MAHASISWA KINI BERCAKAP SEPERTI PELAJAR TINGKATAN 5
Penulis telah menonton program ‘Bicara Siswa’ anjuran RTM 1 di Universiti Malaysia Perlis yang bertajuk Dadah dan Mahasiswa di mana ahli Panel program tersebut adalah Naib Canselor UNIMAP selaku timbalan pemadam kebangsaan, saudara Affandi sutriano tanjung-YDP UM dan Mohd Alwie bin saiful-YDP UNIMAP.
Kadang-kadang penulis tersenyum melihat gelagat dan kupasan yang dibuat oleh kedua-dua pemimpin mahasiswa universiti terkemuka dan universiti baru ini. Kupasan dari pemimpin univerisiti terkemuka ini pula ibarat kupasan pelajar tingkatan 5 yang gagal mengupas fakta dengan baik dan menarik. Mahasiswa merupakan golongan intelek yang perlu mengadunkan fakta yang tersedia oleh guru-guru yang mengajar di tingkatan 5 dengan idea-idea baru yang sebenarnya menjadi alternatif kepada pihak kerajaan untuk mengatasi masalah dadah. Mahasiswa bukan penerima idea lapuk dan dihuraikan di hadapan masyarakat tetapi mahasiswa merupakan pencerna dan pemikir idea baru yang menggantikan idea-idea lapuk sebelum ini.
Namun apa yang saya lihat kedua-dua mahasiswa ini gagal menghuraikan fakta-fakta yang sepatutnya dijawab oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 semasa menjawab soalan Sijil Pelajaran Malaysia dalam matapelajaran Bahasa Malaysia walaupun kedua-duanya telah digelar mahasiswa waima pemimpin pelajar? Selain itu, saudara Affandi sendiri gagal mengupas hujahnya dengan menggunakan Bahasa Malaysia yang betul dan tersusun. Mahasiswa merupakan jurubicara masyarakat tetapi jika penggunaan Bahasa Malaysia lemah dan gagal mengupas sesuatu isu dengan baik bagaimana masyarakat ingin mendengar dan memberi kepercayaan kepada mahasiswa.
Saudara Alwie bin saiful selaku YDP UNIMAP pula sebenarnya kelihatan gugup dan gementar semasa mengeluarkan hujahnya. Beliau banyak membaca fakta daripada kertas bukan mengeluarkan hujahnya melalui mindanya sendiri. Setelah digelar mahasiswa, semua mahasiswa terutamanya pemimpin mahasiswa seharusnya mempunyai minda yang menembusi zaman dan berfikiran jauh dengan menggunakan hujah yang dapat disampaikan dengan bahasa yang menarik dan fakta dan idea yang baru. Pemimpin yang diimpikan adalah apabila dihadapan masyarakat kampus khususnya perlu kelihatan gagah dan meyakinkan bukan gugup dan jatuh apabila ditiup angin.
Penulis suka menonton bicara siswa dan saya terpesona dengan hujah-hujah dari mahasiswa terdahulu seperti Muhd. Ramadhan Fitri Ellias (YDP UM), Abdullah Abd. Karim (YDP UKM), Fadhli Ramly (YDP UIA), Mahadi Sukarno (YDP UKM) dan lain-lain .
Penulis terfikir jugalah, patutlah Universiti di Malaysia terutamanya univerisiti Malaya gagal mendapat tempat di kalangan universiti terkemuka di dunia malah semakin jatuh kedudukannya kerana mahasiswa dan pemimpin pelajarnya yang dilahirkan gagal untuk mempunyai jatidiri mahasiswa tulen yang gagal mencernakan idea-idea kental dan dapat menggegar dunia serta mencabar idea-idea lapuk.
Justeru universiti dalam negara seharusnya mencari dan berusaha mengarap pemimpin-pemimpin pelajar yang benar-benar mahasiswa tulen yang dapat menghargai diri mereka sebagai mahasiswa yang menjadi harapan masyarakat kelak.
abunabil08

Utusan:20 mac 2008
0 comments:
Post a Comment