Saya pernah diberitahu dalam satu ceramah PKR di kawasan nelayan Cina di negeri Perak, Penasihat PKR dengan wajah selamba bertanya kepada masyarakat Cina di sana; "Setelah 50 tahun merdeka adakah tuan-tuan melihat ada DO terdiri dari orang Cina?". Maka bertepuklah semua yang hadir."Jika kita memerintah, kita akan ubah ini semua." Kenyataan ini melukakan hati Melayu. Tetapi bagi PKR itu tak penting kerana hati Cina lebih penting dijaga.
Inilah keadaan-keadaan yang akhirnya menyangkal kata-kata Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang Didunia".
Post a Comment