Dasar Ekonomi Baru (Bahagian 2)
Ramai sahabat penulis meminta untuk menulis lagi berkaitan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sebenarnya penulis kekurangan masa untuk menulis sehingga isu DEB ini telah sejuk daripada bualan hangat semua pihak. Walaubagaimanapun, dengan sedikit ilmu dan pemerhatian penulis, penulis cuba untuk membuka sedikit demi sedikit berkaitan DEB. Seperti artikel lalu, apa yang penulis coretkan dalam wacana ini hanyalah pendapat penulis melalui kajian dan pemerhatian sahaja.
Di bahagian pertama dahulu, penulis telah membawa pembaca sekalian untuk berkenalan dengan DEB dan sedikit sebanyak penulis rungkaikan berkenaan DEB. Melalui bahagian 2 atau bahagian terakhir ini, penulis hanya akan menulis sedikit sahaja kerana telah menghayati akan kesejukan isu ini.
Adalah tidak dapat dinafikan bahawa Dasar Ekonomi Baru merupakan titik perubahan serta pembaruan masyrakat Melayu khusunya dan masyarakat Malaysia amnya selepas berlakunya rusuhan 13 Mei 1969. Di Malaysia, kita boleh lihat bahawa kerajaan merupakan raja yang amat besar kuasanya. Pelbagai dasar dirancang dan dilaksanakan walaupun dasar tersebut amat bertentangan dengan nilai kehidupan rakyat Malaysia yang hidup dalam pelbagai kaum. Kalau ingin sahaja dibandingkan dengan rakyat di negara lain, sikap dan sifat rakyat Malaysia perlu dipuji. Jika dibandingkan dengan negara Indonesia sahaja, jika berlaku kenaikan harga barang, beribu-ribu rakyatnya turun untuk membuat bantahan dan meminta pimpinan negara meletak jawatan. Bijak sungguh pimpinan negara Malaysia memandomkan sikap dan semangat patriotism rakyat Malaysia.
Apa yang penulis ingin cungkil berkenaan keadaan negara kita, DEB merupakan dasar yang ternyata berat sebelah walaupun dasar ini secara di atas kertasnya merupakan dasar untuk kepentingan semua kaum!. Namun rata-rata setiap kegiatan dan aktivtinya serta hak total dasar ini adalah untuk orang melayu. Namun kaum lain secara majoritinya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati, mungkin mereka memahami dan diterap dengan kontrak sosial yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin kaum semasa kemerdekaan dahulu. Namun dengan tahap pendidikan dan perkembangan teknologi maklumat, sampai bila kontrak ini akan dipersetujui? Waima kontrak sosial ini hanya dipersetujui oleh pimpinan negara terdahulu, adakah kita perlu meneruskannya sehingga kiamat dengan kesedaran rakyat yang semakin mendadak ini. DEB adalah dasar lapuk yang akan dicabar oleh kaum-kaum lain setelah mengetahui muslihat disebalik dasar tersebut.
DEB sarat dengan unsur berat sebelah selain merupakan ’lubuk kekayaan’ sebahagian besar bangsa Melayu kelas atasan. DEB juga melahirkan usahawan-usahawan melayu acuan kerajaan melayu yang tidak mahir memimpin dan mengurus dek disebabkan wajah DEB yang mementingkan kalimah ’melayu’ sahaja siapa sahaja berhak mendapat habuan walaupun tidak mempunyai kepakaran dan trek rekod yang baik. Natijahnya, lihatlah kepada projek-projek dari kontraktor melayu yang dilaksanakan, keuntungan diutamakan perlaksanaan entah ke mana. Disebabkan untungnya menjadi kontarktor, maka ramailah insan yang mempunyai kalimah ’melayu’ ingin menjadi kontraktor walaupun tidak bertauliah dan menjadi kontraktor kelas bawahan. Maka pihak kerajaan melayu ingin meningkatkan jumlah kontraktor melayu kelas tinggi, jadi keluarkan dasar dan lantikan untuk meningkatkan kontraktor kelas bawahan ini menjadi kontarktor kelas tinggi. Akhirnya, bangunan kerajaan waima bangunan parlimen sendiri bumbungnya bocor.
Setia pimpinan negara sebenarnya mempunyai halatuju sendiri setelah menjadi pemerintah. Setiap pimpinan utama mempunyai usaha untuk menonjolkan gaya pimpinan yang berbeza supaya mereka tidak dikatakan mempunyai proksi pimpinan terdahulu. Kewujudan DEB sebenarnya merupakan salah satu perbezaan gaya kepimpinan pemimpin negara samaada untuk menempelak atau untuk mengajar pemimpin terdahulu. Kepimpinan Perdana Menteri Tun Abdul Razak amat berbeza dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kerana Tun Abdul Razak boleh dikatakan membawa kepada kewujudan dan penggubalan DEB kerana dialah yang menyedari bahawa ketidakseimbangan ekonomi antara kaum yang telah diketepikan di bawah pemerintahan Tunku Abdul Rahman yang mementingkan dasar "laissez-faire" dan dasar "kompromisi" adalah punca utama yang telah menimbulkan ketegangan 13 Mei dan ketidakseimbangan ini tidak boleh terbiarkan sahaja.
Sebenarnya kerajaan melayu dan Malaysia bukan hanya menjalankan DEB pada dasar malah, semua tindakan juga menggunakan konsep DEB seperti apa yang kita lihat pada saman trafik. Kadar saman adalah ditentukan pada kalimah melayu atau tidak, jika kalimah melayu ada pada orang yang disaman, maka kadar saman akan dikurangkan. Namun mungkin pembaca boleh melihat DEB ini mengganas ibarat raksaksa yang mengganas apabila bertemu dengan mangsa.

Akhir sekali, cukuplah bagi penulis untuk mencoret wacana ini, penulis mengharapkan pembaca dapat menghuraikan tentang DEB samaada ia relevan untuk dilaksanakan atau tidak.
0 comments:
Post a Comment