Facebook: Ambillah yang baik daripadanya.
Dunia siber meletup lagi. Dalam kemeriahan dunia siber yang dahulunya hebat dengan letusan idea laman blog yang menjadi wadah penurunan dan penterjemahan idea. Kini perkembangan dan tahap penyebaran idea berupa maya lebih pantas dan lebih mencabar. Kira-kira 5 tahun yang lalu, rakyat dan warga seantero dunia mula meneroka dan meraikan perkembangan laman percuma iaitu blog (Baca tulisan penulis dahulu).
Sudah tentu apabila dibicarakan letupan media berupa perkembangan dunia maya kini sudah tertumpu kepada kemunculan FACEBOOK. Kemunculan FB menutup dan berjaya menyaingi kemunculan Friendster and Myspace yang gagal mengatasi kepopularan FB. Mungkin fungsi dan kemudahan, susunan dan kemas selain mudah mengakses FB ini membuatkan ia lebih popular.
Namun bagi penulis, FB ini sudah menjadi seperti friendster yang kelihatan seperti kebudak-budakkan.
Apakah kerana kelompok yang membanjiri Facebook kebelakangan ini adalah remaja bermentaliti kebudak-budakan, atau mereka bekas pengguna Friendster, atau mereka mewakili suatu ngomelan tentang budaya kurang sihat di Malaysia yang disebut sebagai ‘First Class Facility with the Third Class Mentality’. Facebook mula comot dengan pelbagai aplikasi seperti kuiz, permainan dan pelbagai fungsi yang menghilangkan hemah Facebook selama ini.
cetusan dari www.saifulislam.com
Jika zaman 90-an dahulu, untuk mengetahui tahap kepedulian seseorang terhadap dunia siber akan diminta e-mail, pertengahan dan lewat 2000 diminta blog tetapi kini memulakan era baru akan ditanya alamat FB. Semua rakyat perlu cakna akan fenomena baru ini.Kehebatan Facebook.
Secara peribadi, penulis melumatkan penggunaan FB. Walaupun ada pihak yang begitu prejudis dengan FB. Mereka tidak mencuba dan mempunyai FB lagi tetapi menyebarkan bahawa FB ini adalah rangkaian siber yang membuang masa. Bagi penulis, ia bergantung kepada niat seseorang, samaada ingin menjadi FB ini sebagai penambah ilmu dan dosa.
Dengan FB penulis dapat berjumpa, bertanya khabar seterusnya merapatkan ukhuwah dengan sahabat-sahabat lama. Walaupun sahabat-sahabat di sekolah rendah. Kami boleh bersembang dan bercerita tentang masa lalu yang menjadi sempadan kepada pengalaman kini.
Penulis mempunyai ramai anak murid yang mempunyai FB. Kebanyakan daripada mereka tidak menggunakan FB sebagai rangkaian media yang sihat malah menjadi tempat melepaskan perasaan mereka. Menyebarluaskan pengaruh dan unsur asing walaupun di ajar itu dan ini. Inilah kesan pengaruh asing. Hebat!. Nama mereka yang baik-baik diberikan oleh ibu bapa mereka diletakkan dengan nama baru yang maknanya entah apa-apa. Selain diletakkan gambar kartun. Apa faedahnya?
Bukanlah berbangga dengan pencapaian penulis dalam melumatkan penggunaan FB ini. Sejak menggunakan FB ini, idea penulis berjaya menembusi media massa negara. Masakan tidak, sudah dua kali penulis berjaya melontarkan idea penulis dalam program Di Luar Lingkungan dan Suara Siswa. Penulis bukan berbangga, tetapi seharusnya gunakan perkembangan maya ini untuk meraikan idea dan komentar kepada sesuatu isu.
Mengenali Facebook.
FB diasaskan oleh Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tentu ada yang terkejut. Namun bagi penulis, tidak haram kita menggunakan FB walaupun dicipta oleh orang asing waima yahudi. Gunakan FB sebaiknya sebagai bahan dakwah. Lagu nasyid pun boleh dijatuhkan haram jika kita yang mendengarnya leka dan menjadi lalai terutamanya apabila masuk waktu solat.
Namun ada juga pihak yang mengatakan bahawa FB dicipta dan digunakan oleh CIA atau Polis antarabangsa yang menggunakannya untuk simpanan maklmumat peribadi penduduk dunia. Supaya mudah menjejaki penjenayah dan 'pengganas'.
Gunakan Facebook dengan sebaiknya.
Penulis berpesan kepada diri dan semua pembaca blog mymindakini supaya menjadikan FB ini sebagai :
- Bahan menyebarkan dakwah dan islah kepada bukan islam dan islam. Letakkan video-video yang berunsur nasihat seperti nasyid dan bacaan Al-Quran. Penulis bukanlah ustaz atau ulama tetapi menyebarkan dan membawa orang lain kepada kebaikan adalah wajib kepada orang islam. Dapatlah pahala dan ganjaran yang berlipatkaliganda walaupun hanya orang lain mendengar dan menghayati sesuatu yang baik hasil perkongsian kita dengan sahabat FB kita.
- Menjadi wadah perkembangan idea dan ilmu. Seharusnya FB inilah tempat untuk kita menambahkan ilmu pengetahuan dalam proses perbincangan dalam FB. Penulis juga mencadangkan ada komuniti FB yang mewujudkan USRAH FB. Usrah boleh dijalankan di tempat yang berbeza, masa yang sama dan tajuk yang sama. Usrah bukan hanya baca Al-Quran tetapi dengan membincangjan tajuk berkaitan isu semasa, fikrah, dakwah, haraki, feqah, aqidah dan lain-lain. Usrah boleh dijalankan dengan ahlinya yang berada mungkin di Kelantan, Pahang, Johor, Selangor, Perlis dan lain-lain. . Naqib memikirkan dan mewujudkan tajuk perbincangan, manakala ahli usrah pulak menjadi pencetus dan komentar.Tentu menarik!
- Menjadi penjana pendapatan. FB disertai oleh ramai ahli. Proses mempromosi dan memperkenalkan produk baharu boleh dibuat menggunakan FB. Terus boleh bertanya kepada penjual (jika online) berkaitan produk dan kaedah pembayaran.
Akhir kalam, gunakan perkembangan FB dengan sebaiknya. Jangan begitu mengigilankan FB sehingga lalai untuk solat dan mengulangkaji pelajaran serta bersosial .Penulis tinggal pembaca sekalian dengan link tulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman mengenai Dosa-dosa dan Facebook.
mymindakini dot com
Jun 2010
0 comments:
Post a Comment