Wednesday, October 22, 2008

Harga sebuah 'perjuangan'

Pada Hari jumaat yang lalu, penulis telah mewakili sekolah penulis atas jemputan Majlis Berbuka Puasa di Sekolah Tahfiz Al-Islah (STAIL) di Tasek Gelugor. Majlis tersebut beserta Forum yang mengabungkan ahli panelnya Mufti Penang iaitu S.Samahah Hassan Ahmad (Abg. Idris Ahmad) dan Timb. Ketua Menteri Penang iaitu Tuan Fairus Khairuddin serta dipengerusikan oleh mudir STAIL iaitu Ustaz Fahmi abu Bakar. Program ini merupakan program strategik bagi mengutip dana pembinaan bangunan sekolah iaitu kira-kira 4 juta. Walaupun sekolah ini terletak di dalam taman perumahan namun ia sebenarnya memberikan satu gagasan pembangunan ilmu yang begitu mengujakan.

STAIL dibina dengan status sebagai sebuah sekolah swasta maka perbelanjaan STAIL ini merupakan perbelanjaan tanpa bantuan kerajaan. Jadi dana dikutip melalui kutipan atas usaha sendiri dan yuran murid serta sumbangan NGO dan persendirian.

Apa yang menariknya, program berbuka puasa ini merupakan salah satu usaha STAIL mengutip dana. Sebelum ini, STAIL melalui mudirnya ustaz Fahmi banyak menganjurkan program ilmiah seperti ceramah agama dan forum perdana. Bagi penulis dengan matlamat dan mujahadah untuk mencapainya amat mengkagumkan penulis. Bukan mudah mengutip dana sebanyak itu. Namun jika usaha yanpa berbelah bahagi, ia menjanjikan suatu ganjaran yang besar. Semasa program berakhir, Ustaz Fahmi ada mengatakan kepada tetamu bahawa jika setiap meja menderma RM10 kepada sekolah maka sekolah akan memperolehi tambahan RM800 bagi pembinaan sekolah. Begitu optimis mudir STAIL, jumlah yang dikutip hanya RM800 tetapi pembinaan bangunannya kira-kira 4 juta. Jumlah yang begitu jauh lagi namun kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dana tidak datang bergolek, tetapi stail perlu bergolek dalam pelbagai gaya untuk mendapatkan dananya. Tahniah! STAIL.

Bagi penulis, membina bangunan pendidikan dengan kesusahan dan kesukaran amat memberi erti dalam harga sebuah 'perjuangan'. 'Perjuangan' dalam erti kata yang luas iaitu 'perjuangan' melahirkan generasi yang cintakan Allah dan Rasul dan mempraktikkannya.

Bagi penulis, apabila Bangunan STAIL ini siap sudah pasti ia memberi kesan dan erti yang besar kerana ia dibina atas jerih payah dalam proses pembinaanya. Itulah Harga sebuah perjuangan.
mymindakini08

0 comments:

Post a Comment