PILIHAN RAYA KAMPUS : Silap percaturan yang membawa padah.
Penulis tidak ingin untuk mencampuri hal ehwal kemahasiswaan sejak penulis tamat pengajian di Universiti Malaya hampir 5 tahun lepas. Namun penulis hanya ingin membawa sedikit ungkitan sejarah lalu yang sebenarnya memberikan 1001 kepincangan dan masalah terhadap dunia kemahasiswaan sejagat sejak sekian lama. Penulis sendiri dilahirkan dari produk alam kemahasiswaan yang sarat dengan kepincangan oleh pihak pentadbir. Namun penulis masih melihat secara kasar dunia kemahsiswaan dari dahulu dan kini.
Sejak tahun 2001, secara langusng pihak Hal Ehwal Pelajar di setiap IPTA begitu berusaha untuk mematahkan kehebatan pro-pembangkang. Seingat penulis, semua IPTA melalui PMI (Persatuan Mahasiswa Islam) atau ISI (Ikatan Studi Islam)UKM telah terlibat secara langsung dan menzahirkan diri dalam Pilihanraya Kampus. Mahasiswa Pro-pembangkang telah mengungguli pilihanraya kampus sejak 1995 dengan nama-nama parti politik masing-masing seperti Gagasan dahulunya Nadi (UM), Wufi (UIA), MAMPU (UKM) dan macam-macam nama lagi. Penulis masih ingat pro-pembangkang di UKM telah menang bergaya pada 2001 di mana kemenangan pro-pembangkang telah menang dengan pukulan KO terhadap TSB (Tindakan Siswa Bersatu) dengan 51-0. 51 kerusi dimenangi tanpa tewas di semua kerusi umum dan kerusi fakulti seterusnya menabalkan Pak Lah (Abdullah Abdul Karim sebagai Presiden) dan di UM sendiri telah menonjolkan track record yang baik dengan menang bergaya sejak 1995 lagi walaupun beberapa calon UMANY (Tahalluf dengan PMI) di batalkan sebagai calon kerana diperangkap oleh undang-undang yang dicipta oleh HEP namun tetap menang bergaya. Pada masa itu, jika PMI meletakkan selipar pun tetapi atas nama PMI pun boleh menang bergaya.
Rentetan dari itu, penulis masih ingat lagi pada tahun 2002, di muka hadapan Harakah terpampang ’17 IPTA dikuasai Pro-Pembangkang’. Memanglah setelah pilihanraya kampus berakhir pada 2002, seluruh IPTA di Malaysia telah dimenangi oleh mahasiswa yang menyokong doktrin-doktrin parti pembangkang. Semua PMI di seluruh IPTA di Malaysia telah berjaya menakluk Universiti masing-masing. Maka apabila ditanya kepada Idris Ahmad pada masa itu kalau tidak silap pengarah Jabatan Pembangunan Pelajar PAS pusat iaitu jawatan yang kini dipegang oleh Abdullah Abdul Karim (mantan Pres. MPMUKM dan timbalan pres. ISIUKM) bahawa beliau mengakui bahawa PAS mempunyai usaha melahirkan kader-kader untuk memenangi pihanraya kampus di seluruh IPTA di bawah Jabatan Pembangunan Pelajar.
Bermula dari tahun tersebutlah sebuah demi sebuah IPTA telah jatuh ke tangan calon-calon HEP. Bermula dari UiTM pada 2003 di mana calon-calon yang selain calon yang telah dipilih oleh HEP tidak layak bertanding di mana dekan-dekan tidak meluluskan calon-calon tersebut untuk bertanding atas alasan tidak layak. Begitu juga sahabat penulis di UUM pada 2003 gagal untuk bertanding walaupun pointer 3.45 atas alasan tidak layak. Seterusnya pada tahun 2004, UKM telah tumbang bersama-sama dengan seluruh IPTA kecuali UM dan UIA sahaja. Namun pada 2005, UM dan UIA telah tumbang kerana taktik kotor yang digunakan.
Penulis bukanlah ingin menumpukan berkaitan zaman kegemilangan dan zaman kejatuhan pro-pembangkang di IPTA. Namun bagi penulis, pilihanraya kampus di seluruh IPTA sejak 2003 lagi telah menjadi jijik sehinggalah ke hari ini dek kerana silap percaturan yang membawa padah kepada seluruh mahasiswa sehingga kini. Penulis tidak salahkan kerajaan atau HEP sehingga hari ini begitu banyak kencing, berak dan meludah kepada maruah dunia kemahasiswaan kerana sebagai kerajaan ‘Barisan Nasional’ masakan mahu melihat generasi-generasi muda yang bakal menjadi pengundi tidak mengundi mereka pada PRU nanti. Tambahan pula, signal terhadap mood pengundi muda yang berpelajaran tinggi masa hadapan adalah pilihanraya kampus IPTA. Jika pilihan golongan berpendidikan tinggi cenderung kepada pembangkang, ia akan memberi ketidakyakinan bukan sahaja pengundi muda malah pengundi seluruh negara terhadap ‘Barisan Nasional’. ‘Barisan Nasional’ @HEP akan menggunakan taktik yang sama dalam memenangi Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Kampus. Pilihanraya kampus tidak akan suci jika ‘ Barisan Nasional’ memerintah Malaysia . Namun bagi penulis, jika perancangan dan percaturan kelahiran kader-kader dalam kampus bagi memenangkan pro-pembangkang dilakukan dengan teratur, selaras dan penuh strategiki, keadaan seperti hari ini terutama semasa pilihanraya kampus IPTA tidak sejijik kini.
Mymindakini dot com

0 comments:
Post a Comment