Memahami Kepimpinan Ber"Empati"
Penulis suka untuk berkongsi dengan pembaca wacana penulis ini berkaitan dengan istilah ‘empati’ . Istilah ‘empati’ ini menjadi wacana penulis memandangkan situasi negara dan keadaan sekeliling penulis yang seharusnya menjadikan ‘ kepimpinan ber’empati’ ini merupakan salah satu daripada uslub kepimpinan moden. Malah sifat empati ini merupakan sifat yang perlu ada kepada seorang pemimpin berkarismatik.
Penulis merasakan bahawa akibat ketidakmilikan sifat kepimpinan ber’empati’ inilah menyebabkan wujud golongan yang miskin bertambah miskin dan kaya bertambah kaya termasuk dalam organisasi di mana golongan atasan yang tidak berempati terhadap pekerja bawahan menyebabkan pekerja bawahan tertekan kerana tidak difahami ‘beban kerja’ mereka yang bertambah. Keadaan pemimpin seperti ini akan menyebabkan rakyat terseksa dan menderita.
Seharusnya di sebuah negara yang kononya negara islam atau organisasi islam menjadikan empati ini sebagai uslub dalam membuat keputusan. Pemimpin akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpin. Pemimpin tidak akan memahami masalah rakyat jika mereka tidak merasai bersama-sama akan kesusahan rakyat dan pekerja bawahannya.
Penulis suka untuk membawa dan melihat bagaimana Dato’ Seri Pak Lah yang menaikkan harga minyak dengan tidak merasai kesusahan yang akan dialami oleh rakyat pimpinannya. Bagi penulis, pemimpin yang gagal memiliki dalam dirinya sifat impati ini hanya mengamalkan dasar kepimpinan kapitalis yang memaksa rakyat yang dipimpinnya terseksa tanpa merasakan dirinya adalah sebahagian daripada mereka. Penulis juga suka membawa pengamatan pembaca kepada negara Korea yang mana kekurangan sifat empati dikalangan pemimpinnya menyebabkan pmeberontakan rakyat seperti mogok lapar dan piket.
Penulis suka untuk membawa contoh kepada Saidina Umar semasa pemerintahannya. Walaupun dikhabarkan berita gembira akan kesejahteraan rakyatnya namun beliau ingin melihat dan menyelami sendiri keadaan rakyatnya. Saidina Umar menyamar sebagai rakyat biasa sehinggakan mengetahui bahawa terdapat seorang ibu yang hidup kelaparan sehingga terpaksa menipu anak-anaknya sendiri akibat tidak ada makanan untuk dimakan terpaksa merebus batu. Inilah contoh pemimpin yang empati.
Jika kita melihat salah seorang pemimpin yang mengamalkan kepimpinan berempati dalam pemerintahan di negara kita. Tidak syak lagi Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Menteri Besar Kelantan. Jika melihat kehidupan beliau yang cukup sederhana sehinggakan walaupun hampir 20 tahun menjadi Menteri Besar rumahnya merupakan rumah papan yang lebih kurang sama dengan rumah rakyat negeri Kelantan. Kehidupannya cukup sederhana. Jika kita boleh menyuburkan sikap empati dalam diri sebagaimana mereka?, tidak mustahil kita juga mampu menjadi seperti mereka satu hari kelak. Persoalannya, senangkah untuk membentuk sikap empati?
EMPATI VS SIMPATI
Di dalam Kamus Dewan edisi ketiga empati bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Selain empati merujuk kepada kemampuan seseorang untuk merasakan apa yang dirasakan orang lain ketika mengalami sesuatu kejadian. Misalnya sikap seorang pemimpin yang seharusnya memahami implikasi yang bakal menimpa pengikutnya ekoran sesebuah dasar yang ingin diterapkan. Sikap ini ternyata perlu dan wajib dikuasi oleh insan yang bernama pemimpin.
