Datuk Shah Rukh Khan
Penulis terkejut dan terkedu malah termanggu seketika atas penganugerahan Kerajaan Negeri Melayu Melaka memberi anugerah gelaran kepada pelakon terkenal Bollywood iaitu Shah Rukh Khan dengan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, hari ini. Walaupun YDN merupakan anak negeri penulis yang dicampak oleh Pak Lah ke Melaka, penulis mengharapkan rakyat Malaysia akan menganggap ini merupakan keputusan negeri Melaka bukan buah minda negeri kelahiran penulis.
Kini, anugerah Datuk diberikan sewenang-wenangnya tidak kira siapa, mengikut sejrah sebelum ini, Melaka merupakan negeri yang paling banyak menganugerahkan gelaran Datuk. Kalau dahulu, gelaran Datuk hanya diberikan kepada rakyat Malaysia yang berjasa kepada negara. Nama terbaru seperti Lee Chong Wei, Nicol Ann David, Siti Nurhaliza, Sheikh Muzaffar Shukor dan hampir keseluruhan ahli-ahli politik terutama Parti Kerajaan. Gelaran dan pelbagai gelaran diberikan kepada rakyat Malaysia dan kini bukan rakyat Malaysia terutamanya bintang-bintang seni dan hiburan menonjolkan umat islam kini begitu mengagungkan penghibur atau hiburan.
Ketua Menteri Kerajaan Melayu Melaka menjelaskan bahawa Shah telah mempromosikan Kerajaan Melayu Melaka ke seluruh dunia melalui Filemnya yang membuat pergambaran di Negri Melayu Melaka. Ramai lagi tokoh-tokoh ilmu yang seharusnya dianugerahkan gelaran yang seumpamanya dilupakan dan mungkin sengaja dibiarkan yang banyak mengharumkan nama negara. Inilah salah satu tanda akhir zaman.
mymindakini08
0 comments:
Post a Comment