Ada apa dengan Anwar?
Negara dikejutkan sekali lagi dengan laporan seorang setiausaha sulit kepada bekas TPM Malaysia yang melaporkan kepada pihak polis bahawa dia diliwat oleh bekas TPM tersebut. Laporan tersebut ibarat ‘jerat ulangan’ kepada bekas TPM tersebut. Semua pihak saling tuduh menuduh antara satu sama lain dan anwar terus menuding jari kepada Pihak Barisan Nasional yang dikatakan menjalankan konspirasi menjatuhkannya.
Saiful Bukhari Azlan (maangsa) yang membuat laporan polis pula merupakan bekas pelajar UNITEN yang dikatakan pernah bertanding atas tiket aspirasi kerajaan dalam pilihanraya kampus UNITEN dan merupakan amat rapat dengan khairul anas iaitu setiausaha kepada TPM-Datuk Seri Najib. Namun kenapa ia baru timbul sedangkan anwar mengambil Saiful Bukhari Azlan sebagai setiausaha sulitnya padahal sudah terang lagi bersuluh bahawa mangsa mempunyai rekod lalu merupakan pro kerajaan dan mempunyai hubungan yang rapat dengan orang najib? Manakala pihak BN melalui Datuk Seri Pak Lah dan konco-konconya mengatakan bahawa BN dan kerajaan tidak mempunyai kaitan dengan laporan polis tersebut. Namun bagi penulis siapa yang nak mengaku kesalahan yang wujud semasa kebangkitan sokongan kepada anwar memuncak. Semua orang boleh menafikannya. Tak kanlah nak mengaku! Bodohlah Pak Lah. Namun kalau Pak Lah di pihak Hamas atau yang berpegang kepada perjuangan islam, kita boleh percaya. Penulis bukanlah ingin berpihak kepada mana-mana pihak, namun penulis sentiasa berfikir dan mengkaji kerana politik ini sarat dengan muslihat dan perancangan strategik. Hasilnya mungkin diluar jangkaan dan andaian kita. Apabila sesuatu isu timbul, kita hendaklah mengkaji dari pelbagai sudut supaya kita tidak diperangkap oleh mainan sesama manusia.
Penulis bukanlah berminat mengambil peduli akan isu anwar ini kerana bagi penulis anwar bukanlah aset yang bernilai bagi perjuangan pas kerana kehadiran dan keunggulannya sebenarnya memporak-perandakan Malaysia. Bagi penulis biarkan anwar dengan lagu dan iramanya. Sejak anwar keluar dari tirai besi selama 6 tahun, anwar ibarat wira rakyat yang sentiasa menjadi harapan baru untuk rakyat Malaysia. Bagi penulis anwar sanggup berbuat apa sahaja untuk memenuhi impiannya menjadi PM Malaysia yang ke-6. Kehadiran anwar dalam dunia politik tanahair sebenarnya memberi nafas baru kepada PKR yang diibaratkan nyawa-nyawa ikan. Anwar memberikan nyawa kepada PKR. Penulis amat bersetuju dengan sahabat penulis yang memetik dalam akhbar wasilah oleh Wan Abd. Rahman Wan Abd. Latiff yang mengatakan ‘cabaran paling getir yang besar kemungkinan akan dihadapi oleh Pakatan Rakyat ialah cabaran ideology politik dan yang menariknya ideology bukan merupakan cabaran kepada BN. Parti-parti politik yang bergabung di bawah gagasan Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan DAP mempunyai ideology politik yang tersendiri. PAS dengan islamnya dan DAP dengan demokratik socialism. Namun PKR sendiri tidak begitu jelas ideology dan haluan politiknya, besar kemungkinan ia lebih mirip kepada campuran antara unsur-unsur liberalisme dan demokrasi’.
Secara teorinya PAS dan DAP mempunyai haluan politik yang amat berbeza dan sukar untuk dipertemukan dalam satu titik persamaan. Islam amat bertentangan dengan ideology sosialis kecualilah ada tolak ansur antara satu sama lain. Namun bagi pas, mereka tidak mahu menggadaikan prinsip dengan menerima parti yang berideologi sosialis dalam perjuangan menegakkan sebuah negara. DAP menolak kewujudan negara islam oleh pas bermakna DAP tidak mahu menerima sebarang elemen islamik dalam pemerintahan sesebuah negara.
Bagi penulis anwar bijak dan secara dasarnya ibarat ‘menangguk di air yang keruh’ bagi memenuhi hasrat menjadi PM. PKR bekerjasama dengan DAP dan Pas tetapi Pas tidak pernah mengeluarkan pengumuman secara rasmi bahawa mereka bekerjasama dengan DAP. Pas hanya bekerjasama dengan PKR melalui Barisan Alternatif (BA) tetapi tidak bekerjasama dengan DAP. Namun PKR yang mendapat kerjasama dengan DAP dan Pas membentuk satu pakatan dikenali Pakatan Rakyat (PR). Namun bagi penulis jika Pakatan Rakyat melalui anwar berjaya merampas tampuk pemerintahan negara yang kononnya pada bulan september ini, kemungkinan akan berlaku satu lagi titik hitam dalam pemerintahan negara selain tumbangnya kerajaan BN yang memerintah lebih 50 tahun.
