Wednesday, October 22, 2008

Profesion Imam

Penulis begitu berminat menulis mengenai kewujudan profesion imam yang seharusnya wujud di Malaysia kini. Imam amat penting dalam masyarakat yang serba bermasalah ini. Kini, imam di masjid-masjid hanya terdiri daripada golongan tua yang tergolongan daripada bekas guru sekolah pondok, pelajar pondok, pesara kerajaan, pekerja kerajaan yang pencen dan lain-lain lagi.

Namun apa yang menyedihkan terdapat imam-imam yang berada di masjid tidak mempunyai latar belakang agama malahan tiada pengetahuan ilmu Al-Quran seperti tajwid dan qiraati. Selain gagal menguasai ilmu tajwid dengan baik, tambahan pula, penguasaan makhraj dan fasohah yang agak lemah.

Pengakuan Mufti Penang S.Samahah Hassan Ahmad yang mengatakan bahawa P.Pinang merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai masalah kekurangan imam. Di tempat penulis sendiri, individu yang dipilih menjadi imam di masjid mempunyai masalah makhraj dan kesalahan bacaan Al-Fatihah yang agak teruk di mana imam tersebut mengubah huruf sehingga mengubah makna Al-Fatihah itu sendiri. Mereka yang jahil dan kurang ilmu terus mengikut dan menjadi makmum imam tersebut tanpa menyedari akan status solat mereka. Namun mereka yang mengetahui akan kesalahan imam tersebut akan pergi ke masjid lain dan mungkin akan bersolat di rumah sahaja.
Keadaan ini sebenarnya disebabkan apabila kekurangan imam maka akan berlaku pengambilan imam secara tangkap muat. Ini boleh dibuktikan oleh salah seorang pengerusi masjid di Penang yang menghubungi pegawai yang menemuduga Imam masjid tersebut supaya ‘melepaskan’ sahaja imam dari masjid tersbut kerana masjid tersbut tiada imam.

Justeru, penulis merasakan pihak yang berkuasa dapat mewujudkan jawatan imam yang diiktiraf iaitu menjadikan imam ini sebagai satu profesion. Seharusnya wujud jawatan imam yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang mempunyai tangga gaji yang tersendiri.

Kini imam merupakan satu keperluan malah apabila jawatan imam ini diprofesionkan makan tugas imam ini akan diperkembangkan untuk memperkembangkan fungsi masyarakat itu sendiri. Imam yang dilantik oleh kerajaan akan ditaklifkan untuk mengetuai tahlil, pengurusan kematian dan lain-lain lagi. Namun sebenarnya terdapat kontranya kerana jika pihak kerajaan ‘mengambil kesempatan’ di atas kewujudan imam-imam ini sebagai platform mereka maka usaha untuk menjadi imam sebagai profesion yang professional akan terbantut.
mymindakini08



0 comments:

Post a Comment