Teori R.A.H.M.A.N Atau R.A.H.M.A.A.N?
Penulis tertarik dengan wacana blogger GURUBASHID yang menyentuh teori R.A.H.M.A.N. Buat pembaca dan blogger sekalian teori R.A.H.M.A.N ini merupakan turutan akronim setiap PM Malaysia iaitu PM 1 ( Tunku Abdul Rahman), PM 2 ( Abdul Razak), PM 3 iaitu (Hussein Onn), PM 4 ( Mahathir), PM 5 ( Abdullah) dan bagi UMNO pelengkap bagi teori R.A.H.M.A.N iaitu N (Najib). Faktor inilah juga yang menyebabkan pada tahun 1987 sebilangan perwakilan UMNO menolak Tengku Razaleigh selain peluang Musa Hitam dan Ghafar Baba turut gagal dalam usaha mengantikan PM.
Namun bagi penulis, jika perwakilan UMNO masih mempercayai dan komited dengan teori ini usaha Tengku Razaleigh untuk dicalonkan sebagai Presiden UMNO akan gagal. Bagi penulis, Najib akan menang tanpa bertanding dalam Pemilihan Perwakilan UMNO ini. Namun pada era Tun Mahathir, beliau pada mulanya menjangkakan Anwar bakal menggantikan seterusnya menyempurnakan teori ini akhirnya Pak Lah meneruskan bagi menyempurnakan teori ini.
Pada tahun 2004, penulis pernah membaca Harakah yang menyentuh teori tersebut tetapi melihat sebutan teori ini dalam bahasa arab iaitu berbunyi R.A.H.M.A.A.N. Jika disebut secara mudah, nama Rahman akan mewujudkan 2 harakat pada huruf A. Bagi Pas A yang pertama sudah nyata Abdullah manakala A yang kedua mungkin beberapa nama pemimpin parti pembangkang iaitu Anwar, Abdul Hadi atau Aziz. Manakala huruf N pula mungkin Nasaruddin.
Bagi penulis, kini jika usaha Anwar untuk membentuk kerajaan berjaya maka Teori Pas akan menjadi kenyataan. Namun manusia terutamanya ahli UMNO boleh merancang tetapi Perancang utama adalah Allah. Allah penentu segalanya.
Penulis ingin menambah sedikit bagaimana minda orang-orang UMNO berkaitan percaturan pimpinan mereka pada masa hadapan. Pada pendapat penulis, ahli-ahli UMNO ingin meletakkan Dato Seri Najib (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin (TPM) manakala bakal TPM bagi Muhyiddin nanti adalah Dato Seri Hisham. Legasi Pak Lah akan berakhir pada pemilihan UMNO Mac 2009, bagi penulis, Khairy akan tersungkur kepada Legasi Tun Mahathir.
P/s berdoalah supaya islam sentiasa dijulang, dah dekat dah..kemenangan islam
mymindakini08
0 comments:
Post a Comment