Mana tidaknya! Sejak PRU-12 lalu, terdapat ramai orang melayu yang menyokong DAP dan tidak kurang juga terdapat rakyat Malaysia yang takut dan bimbang dengan telatah dan gelagat pimpinan DAP. Baru hanya memenangi 28 kerusi parlimen dan mendapat majoriti kerusi di Perak, mereka sudah berani mengkritik kuasa sultan walaupun BN pun terlibat menghina sultan. DAP yang berjaya memperolehi majoriti kerusi dun Perak melakukan tindakan yang tidak sepatutnya dengan mempersoalkan undang-undang tubuh negeri perak terutamanya pimpinan tertinggi DAP. Secara demokrasinya DAP layak dipilih menjadi Menteri Besar Perak namun dek kerana undang-undang negeri yang menetapkan hanya orang melayu yang layak memegang jawatan tersebut, menafikan hak DAP. DAP dengan slogannya ’ Malaysia untuk rakyat malaysia’ merupakan dasar perjuangan mereka bagi menegakkan bahawa semua kaum di Malaysia berhak menerima layanan yang sama tanpa ada diskriminasi dengan misi menentang kronisme, nepotisme dan rasuah. Bagi penulis DAP tidak akan bekerjasama dengan Pas dalam pembentukan negara tetapi bagi kes negeri perak hanya kerana kuasa sultan dan undang-undang memilih wakil pas iaitu pemenang kerusi dun paling kecil dalam adun perak, DAP terpaksa bertolak ansur.
Pernah tak kita terfikir jika anwar berjaya dalam misinya menjadi PM pada bulan september ini? Jika anwar menjadi PM, siapakah akan dilantik menjadi TPM? Daripada parti manakah akan diletakkan sebagai TPM, Pas atau DAP? Atau kedua-duanya? Jika Lim Kit Siang menjadi TPM, apa kata pas? Apa kata orang melayu? Jika Tuan Guru Haji Hadi menjadi TPM, adakah DAP akan menerimanya, dengan jumlah kerusi Parlimen paling sedikit dalam parlimen? Di mana pas ingin merealisasikan negara islam yang diperjuangkannya sekian lama? Adakah DAP mahu menerimanya dalam keadaan mereka menentang kewujudan negara islam? Bagi penulis jika anwar berjaya mencapai misinya september ini, kemungkinan besar akan berlaku huru-hara terutamanya orang melayu dan penyokong-penyokong pas serta orang-orang cina. Mungkin perstiwa mirip 13 mei akan berlaku. Selain akan berlaku kekecohan jawatan-jawatan dalam kerajaan seperti yang berlaku di perak.
Bagi penulis, Pakatan Rakyat sebenarnya tidaklah sehebat mana pada PRU12, kemenangan mereka hanya bernasib baik sahaja. Masa pilihanraya yang tidak sesuai kerana rakyat marah kepada kerajaan akibat kenaikan harga barang, selain formasi calon BN yang tidak direstui oleh ahli-ahli BN. Bagi penulis, PR akan kalah lagi pada PRU13 melainkan dapat menunjukkan mereka merupakan pakatan terbaik dan seiring untuk membawa Malaysia ke era baru yang cemerlang. Bagi penulis pas perlu sedar bahawa anwar tidak membawa erti kepada mereka malah membawa kesan buruk lagi. Penulis begitu bangga dengan kehebatan pas yang mempunyai calon-calon bukan islam selain berusaha untuk mengubal undang-undang parti untuk membenarkan keahlian bukan islam. Pas perlu bergerak sendirian kerana pas bergerak atas dasar yang kukuh dan haluan yang benar. Penulis bukannya mahu menidakkan sumbangan DAP dan PKR tetapi penulis merasakan lebih elok dan selamat jika pas begerak sendirian dengan menarik lebih ramai ahli bukan islam selain berusaha mengekalkan kemenangan terhadap negeri-ngeri yang secara solid diperintahnya iaitu Kelantan dan kedah.
Penulis bukannya menentang atau anti anwar tetapi apabila dikatakan politik ini pelbagai andaian boleh berlaku. Mungkin apa yang ditulis oleh penulis ini ditentang oleh pelbagai pihak, namun ini hanya pendapat. Dalam dunia politik Malaysia yang tidak ditentukan arah tujunya ini kita seharusnya boleh bersedia menerima dengan sebarang keadaan masa hadapan negara. Mungkin satu hari nanti, walaupun PKR disepak dan ditndang ke sana ke mari, mungkin PKR yang tidak mempunyai dasar perjuangan yang jelas ini akan menyertai UMNO semula. Seperti yang terjadi kepada Semangat 46. Bagi penulis dalam politik di Malaysia kini, setiap parti tidak boleh berharap kepada parti yang lain tetapi bergerak dalam acuan sendiri.
mymindakini08
0 comments:
Post a Comment