iSLAM TIDAK TERTEGAK DENGAN KATA-KATA.
Kini, masyarakat sudah matang untuk menilai bahawa kata-kata atau speach skill bukan lagi kaedah untuk mendapatkan pengaruh. Jika pada zaman dahulu, bakal pemimpin yang petah berkata-kata merupakan idola dan mempunyai pengikut yang ramai dan sentiasa dipuja. Namun dalam kondisi kini, masyarakat sudah pintar menilai bahawa kata-kata atau mereka yang bijak berkata-kata bukanlah tiket untuk memenanggi hati rakyat, namun mereka yang mempunyai pintar mengendalikan ’ pengaplikasian kata-kata dalam bentuk perbuatan menjadi perhatian masyarakat.
Mengikut kajian, masyarakat begitu ’muak’ dengan mereka yang hanya pandai berkata-kata tentang pengayaan ilmu namun pengaplikasian ilmu gagal digarap dan diaplikasi dengan baik oleh mereka yang petah berkata-kata. Masyarakat kini mempunyai lebih kefahaman mengenai akhlak dan tabiat mencernakan kesan-kesan spritual yang digarap melalui kata-kata berdasarkan ilmu yang dimiliki. Melalui kata-katalah pelbagai unsur falsafah, kesusaseraan dan hujak fuqaha’ mencernakan pasal akal, perasaan dan roh. Ketegasan yang kaku mengenai pengaplikasian kata-kata gagal untuk menakluk hati dan juga tidak ada tempat untuk rasa kasih dan cinta.
Kita boleh melihat senario di dalam negara kita, bagaimana undang-undang yang disokong oleh pemimpin dan diterima oleh badan kehakiman negara. Namun melalui helah, putar belit atau pencabulan pengaplikasian undang-undang adalah pendekatan yang digunakan oleh pemimpin, terbukti mereka ditolak. Selain itu, jika kita lihat bagaimana taktik politik yang direncanakan oleh Perdana Menteri Pak Lah yang menghatar nama –nama calon BN kepada SPR untuk menapis nama-nama calon BN yang terlibat dengan rasuah. Bukti makin terserlah, kata-kata atau retorika bukanlah lesen atau tiket untuk diterima oleh masyarakat namun apa yang dicongak oleh PM BN ini adalah melihat rakyat semakin bijak membuat pemilihan. Masyarakat meletakkan first selection untuk menjadi pilihan mereka adalah pengaplikasian kata-kata yang bukan menjadi retorika sahaja.
Penulis cuba untuk memadankan keadaan ini dengan pembentukan daulah islamiah di muka bumi Malaysia ini. Dalam memartabatkan islam, oleh kerana kuran pengaplikasian ini, berlaku islam tanpa muslimin atau iman tanpa mukminin. Kewujudan islam bukan sahaja terbina melalui nas syarak semata-mata tetapi tiang-tiang islam ditegakkan melalui orang-orang islam yang beriman dan mengaplikasian islam secara deen. Tidak ada peluang bagi undang-undang atau kewujudan negara islam tanpa memiliki hati tang tersentuh dan menganggap proses merealisasikan undang-undang islam dan kewujudan negara islam adalah suatu ibadat.
Imam Ahmad pernah mengatakan, beliau merasa pelik kerana melalui pemerhatian beliau. Beliau melihat berlaku penyisihan antara golongan yang adil (thiqah) disisihkan manakala golongan yang melakukan bi’daah di utamakan. Beliau juga mengatakan bahawa kehairanan ini ada rasionalnya, apabila hawa nafsu menguasai iman dalam rekomendasi yang dilakukan oleh seseorang untuk satu satu jawatan. Mereka berusaha meraih pujian ’alangkah berakalnya dia’, alangkah pintarnya dia’ dan ’alangkah penyabarnya dia’. Sedangkan di dalam hati mereka tiada keimanan sekalipun walau sebesar biji sawi. Sehingga terjadi orang-orang zalim dilantik memegang kementerian dan berada di lembah kuasa.
Penulis juga suka untuk membawa kisah tragedi keruntuhan Daulah Abbasiyyah. Tragedi keruntuhan ini berlaku natijah semulajadi daripada keadaan penyelewengan yang telah mencapai kemuncaknya. Walaubagimanapun, tragedi tersebut telah menutup pintu hati orang-orang yang terselamat daripada keganasan Tatar untuk mengambil iktibar, seperti muslimin di Syam dan di Mesir. Oleh sebab itulah Syam dan Mesir menyaksikan berbagai-bagai jenis kelemahan dan kekurangan yang amat memeritkan.
Jadi, berdasarkan sedikit coretan ini, penulis amat memerlukan kita sebagai dai’e ini meletakan perjuangan islam ini bukan hanya pandai menuturkan kata-kata sahaja, pastikan proses amal islami ini bukan hanya pandai membuat retorika malah pandai untuk merealisasi kapasiti kata berpadanan dengan proses islam sebagai ad-deen.
myminda08
0 comments:
Post a Comment