APA NAK JADI DENGAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA?
Penulis ingin mencoret sedikit berkenaan perkembangan sistem pendidikan Negara. Penulis kadang-kadang pening dengan retorika dan gimik-gimik politik sebuah Negara politik seperti Malaysia. Penulis sentiasa menyelusuri dan melihat perkembangan sistem pendidikan Negara. Penentu kemajuan atau kemunduran sesebuah negara kelak ditentukan oleh tahap system pendidikannya. Penulis suka untuk membuat beberapa ulasan dan komentar tentang perkembangan pendidikan Negara:
1) Baru-baru ini datuk seri Pak Lah mencadangkan agar matapelajaran sejarah dijadikan subjek wajib di sekolah rendah dan dimasukkan dalam UPSR.
2) Timbalan Menteri Pelajaran, datuk Razali Ismail mengumumkan akan menjadikan subjek sejarah sebagai subjek wajib di sekolah rendah dan akan dimasukkan dalam UPSR pada 2013.
3) Pada penghujung tahun 2007, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan bahawa peperiksaan UPSR akan dimansuhkan pada 2011 dan digantikan dengan satu system penilaian murid yang lebih holistic dengan membuat penilaian terhadap akademik dan sahsiah murid.
4) Solusi yang dibuat oleh datuk seri Pak Lah terhadap masalah perkauman mungkin agak kurang efektif. Bagi datuk seri Pak Lah isu perkauman hanya dapat diselesaikan dengan meningkatkan kesedaran tentang sejarah negara bermula dari sekolah rendah. Adakah subjek yang diajar di sekolah menengah sejak berpuluh-puluh tahun gagal untuk memberi kesedaran tentang sejarah negara? Adakah apabila matapelajaran sejarah yang diajar di sekolah rendah nanti yang dinilai melalui UPSR akan dihayati atau dihafal faktanya? Adakah dengan kesedaran sejarah yang tinggi dapat menutup kemarahan dan kepincangan dalam pentadbiran negara.
5) Gimik politik dalam pendidikan iaitu memasukkan matapelajaran sejarah akan menjadi seperti pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Sehingga kini, perlaksaannya menjadi isu besar yang ternyata gagal menyelesaikan masalah penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar sekolah malah memburukkan lagi keadaan. Pelajar bukan sahaja masih lemah dalam Bahasa Inggeris malah wujud pelajar yang lemah dalam subjek sains dan matematik.
6) Adakah kesedaran tentang sejarah Malaysia bermula daripada sekolah rendah lagi adalah penyelesaian masalah perkauman? Bagaimanakah subjek sejarah yang diajar di sekolah Menengah sejak berpuluh tahun lamanya masih gagal melahirkan kesedaran tentang sejarah negara sehingga melahirkan penyokong dan pendokong HINDRAF?
7) Kenapa subjek sejarah menjadi mangsa polimik politik? Padahal masalah perkauman ini dilihat dari sudut yang lebih luas. Bagaimanakah ingin mencapai perpaduan kaum tanpa syarat jika dasar pemerintah Negara sendiri masih berbau perkauman? Parti yang menang pada pilihanraya lebih 50 tahun lamanya dan memerintah Malaysia mempunyai latar belakang politik dan bergabung dalam satu parti dengan syarat kaum mereka tidak dipinggirkan.
8) Bagi penulis seharusnya PM perlu telus dalam tindakan dan meminggirkan kepentingan diri dan kaum masing-masing. Jangan meletakkan perkara lain sebagai penyelesaian masalah padahal penyelesaiannya ada pada dirinya sendiri.
9) Bagi penulis, cukuplah jadikan pendidikan Negara sebagai medan gimik politik. Jangan jadikan pendidikan Negara caca merba kerana yang akan dilahirkan oleh negara adalah suatu generasi. Sudahlah hari ini telah dicanang pelbagai kejelekan remaja yang serius dek sistem pendidikan negara yang gagal dihayati dan diuruskan dengan sempurna.
10) Kecelaruan proses pendidikan negara ini telah melahirkan pelajar-pelajar yang tidak ada adab seperti terjadi kepada pelajar di Sek. Men. Perlis, Perlis baru-baru ini. Sistem dan ‘content’ yang holistic serta efektif terhadap masalah social seharusnya dicari penawarnya terlebih dahulu berbanding isu yang penyelesaiannya ada ditangan pemerintah.
Pendidikan merupakan suatu perkara yang suci dan luhur. Sebarang kepincangan dan kesalahan dalam perencanaannya akan mengundang pelbagai kesan buruk kepada negara. Subjek sejarah tidak salah tetapi yang salah perencanaan pendidikan dan ketelusan dalam tindakan.
mymindakini08
0 comments:
Post a Comment