PEKERJA CEMERLANG ATAU PEKERJA MALANG?
Sering menjadi rebutan dan impian dalam sesebuah organisasi iaitu gelaran pekerja cemerlang. Gelaran ini diberikan kepada pekerja yang mempunyai rekod yang baik dan menunjukkan hasil kerja yang terbaik berbanding pekerja lain. Penulis suka untuk membuat sedikit komentar mengenai isu ini:
1.Kelemahan sesebuah organisasi mengolah dan mengurus sumber manusia dengan baik sebenarnya mendorong kewujudan pekerja cemerlang tetapi sebenarnya pekerja malang. Kekurangan ‘controlling’ dalam organisasi menyebabkan sumber manusia atau pekerja berjaya meloloskan diri untuk tidak melakukan bidang tugas mereka dengan sempurna.
2.Kelompangan untuk menyempurnakan hasil kerja ini diambil alih oleh pihak atasan
mungkin atau pihak yang komited dengan niat untuk menutup kelemahan dan melicinkan organisasi mereka. Pekerja ini terpaksa menanggung dan menjalankan bidang tugas pekerja bawahan yang gagal mengurus kerja mereka dengan baik. Namun mereka dilihat cemerlang dan bekerja lebih masa kerana ‘ melakukan bidang tugas orang lain’.
3.Ilmu pengurusan yang efektif perlu disebarluaskan untuk menjana pengagihan dan pertanggungjawaban yang jitu. Ilmu bagaimana untuk merancang, membahagikan bidang tugas, kawalan dan lain-lain perlu disemat dan dirembat dalam minda dan amalan pihak pengurusan. Kawalan dan kesedaran pihak lebih atas amat penting untuk menganalisa suasana kerja dan gelagat dalam sesebuah organisasi. Pastikan tidak wujud pekerja yang dizalimi dan meragut kehidupan serta masa cuti dek kerana kelemahan kawalan dalam organisasi.
4.Maka pekerja yang ‘malang’ ini dilihat begitu komited dengan organisasi dan berjaya mengurus organisasi mereka dengan baik. Keadaan ini menyebabkan mereka dinaikkan gaji dan pangkat. Namun hakikatnya wang yang diberikan kepada pekerja malang ini boleh dikatakan membazir dan merugikan kerana jika dikerah dan dikawal seluruh pekerja dalam organisasi sudah pasti tiada pekerja yang tertindas dan wang untuk gaji dinaikkan untuk pekerja tertindas ini boleh menjadi habuan berbentuk motivasi kepada pekerja lain. Namun jika pekerja lain yang gagal menyempurnakan gerak kerja dengan baik, maka organisasi gagal untuk dijana dengan ‘nilai’ sebuah organisasi.
5.Penulis bukan menentang atau tidak berpuashati akan kenaikan gaji pihak atasan kepada pekerja-pekerja malang ini namun mempertikainya. Penulis musykil, jika dinaikkan gaji kepada pekerja ini, maka pekerja ini akan all out dalam bidang tugas dan akan mempunyai pelbagai kemahiran. Setelah diri merasa tertindas maka mereka mencari haluan yang lebih selesa iaitu mencari pekerjaan lain, akhirnya organisasi akan kembali semula kepada asal dek kerana pengurus organisasi gagal mengurus organisasi atau lebih tepat lagi gagal mengurus sumber manusia. Kemahiran –kemahiran yang dimilki oleh pekerja malang tadi akan pergi bersama dengannya dan organisasi akan kekal seperti asal.
6.Namun yang lebih menarik lagi, pekerja yang bekerja 10 tahun ibarat baharu bekerja setahun. Tahap prestasi dan ilmu yang mereka ada setelah 10 tahun juga sama seperti baharu setahun mereka bekerja. Inilah kerugian dalam organisasi, samaada kerugian wang dan kerugian sumber manusia.
7.Memilih pekerja cemerlang ini ibarat memilih juara dalam larian 100 meter, pastikan yang menang itu setelah dia bersaing dengan pelari lain dengan keadaan pelari lain juga berlari bersama dengan penuh kesungguhan. Jangan memilih pemenang yang berjaya memenangi larian dengan larian paling pantas tetapi pelari lain ada yang masih di garisan permulaan, berlari anak, berjalan atau menjadi pemerhati sahaja siapa pemenangnya.
8.Semoga kita berusaha melahirkan dan memilih pekerja cemerlang sebenar cemerlang. Bukan pekerja cemerlang bukannya malang.

0 comments:
Post a Comment