PAK LAH TIDAK BERTANDING PEMILIHAN UMNO:
Adakah Umno makin bersatu atau sebaliknya?
Dato’ Seri Pak Lah semalam telah mengumumkan bahawa beliau tidak bertanding dalam Pemilihan UMNO pada Mac 2009. Penulis menyoroti isu ini dan membuat sedikit ulasan:
a) Keputusan Pak Lah merupakan satu keputusan yang terbaik untuk dirinya untuk menutup malunya kerana jika beliau bertanding kemungkinan jumlah percalonan dari setiap bahagian tidak akan mencukupi bagi layak bertanding sebagai presiden UMNO. Jika keadaan ini berlaku ia akan memberi aib kepada UMNO.
b) Desakan dari UMNO terutamanya dari MT-MT UMNO sendiri supaya Pak Lah mempercepatkan peralihan kuasa memberi impak besar dan sebenarnya menonjolkan kelemahan Pak Lah berhadapan dengan masalah dan cabaran.
c) Pengumuman Pak Lah akan membuka episode baru dalam dunia politik Malaysia yang kononnya menganggap keputusan Pak Lah merupakan keputusan yang berani dan bijak namun bagi penulis keputusannya itu akan mengundang pelbagai episode baru dalam pemilihan UMNO Mac 2009. Pada pemilihan kali ini, proses perubahan kepimpinan akan berubah di mana jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden akan dipertandingkan dengan jumlah tawaran ahli yang begitu ramai. UMNO dalam keadaan kelemasan tetapi ahli-ahlinya saling berlumba-lumba untuk mendapatkan jawatan. Ini merupakan signal UMNO dalam proses kejatuhan.
d) Kini, ahli-ahli akar umbi mempunyai pilihan yang luas untuk memilih samaada pilihan Pak Lah iaitu Najib atau Muhyiddin dan Tengku Razaleigh untuk jawatan presiden. Bai penulis, Najib telah memulakan langkah awal dengan pengumuman Zahid Hamidi yang dikhabarkan menjadi bakal Timbalannya nanti. Namun pengaruh dan kekananan Muhyiddin akan turut menjadi prhatian akar umbi untuk mencalonkannya. Malah Tengku Razaleigh juga akan menjadi percaturan dalam pemilihannya akar umbi kerana Tengku merupakan bekas menteri Kewangan yang seharusnya diberi peluang dalam keadaan Malaysia mengalami masalah ekonomi yang agak lemah kini.
e) Najib mungkin berjaya dalam usahanya untuk menjadi presiden namun pemilihan Najib bagi penulis akan menjadi senjata pihak pembangkang yang amat ditunggu-tunggu. Kes Altantuya yang masih berjalan akan membuatkan Najib tidak senang duduk. Hanya dua tokoh dalam UMNO yang buat masa ini layak menjadi PM dalam keadaan UMNO dalam kelemasan iaitu Muhyiddin dan Tengku Razaleigh. Namun lumrahnya, dalam UMNO yang sarat dengan persaingan jawatan dan kuasa serta pangkat tidak akan memilih mereka yang berkualiti. Jumlah penawaran jawatan tertinggi UMNO sudah cukup membuatkan akar umbi gelap mata untuk membuat pilihan kerana mereka terpaksa mencari lompang-lompang dan lubang-lubang yang boleh mendatangkan keuntungan.
f) Pengumuman Pak Lah sebenarnya tidak akan memberi perpaduan dalam UMNO yang dalam keadaan parah kerana setiap ahli dalam UMNO berlumba-lumba untuk mendapatkan kuasa. Dalam keadaan ini, parti yang sarat dengan rasuah ini tidak akan memilih mereka yang betul-betul memperjuangan parti.
g) Pada pendpaat penulis juga, usaha Anwar untuk mengambil alih kerajaan mungkin tidak dengan pengumuman Pak Lah namun apa yang diimpikan oleh rakyat Malaysia kini, bukanlah siapa yang menjadi presiden atau naib presdien tetapi siapakah yang paling berwibawa, amanah dan bijak yang akan menggantikan Pak Lah.
Akhir kalam, sudah hampir setahun PRU 12 berlalu, namun isu perebutan kuasa, peralihan kuasa dan pengambilalihan jawatan masih berlegar. Yang pastinya isu besar kini yang kian dijadikan isu remeh adalah isu ekonomi dan pengurusan ekonomi negara yang lemah. Setiap pihak perlu berlapang dada dan menerima keputusan rakyat walaupun kelihatan mempunyai kerajaan yang kurang kukuh. Berjuanglah samaada parti kerajaan dan pembangkang pada PRU13 ini.
mymindakini08
0 comments:
Post a Comment