Wednesday, October 22, 2008

Pengurusan : Antara teori dan praktikal

Semasa penulis belajar dahulu, penulis mempelajari pelbagai teori pengurusan dan bagaimana untuk menjadi pengurus yang terbaik. Penulis amat meminati bidang pengurusan kerana dalam dunia islam yang mencabar ini, umat islam tidak perlu untuk melihat keunggulan teknologi yang dimiliki oleh negara atau bangsa lain. Keadaan ini disebabkan walau setinggi mana teknologi yang dimiliki, namun jika gagal untuk diurus dengan baik, kewujudannya akan menemui kegagalan. Walaubagaimanapun, jika sesebuah negara mundur dari segi teknologi, namun jika ia diurus dengan baik, lambat laun negara tersebut akan maju dan mempunyai teknologi yang lebih tinggi. Jadi dapat disimpulkan di sini, ledakan terkini yang menjadi teras pembangunan insan adalah ledakan ilmu pengurusan.

Setelah berada dalam dunia pekerjaan dan terdedah dengan bahagian pengurusan, teori amat penting namun tidak semua teori secara terus dapat direalisasi kerana unsur teori merupakan unsur yang amat sempit untuk diaplikasikan. Namun apabila difikrikan, jika kita pandai untuk berfikir dan memahami konsep pengurusan secara lebih luas, setiap masalah boleh diatasi.

Penulis kadang-kadang terfikir, untuk menerapkan ilmu pengurusan secara teori, amat sukar. Pelbagai factor perlu dititikberatkan semasa proses penerapan teori antaranya factor manusia. Setelah penulis terdedah dengan proses praktikal dalam pemgurusan, bukan mudah untuk melaksanakan penerapan teori. Teori begitu mudah ditulis di atas kertas, namun untuk mengaplikasikannya, kita terpaksa melibatkan sentuhan perasaan, penghargaan, penghayatan dan pelbagai nilai. Ini disebabkan factor manusialah yang menjadi penghalang ke arah perlaksanaan teori.

Bagi penulis, pengurusan bukan mengiktiraf dan tidak menghukum factor manusia sebagai penghalang namun jika factor ini digarap dan disemai dengan baik, factor inilah yang menjadi pemangkin ke arah proses pengrealisasian teori dan rancangan sesebuah organisasi.
myminda08

0 comments:

Post a Comment