Ianya tidak perlu diberitahu. Sikap empati ini lebih menjurus kepada kemampuan seseorang untuk berkomunikasi dengan perasaan dirinya sendiri. Lantas bagi seorang pemimpin, sikap ini perlu untuk membentuk sebuah kepimpinan yang proaktif dan efektif.
Lain pula bagi simpati. Biarpun namanya hampir sama, tetapi terdapat perbezaan ketara di antara keduanya. Simpati lebih merujuk kepada kecenderungan belas kasihan selepas melihat sesuatu kejadian. Misalnya reaksi seorang pemimpin setelah melihat kesusahan rakyatnya. Maka timbullah rasa belas kasihan kepada mereka semua. Ianya lebih terarah kepada keupayaan memahami perasaan seseorang melalui pengamatan fizikal, bukan dari hati. Maka ianya perlu dihebahkan terlebih dahulu oleh media. Lantas berbondong-bondong bantuan yang akan diterima, biarpun kesengsaraan yang ditanggung oleh pengikutnya sudah berpuluh-puluh tahun lamanya !
PEMIMPIN BERJIWA EMPATI
Menyelusuri krisis kepimpinan yang melanda negara sekarang ini, penulis rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit buah fikiran untuk renungan bersama. Seseorang pemimpin seharusnya mempunyai sikap empati dalam memimpin organisasinya. Karen Armstrong dalam bukunya yang bertajuk The Great Transformation, pernah menyebut bahawa sikap empati merupakan intipati kepada seluruh ajaran besar di dunia. Walaupun Karen seorang yang bukan islam namun beliau menganjurkan unsur islam dalam gelagat organisasi. Empati yang sesungguhnya menurut Armstrong, akan membantu seseorang memahami penderitaan atau kesulitan orang lain. Lebih jauh lagi, empati akan mentransformasi kesadaran seseorang menjadi lebih peka dengan lingkungannya. Dalam tingkatannya yang paling dasar empati akan menimbulkan sikap “mengasihani” dalam erti yang positif.
Tambahan pula, Islam juga banyak berbicara mengenai sikap empati ini. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
Tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia menyayangi orang lain seperti menyayangi dirinya sendiri.
Hadis riwayat Bukhari
Tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia menyayangi orang lain seperti menyayangi dirinya sendiri.
Hadis riwayat Bukhari
Hadis ini sebenarnya berhubung kait dengan semangat empati dan kecintaan yang merupakan asas kepada keimanan seseorang individu. Secara jelasnya seseorang yang mempunyai sifat empati ini sebenarnya dekat dengan Allah kerana sifat empati ini membuktikan hubungan yang baik dengan sesama manusia (Habluminannas). Apabila seseorang mempunyai hubungan yang baik dengan sesama manusia pastinya mempunyai hubungan yang baik dengan Allah (Habluminallah).
Empati mengajar seorang pemimpin untuk hidup sederhana melalui kesedaran arah dan visi untuk membentuk hubungan yang positif dan harmoni antara pimpinan dan pengikutnya. Senang cerita, pemimpin perlu bersusah dan bersenang bersama rakyat. Jadi untuk membangunkan budaya empati dalam kepimpinan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana naluri manusia yang berbagai dan manusia-manusia moden adalah manusia yang terkurung oleh egonya.Tetapi harus diingat, jika hilangnya empati, maka runtuhkan keadilan dalam sesebuah kerajaan. Juga tanpa empati, maka hancurlah semangat kecintaan seorang rakyat kepada pemimpinnya !Maka untuk itu, seorang pemimpin haruslah bersedia untuk melayani pengikutnya secara tulus, ikhlas, dan tanpa pilih kasih. Juga setiap janji-janji, haruslah ditepati tanpa menyakitkan hati pengikut.
