Hari Raya: Peringatanku
Penulis merayakan Hari Raya Eidulfitri di negeri kelahiran penulis iaitu Pahang Darul Makmur. Walaupun pada mulanya hajat tersebut terpaksa dilupakan kerana masalah kewangan, namun kuasa Allah menentukan segalanya. Kali ini, sambutan Hari Raya penulis biasa sahaja namun terasa juga kehilangan ibu kerana sebelum ini ibulah yang menentukan masakan dan makanan yang dihidangkan pada Hari Raya. Ibulah yang paling sibuk di dapur, menyiapkan makanan untuk anak-anak tercinta. Inilah ayat muhasabah murid dan pelajar yang selalu penulis lafazkan semasa sesi muhasabah, ternyata ia berlaku kepada diri penulis sendiri. Namun itulah lumrah kehidupan yang penulis telah hadapi, yang pasti para pembaca sekalian akan dan telah mengalaminya, bersedialah! Bagi penulis iklan Hari Raya dari Telekom dengan ungkapan ‘Hulurkanlah tangan anda, selagi mereka mampu menyambutnya’ begitu memberi muhasabah kepada diri penulis.
Pada Hari Raya Pertama, penulis bertemu dengan sahabat-sahabat lama. Berbeza sekali, kalau dahulu kami berbincang tentang sekolah dan kerja rumah selepas itu tentang haluan kehidupan namun kini kami masing-masing mempunyai anak-anak. Masing-masing bercerita tentang anak-anak masing-masing. Ternyata! Kehidupan ini semakin berada di penghujungnya. Dahulu belasan tahun, kini sudah mencecah 30 tahun. Sedikit masa lagi, pejam celik anak sudah semakin membesar. Tempat ibu bapa dahulu sudah tentu akan dirasakan oleh penulis. Umur semakin lanjut dan seharusnya bersedia menuju ke alam kubur.
Pada Hari Raya Kedua, penulis move to my birth place to Kuala Lipis. Berjumpa bapa-bapa and ibu saudara. Kelihatan sudah semakin tua, sedarlah diri tu, satu hari penulis akan menggantikan mereka. Rumah kata pergi, rumah kata pergi.
Akhir sekali, buat pembaca sekalian, Maaf Zahir dan Batin, penulis ucapkan. Masa semakin hari meninggalkan kita, ia tidak akan menunggu dan yang tinggal hanya nostalgia. Gunakan masa dan peluang yang ada untuk menjadi muslim unggul kerana hidup ini tidak panjang, ia PASTI meninggalkan kita.

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI 1429H.
Mungkin inilah Hari Raya terakhir untuk kita.
mymindakini08
0 comments:
Post a Comment