Harga Minyak: Tidak Perlu Fikir Ketuanan Melayu.
Penulis begitu berminat memikirkan tentang harga minyak. Bagi penulis inilah isu yang amat penting dan bersifat kontemporari selain ia isu yang begitu hangat diperkatakan. Penulis begitu suka menonton tv berkaitan temubual dengan individu dan pemimpin yang berkaitan penghapusan subsidi harga minyak. Ternyata jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan berkaitan penghapusan atau mungkin dikatakan sebagai pengurangan subsidi minyak tidak memuaskan hati penulis.
Bagi penulis pihak kerajaan tidak mempunyai ’future planning’ bagi berhadapan penderitaan rakyat yang dicipta sendiri oleh kerajaan. Kenaikan harga minyak petrol dan diesel sehingga lebih 40% bukanlah akibat harga pasaran tetapi disebabkan oleh penghapusan subsidi minyak atau pengurangan subsidi minyak terlampau dan mengejut. ’Future planning’ yang dimaksudkan oleh penulis adalah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan terhadap medium-medium yang akan menerima tempias akibat luka yang dibuat oleh kerajaan. Masakan! Penghapusan subsidi dan pengharaman penjualan minyak terhadap warga asing tidak diselaras dan diuruskan dengan baik. Penghapusan subsidi dikatakan akan dilaksakan pada bulan 8, namun kita lihat sendiri masa perlaksanaannya manakala pengharaman penjualan minyak kepada warga asing dibatalkan serta-merta setelah 2 hari berkuatkuasa.
Namun apa yang penulis berasa lawak dan kadang-kadang beremosi di mana pemimpin-pemimpin kerajaan sibuk mempertahankan ketuanan melayu yang tergugat kononnya akibat kekurangan sokongan orang melayu terhadap UMNO semasa PRU-12 yang lalu. Lihatlah ke mana Datuk Seri Pak Lah setelah mengumumkan kenaikan harga minyak? Datuk Seri Pak Lah dan MT-Mtnya telah berkampung di Shah Alam untuk memikirkan cara untuk menarik kembali sokongan orang melayu terhadap UMNO. Semasa rakyat menderita akibat fasa awal penderitaan akibat sepakan dan tendangan pihak kerajaan, mereka bersenang lenang kononnya ingin menguatkan parti. Bagi penulis, tidak perlu berkampung memikirkan soal menguatkan parti dan mewar-warkan berkenaan ketuanan melayu.
Semasa zaman moden di mana manusia berlumba-lumba mengejar kesenangan dan kesejahteraan hidup, mereka tidak memikirkan soal ketuanan melayu. Orang melayu sendiri tidak kisah samaada siapa pemimpin negara. Namun yang penting bagi mereka adalah kesejahteraan hidup. UMNO perlu sedar bahawa mereka perlu mengubah dasar perjuangan jika ingin berkuasa semula. Cadangan Parti GERAKAN untuk mengabungkan semua parti komponen di bawah satu parti tanpa mengira perbezaan kaum dan bangsa gagal mendapat persetujuan daripada UMNO. Jika gabungan ini wujud maka tidak akan wujud Parti UMNO, MCA atau MIC namun yang wujud adalah Barisan Nasional. Kita akan lihat jika keadaan itu berlaku, kita tidak akan menonton perhimpunan Agung UMNO di kaca tv yang ada hanya Perhimpunan Agung Barisan Nasional. UMNO perlu sedar lagi bahawa ketuanan Melayu tidak lagi menjadi senjata terdesak kerana musuh utamanya PAS telah disertai oleh orang bukan islam malah calon-calonnya juga terdiri daripada calon bukan islam.
Jika disoal kepada orang melayu antara ketuanan melayu dengan subsidi minyak, tentu orang melayu akan memilih subsidi minyak. Namun persoalan tersebut belum lagi ditanya kepada bukan melayu, adakah mereka akan memilih ketuanan melayu atau ketuanan bangsa mereka? Hang Tuah berkata Tak kan melayu hilang di dunia, tapi jika tiada wang nak beli makanan, melayu akan hilang di dunia kerana mati kelaparan.

mymindakini08
0 comments:
Post a Comment