Empati mengajar seorang pemimpin untuk hidup sederhana melalui kesedaran arah dan visi untuk membentuk hubungan yang positif dan harmoni antara pimpinan dan pengikutnya. Senang cerita, pemimpin perlu bersusah dan bersenang bersama rakyat. Jadi untuk membangunkan budaya empati dalam kepimpinan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana naluri manusia yang berbagai dan manusia-manusia moden adalah manusia yang terkurung oleh egonya.Tetapi harus diingat, jika hilangnya empati, maka runtuhkan keadilan dalam sesebuah kerajaan. Juga tanpa empati, maka hancurlah semangat kecintaan seorang rakyat kepada pemimpinnya !Maka untuk itu, seorang pemimpin haruslah bersedia untuk melayani pengikutnya secara tulus, ikhlas, dan tanpa pilih kasih. Juga setiap janji-janji, haruslah ditepati tanpa menyakitkan hati pengikut.
Dalam hal ini, kita lebih suka pemimpin yang berpegang kepada agama dan moral yang tinggi serta mereka yang menunjukkan komitmen dalam etika melalui tindakan dan perbuatan yang boleh kita lihat. Namun, empati sahaja tanpa pengetahuan, wawasan, dan ketrampilan juga akan memerangkap seseorang pemimpin ke dalam mimpi buruk dalam memberi kepuasan kepada pengikutnya.
Justeru, pemimpin berempati haruslah mampunyai karisma dari setiap sudut kehidupan seperti akhlak, komunikasi, intelektual dan kebolehan untuk membimbing pengikut-pengikutnya.Namun yang paling penting adalah istiqamah dalam prinsip kebaikan. Mereka mestilah berpegang teguh pada prinsip yang terbukti benar dan sahih. Ianya dinamakan Principle Centred Leadership oleh Stephen R. Covey .
Apa pula tugas seorang pengikut dalam membentuk kepimpinan empati?
Para pengikut perlu memahami bahawa pemimpin bukanlah superior (kuasa tertinggi), bahkan mereka hanyalah fasilitator (pemudahcara) bagi seluruh pengikutnya dalam gerak kerja bersinergi (usaha sama individu dengan organisasi) untuk mencapai misi dan visi yang telah disepakati. Oleh itu, sikap saling mempercayai perlulah ditanam agar semua nilai-nilai empati tersebut dapat berbicara dari hati ke hati tanpa terhakis oleh sebarang keraguan.
Meskipun perbezaan pendapat adalah hal yang wajar, namun ianya mestilah tidak sampai mengganggu perencanaan misi dan visi yang telah ditetapkan. Ikatan ini dapat membentuk komunikasi positif yang saling mempercayai fungsi dan peranan masing-masing tanpa menimbulkan sebarang keraguan terhadap kedua-dua pihak.
Namun, jika gerak kerja di atas menemui kegagalan, juga pentadbiran sesebuah organisasi dipenuhi dengan unsur rasuah, pangkat dan kemewahan semata, rakyat (pengikut) berhak menghancurkan kepimpinan tersebut .Hidup ini ibarat roda, yang di atas tidak selamanya berada di atas, ada ketikanya mereka perlu turun ke bawah mengintai realiti semasa kehidupan.
Namun dalam sesebuah kumpulan, organisasi mahupun negara yang majoritinya orang islam hendaklah menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan kerana barat kini sedang mengaut seberapa banyak ajaran dan nilai islam untuk diterapkan untuk menonjolkan bahawa imej barat merupakan rujukan yang terbaik. Keadaan ini membuktikan jika uamat islam sendiri meminggirkan nilai dalam islam itu sendiri ia akan dicuri oleh barat yang menjadi pemandu ke arah kecemerlangan insan.
Namun dalam sesebuah kumpulan, organisasi mahupun negara yang majoritinya orang islam hendaklah menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan kerana barat kini sedang mengaut seberapa banyak ajaran dan nilai islam untuk diterapkan untuk menonjolkan bahawa imej barat merupakan rujukan yang terbaik. Keadaan ini membuktikan jika uamat islam sendiri meminggirkan nilai dalam islam itu sendiri ia akan dicuri oleh barat yang menjadi pemandu ke arah kecemerlangan insan.
Dimurnikan oleh Abu Nabil
1 comments:
Alhamdulillah, saya telah mendapat ilmu melalui anda...
September 15, 2011 at 6:50 PMPost a Comment