Keputusan UPSR 2008
Hari ini sekolah penulis menerima keputusan UPSR 2008. Tahun ini merupakan tahun ke -3 penulis mengajar murid tahun 6 yang mengambil UPSR. Pagi-pagi lagi penulis tidak sabar melihat keputusan anak murid penulis yang menerima keputusan mereka. Penulis sedikit gementar sejak pagi lagi, namun serah sahaja kepada perancangaNya. Usaha telah dilakukan, hanya penentuan dari Nya, jadi redhalah di atas segala kemungkinan.Akhirnya segalanya terjawab apabila sekolah penulis berjaya mendapatkan 7 orang 5A. Subjek penulis memperolehi peningkatan. Seramai 25 orang daripada 37 orang berjaya mendapat A.
Alhamdulillah, Allah telah memberikan kekuatan kepada penulis dalam mengharungi ombak mehnah pendidikan. Tahun pertama murid yang memperolehi A seramai 21 orang, tahun 2007 22 orang dan tahun ini 25 orang. Air mata kegembiraan menitis setelah menerima keputusan UPSR masing-masing. Kadang-kadang ia membuatkan penulis hampir-hampir menitiskan air mata kegembiraan dan kepuasan melihat kegembiraan mereka. Ibu bapa pula sibuk menelifon sekolah bertanyakan keputusan anak masing-masing, itulah bayaran penat lelah mereka selama ini.
Tahniah ! kepada anak muridku yang berjaya, semoga menjadi mata rantai Islam.
0 comments:
Post a Comment