Bagan Pinang: Adakah sokongan BN sudah pulih?
Semalam keputusan PRK N31: Bagan Pinang telah diumumkan oleh SPR. BN mengekalkan kemenangan di kubu kuat mereka sejak dahulu. Tan Sri Isa Samad selaku mantan Menteri Besar N9 dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan. Penulis sukan membuat komentar mengenai PRK ini:
- Kejayaan BN sudah dijangka dengan meletakkan populariti Isa Samad sebagai mantan menteri Besar N9 selama 22 tahun yang gagal disaingi oleh calon PAS.
- Tumpuan pengundi Bagan Pinang bukanlah isu nasional tetapi isu tempatan. Suatu kajian mengatakan bahawa rata-rata penduduk Bagan Pinang gagal menguasai isu semasa dengan baik selain tidak berminat dengan isu-isu semasa. Pengundi di sana hanya mementingkan keperluan hidup mereka dipenuhi.
- Peningkatan majoriti BN bukanlah perkara baru dengan keadaan Bagan Pinang merupakan kubu kuat mereka ditambah indi pos merupakan talian hayat mereka. Tugas utama mereka adalah menambahkan jumlah majoriti.
- Kemenangan Isa Samad akan membentuk dua team dalam ADUN N9 kerana akan wujud team Muhammad Hasan dan Isa Samad dalam keadaan jumlah kerusi adun N9 yang agak genting.
- Sedikit memberi impak kepada pengundi Bagan Pinang adalah isu Buah Pala, SELCAT, isu janji di Selangor yang mendapat sedikit simpati selain ketidakpakatan dalam Pakatan Rakyat oleh PAS dan DAP.
- Pada penulis, Pakatan Rakyat masih bergelumang dengan proses kenal mengenali antara satu sama lain.
- Persoalannya, dengan kemenangan Isa yang besar ini adakah akan memberikan peluang kepadanya untuk dilantik exco N9 melalui pengalamannya sebagai menteri besar N9.
- Namun adakah Isa akan mewakili BN selepas ini pada pilihanraya PRU 13 nanti? padahal Isa diletakkan sebagai cadangan tunggal Teluk Kemang yang menjadi calon dengan keadaan BN pusat agak tidak merestui Isa sebagai calon? selain Isa merupakan best point untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN. Jika tidak diletakkan Isa, BN mungkin akan tumbang lagi.
mymindakini dot com
0 comments:
Post a Comment