MENGHAPUSKAN SUBSIDI MINYAK:Janganlah terlalu drastik
Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa tiada lagi subsidi minyak akan diberikan kepada rakyat rentetan jumlah tanggungan perbelanjaan kerajaan yang semakin tinggi. Keadaan ini menyebabkan kerajaan dikatakan berusaha mencari mekanisme bagi menguruskan subsidi minyak dengan berkesan supaya subsidi ini dapat diagihkan kepada pihak yang memerlukan. Namun sehingga kini kerajaan masih gagal mengatasi kenaikan harga beras yang diwar-warkan kepada rakyat .
Subsidi ini bolehlah dimaksudkan bantuan yang diterima dari pihak kerajaan kepada pihak-pihak tertentu. Subsidi minyak merupakan bantuan dari kerajaan kepada semua rakyat supaya rakyat dapat menikmati dan mengatasi tekanan terhadap perubahan harga minyak pasaran dunia. Kini harga 1 liter minyak kira-kira 1.92 sen namun seorang pakar ekonomi mengatakan jika subsidi minyak dihapuskan 1 liter minyak menjadi RM 3 . Rakyat terpaksa menampung kenaikan kira-kira RM1.08 seliter minyak. Pada tahap 1 liter = RM 3 ini rakyat terpaksa bukan sahaja berhadapan dengan kenaikan minyak kenderaan malah rakyat terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barangan makanan dan barangan keperluan. Belum sahaja reda isu kenaikan harga beras, kerajaan telah ’mengajar’ dan memberi ’hadiah’ kepada rakyat dengan menghapuskan subsidi minyak.
Rakyat telah mengetahui, bahawa kenaikan harga beras bukanlah disebabkan oleh kekurangan beras di pasaran atau kekurangan sawah padi untuk ditanam padi, kenaikan harga beras adalah akibat kenaikan harga minyak. Kenaikan harga minyak sebelum pilihanraya, menyebabkan semua barangan keperluan termasuk barangan kawalan meningkat dengan mendadak. Namun kenaikan harga minyak yang lalu terlalu memberi kesan terhadap rakyat. Rakyat telah lama dibelai dengan subsidi minyak manakala kerajaan sibuk mengeluh kerana berbelanja besar kerana pemberian subsidi minyak kepada rakyat. Rakyat sebenarnya tidak ingin dan tidak mahu mengambil tahu akan sebarang perubahan harga pasaran minyak atau keluhan kerajaan kerana yang penting mereka hidup selesa dan sejahtera. Rakyat memberi mandat kepada kerajaan bukan untuk mendengar keluhan dan rintihan atau menyebarkan perbelanjaan besar yang ditanggung.
Kenaikan harga minyak akibat ’perbuatan kerajaan’ yang merampas keistimewaan rakyat yang berada di dalam negara pengeluar minyak perlu dikaji semula. Penulis bukan menentang tindakan kerajaan menghapuskan subsidi minyak kerana akan berlaku ’persaingan’ yang lebih baik dan sengit ditambah peningkatan kreativiti dan produktiviti akan berlaku. Bagi penulis, pihak kerajaan perlu menghapuskan subsidi ini secara beransur-ansur. Bermaksud kerajaan boleh menghapuskan subsidi ini dalam masa 5 tahun tetapi usaha penghapusan di buat mulai sekarang dengan keadaan pengurangan subsidi berjadual.
Penghapusan subsidi minyak yang dibuat oleh pihak kerajaan terlalu drastik sehinggakan rakyat yang baru sahaja menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang dalam keadaan barangan keperluan yang meningkat terpaksa berhadapan kenaikan yang lebih menekan. Rakyat terpaksa berhadapan kenaikan harga minyak oleh kerajaan malah kenaikan harga minyak ini yang pastinya akan mengundang kenaikan seluruh barangan keperluan. Mungkin beras akan naik sehingga RM 45 =10kg. Bagi penulis golongan yang berpendapatan tinggi seperti Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain lagi tidak akan terasa akan masalah ini tetapi yang pastinya akan berhadapan dengan masalah ini adalah rakyat yang berpendapatan rendah. Mungkin rakyat berkhidmat dengan kerajaan akan mendapat kenaikan gaji, namun bagi pekerja swasta yang masih mengalami gaji minimum RM900 selain peniaga-peniaga. Peniaga-peniaga akan melalui keperitan kerana mereka mungkin berhadapan dengan kawalan harga oleh kerajaan dalam keadaan kenaikan kos yang mendadak.
Penulis bimbang jika penghapusan subsidi minyak ini akan menyebabkan peningkatan golongan miskin tegar dan mungkin akan berlaku kebuluran selain masalah sosial akan meningkat di Malaysia. Kita juga mungkin akan lihat rakyat-rakyat tanpa mengira parti politik, kaum dan bangsa akan berdemontrasi di Putrajaya kerana menetang penghapusan subsidi. Kerajaan pula sedang mencari mekanisme supaya golongan yang berpendapatan rendah akan menerima subsidi seperti biasa. Namun bagi penulis sejauhmana berkesannya pemberian subsidi yang dilihat tidak adil terhadap layanan kepada rakyat. Namun secara peribadi penulis menyokong kaedah tersebut namun yang menjadi persoalannya bagaimanakah mekanisme tersebut akan dilaksanakan dan bagaimanakah ketelusan mekanisme tersebut. Semuanya akan menjadi persoalan dalam keadaan negara berada antara negara yang mempunyai kadar rasuah yang tinggi dan tahap intgriti yang rendah. Penghapusan subsidi minyak tidak sesuai dilaksanakan sekarang dalam keadaan negara tidak dapat mengatasi tahap kemiskinan yang efektif . Kerajaan mesti mengkaji bahawa penghapusan subsidi minyak akan memberi kesan terhadap harga barangan, jumlah miskin tegar, tahap inflasi, masalah sosial dan yang penting sekali golongan rakyat berpendapatan rendah. Penulis juga berpendapat subsidi minyak pada tahap pertama ini perlu dihapuskan kepada industri-industri yang berasaskan minyak selain indutri-industri yang pengusahanya atau pemiliknya adalah warga asing. Keadaan ini menyebabkan indutri-industri ini akan meminimakan pengunaan minyak. Penulis amat mengharapkan kerajaan dapat mengkaji semula penghapusan subsidi minyak yang dilakukan secara drastik.

mymindakini-Jun 2008
0 comments:
Post a Comment