APABILA ISTILAH ‘IKHLAS’ DAN ‘BERKORBAN’ MENJADI SENJATA.
Penulis sudah lama ingin menulis berkaitan tajuk ini, senantiasa masa dan idea yang kurang menyenangi fikiran penulis. Tajuk ini menjadi wacana penulis kerana berdasarkan ‘sejarah’ dan reality kehidupan penulis ia menjadikan penulis berfikir. Penulis suka melihat dan menyoroti kehidupan kerana ia menjadi sumber muhasabah dalam proses menjadikan ia sempadan dan pertimbangan dalam diri.
Dunia islam kini mengalami satu sindrom yang begitu menyedih dan menyakitkan kerana islam yang begitu menentang unsur-unsur selain islam telah menjadikan modal yang begitu ampuh bagi meningkatkan produktiviti umat islam. Unsur-unsur islam telah digabungbiakkan dengan unsur-unsur yang menongkah ajaran islam sendiri. Bagi penulis sudahlah islam telah dicampuadukkan dengan unsur liberalnya malah kini islam telah dicampur aduk dengan unsure kapitalis. Mungkin akan wujud nanti islam kapitalis. Penulis begitu terpesona bagaimana orang-orang barat menjadikan pelbagai habuan dan ganjaran berbentuk material kepada mereka untuk berjaya. Namun kejayaan mereka hanya untuk dibanggakan dan untuk dilihat oleh orang lain serta ingin menunjukkan begitu modennya tamadun mereka. Namun bagi kita, apa gunanya?
Jika menyoroti sejarah lalu, semasa perang salib berlaku, bagaimana tentera Rom berhadapan bala tentera islam. Menariknya, tentera-tentera Rom mempertahankan negara mereka dengan keadaan diikat kaki supaya tidak melarikan diri dan terus mempertahankan negara mereka tetapi hati mereka kecut dan penuh ketakutan. Namun tentera islam bergerak dengan gagah tanpa kaki mereka diikat dengan tali tetapi hati mereka diikat dengan jihad fisabillilah. Itulah hasilnya islam menekankan kepada bala tenteranya untuk berjuang menegakkan agama Allah.
Apa yang menarik pula yang perlu diketahui mengenai system kapitalis ini pula ialah lebih menumpukan kepada kepentingan keuntungan. Penulis suka untuk mengaitkan kapitalis ini dengan unsur ekonomi walaupun terdapat contoh-contoh mengenai amalan kapitalis dalam kehidupan bersosial kerana penulis mempunyai latar belakang pendidikan ekonomi. Kapitalis atau system pasaran bebas ini merupakan system yang bercirikan keuntungan dan keberuntungan. Dalam system ini, siapa yang bijak dan cekap dia akan berjaya. Dalam system ini, sesebuah pemimpin organisasi akan berusaha mengurangkan kos dengan matlamat meningkatkan keuntungan. Pekerja-pekerja bawahan akan diperah keringat dengan meletakkan bayaran yang tertentu supaya sesebuah organisasi dapat mengeluarkan hasil atau produk mengikut keperluan dan sasaran organisasi. Lihat sahaja sejarah bagaimana unsur-unsur sosialis dijadikan doktrin untuk menyekat dan menghalang keganasan kapitalis.
Kini, system pemerintahan kapitalis telah meresap ke seluruh dunia menyebabkan ia sebenarnya menjadi sinonim dalam minda dan pemikiran terutama umat islam. Penulis suka untuk mengaitkan bagaimana umat islam kini telah menjadikan modal ampuh yang menjadi impian umat islam yang menggilai kesempurnaan dalam menuju ke syurga. Pihak-pihak yang kurang memahami dan menghayati islam secara tidak sedar dan sedar mengambil kesempatan. Umat islam menjadikan dua istilah ini sebagai matlamat utama dalam kehidupan menyebabkan ia disalahguna untuk memudahkan urusan sehingga bagi penulis ia menjadi senjata. Senjata ini akan digunakan oleh pihak tertentu untuk menyerang dan membunuh mereka yang kelihatan agak mementingkan keduniaan. Padahal bagi penulis, adakah kita hanya manusia biasa dapat menjadi hakim untuk menentukan seseorang itu ikhlas atau tidak? Adakah orang yang agak kelihatan mementingkan dunia, tidak ikhlas? Atau orang yang kelihatan dan ingin menonjolkan keikhlasan sebenarnya mementingkan dunia? Inilah persepsi tidak sihat yang sebenarnya menghantui pemikiran umat islam kini.
Umat islam kini telah mencipta satu system pemikiran bentuk baru yang menjadikan ‘air liur’ untuk memberikan pulangan besar yang menyebabkan semua orang lentuk dan cair serta kaku mempersoalkan sesuatu. Akhirnya melahirkan golongan yang mandom berfikir dan kewujudan golongan tertindas secara tidak sedar. Mereka ibarat seekor anjing yang terpaksa patuh kepada tuan mereka yang diikat dengan tali ‘ikhlas’ dan ‘berkorban’ yang terpaksa melakukan apa sahaja.
Penulis tidak menolak dan amat bersetuju kedua-dua sifat ini perlu ada kepada pekerja atau pejuang sesebuah organisasi atau jamaah tetapi adakah kedua-dua perkara ini menjadi alasan ampuh untuk dilafaz dan diucapkan oleh pemimpin sesebuah organisasi atau jamaah untuk mengurangkan perbelanjaan atau memudahkan urusan, adakah ia adil? Renungkanlah adakah kesedaran jihad yang ditanam kepada tentera-tentera islam ini dihambur dan diperkatakan kepada tentera-tentera islam sebelum pergi berperang? Atau para pimpinan berusaha menghadirkan keikhlasan dan rasa pengorbanan atau perasaan kekitaan dalam diri mereka?
Bagi penulis, seharusnya kalimat ikhlas dan berkorban ini tidak sewajarnya terus dilafaz dan dihamburkan tetapi ia perlu berusaha untuk ditanam dan disemai dalam hati. Hanya yang perlu difikirkan bagaimanakah ia boleh ditanam dalam hati tanpa diluahkan dan diingatkan? Marilah kita berfikir sejenak mengenai apa yang penulis timbulkan ini. Persoalannya hanya pembaca sahaja yang mengetahuinya.

mymindakini08
0 comments:
Post a Comment