2008: TAHUN MUHASABAH
Sudah lama penulis tidak mencoretkan dalam ruangan blog ini...kesibukan dan kelekaan dunia buat penulis sentiasa menyibukkan diri. Penulis menjadikan tahun 2008 ini sebagai tahun bermuhasabah kepada diri penulis. Tahun 2008 ini telah menemukan penulis dengan pelbagai peristiwa duka dan suka. Suratan Ilahi dan anugerah ternilai dari Ilahi memang indah membawa seribu erti kepada penulis kerana pelbagai hikmah di sana yang pastinya dapat memberi muhasabah kepada diri penulis. Kelahiran dan kematian suatu lumrah kehidupan, yang pergi akan tetap pergi, namun kita yang masih berjuang ini perlu melihat kehadapan untuk menjadi hamba yang taat kepada Allah.
Sesungguhnya hidup ini merupakan ujian. Jika kehidupan tanpa ujian itu bukanlah kehidupan. Kehidupan yang berlalu dan akan dilalui pastinya akan menjanjikan kegembiraan dan kesedihan yang pastinya memerlukan kita melihat kembali diri kita. Tahun ini sahaja, penulis kehilangan insan yang amat penulis sayangi iaitu ibunda penulis. Ibu yang sentiasa menjadi sumber inspirasi dalam menongkah kehidupan yang penuh duri ini. Di telingga ini, masih terngiang-ngiang suara ibu, masih merindui masakan ibu, wajah ibu namun ia hanya tinggal kenangan. Selepas 2 minggu kelahiran anugerah Allah, amanah dan penyejuk mata iaitu cahaya mata penulis. Selepas 6 bulan kelahiranya , bapa mertua penulis pula menemui Ilahi. Segalanya menguji kehidupan penulis dan keluarga. Namun itu hanya sedikit cabaran dalam mengharunggi kehidupan yang masih panjang ini.
Penulis kehilangan ibu dengan reda walaupun saat pemergiannya tiada di sisi. Hanya sempat menyempurnakan tubuh kaku ibu ke liang lahat. Itulah hanya bakti terakhir yang sempat disumbangkan oleh seorang insan bernama anak. Namun doa dan ingatan terhadap ibu tidak pernah terpadam. Hidup ini semakin mencapai penghujungnya, semakin panjang umur, semakin pendek umur kita. Kelahiran anak penulis memberikan signal lampu kuning menandakan hidup ini semakin menemui kematian. Anak menunjukkan perubahan fasa kehidupan yang menandakan kita semakin menemui jalan ke alamat tetap (kubur). Kita semakin ke alam kubur. Satu hari nanti, kitalah yang akan menggantikan tempat ibu dan ayah mertua penulis yang tidak tahu bila...mungkin esok, lusa, bulan hadapan atau sebentar lagi.
Kehilangan mereka akan kita susuli, tidak tahu bila....kita sebagai anak perlulah melaburkan saham yang sebanyak mungkin kepada mereka walaupun di dunia yang berbeza. Mungkin ibu sedang menanti dan menunggu pahala dari anak-anaknya....anak-anak kita pula akan kita harapkan apabila kita berada di dunia berbeza...Ya Allah Engkau anugerahkan kami, anak-anak yang soleh dan solehah yang dapat mendoakan kami semasa kami telah mati nanti' amin...
Sedikit nukilan jiwa...

mymindakini08
0 comments:
Post a Comment