Mula membuka minda!

Sudah lama penulis tidak menulis dalam blog ini mungkin suka menggunakan FB untuk memberikan pendapat. Namun terdapat isu-isu yang terkini dan mungkin terdahulu yang mungkin hinggap di minda penulis untuk diulas mengikut pendapat penulis:

1. Dalam sesebuah organisasi, ramai watak di dalamnya gagal untuk menggarap diri menjadi pekerja serba boleh walau sudah berbelas tahun di dalamnya. Organisasi atau tempat bekerja adalah tempat mencari nilai tambah kepada nilai dan skil . Watak-watak ini sebenarnya gagal menambah skil kerana asyik memikirkan kelemahan dan kesilapan pekerja lain padahal tidak langsung memikirkan kelemahan dan kekurangan diri sendiri. Setiap hari dan setiap masa sentiasa mencari kesalahan dan kelemahan orang lain, akhirnya diri sendiri masih seperti hari pertama bekerja.

2. Menghayati surah al-ankabut 1-3, pejuang-pejuang yang menganggap diri pejuang ini mesti diuji samaada benar-benar memperjuangan agama atau memperjuangkan survival diri dalam organisasi. Berpuak-puak, kepentingan diri sebenarnya virus ukhuwah islam. Mereka menganggap merekalah sesuci umat padahal merekalah yang memerangkap gerakan islam ke arah perpecahan. Penulis mendoakan mereka ini diberikan jalan kesedaran supaya survival diri mereka tidak diberikan perhatian sepenting survival gerakan islam dalam organisasi.

3. Keadaan politik Malaysia memang sudah haru biru dan lintang pukang. Apabila dilaporkan media, kelihatan PKR sudah jatuh ditimpa tangga. Bermula ketidaktelusan pemilihan PKR membawa kepada keluarnya Zaid Ibrahim, menarik minat untuk melihat bekas naib presiden PKR yang juga merupakan anak jati REFORMASI iaitu Mustaffa Kamil Ayub masih bertenaga berjuang dalam PKR walaupun kalah dalam pemilihan dan memilih untuk terus aktif dalam PKR.

4. Setiap hari PKR diserang bertubi-tubi bukan hanya melalui pemilihannya malah kerana Kongressnya, perkhidmatannya di negeri pemerintahannya malah bukan hanya PKR sedikit demi sedikit negeri PAS dan DAP juga diserang. Mungkin negeri pemerintahan BN aman sentosa tanpa sebarang masalah.

5. Kerajaan BN begitu bernafsu melebar politik benci menbenci dan jatuh menjatuhi untuk kepentingan diri dan parti. Setiap tindakan adalah untuk menonjolkan kehenbatan mereka bukan untuk memajukan negeri.

Sekian...mymindakini dot com
Read More

Imam Muda: Pembinaan Ikon Islamik

Semalam penulis menonton Program Imam Muda-Kemuncak yang menabalkan Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, mengatasi Ustaz Hizbur Rahman Omar Zuhdi sebagai Imam Muda. Masing-masing merupakan imam di Pulau Pinang dan Kedah. Penulis suka untuk membuat komentar mengenai program ini:

1. Tahniah, penulis ucapkan kepada pengelola dan peneraju program Imam Muda. Kewujudan Program Imam Muda yang dikhabarkan mendapat perhatian Media di Jerman dan Switzerland melaporkan secara meluas mengenai program realiti televisyen Malaysia, "Imam Muda".

2. Pembina dan pencipta ikon islamik ini sememangnya dinanti untuk menyaingi Program Realiti TV lain seperti Akademi Fantasia dan Mentor. Namun bagi penulis, promosi dan kepedulian Program ini tidak sehebat Akademi Fantasia yang mempunyai program sampingan seperti diari AF, prelude dan lain-lain.

3.Penulis amat menyokong Program Imam Muda ini diadakan lagi namun promosi dan gilapan peserta, kehidupan dan cara hidup seharusnya menjadi liputan supaya mereka menjadi ikon bukan hanya di atas pentas tetapi di luar. Bagi penulis, Kapsul Imam Muda yang ditayangkan setiap 5 minit sebelum pukul 7 dan 5 minit selepas maghrib tidak cukup untuk menjadikan peserta-peserta Imam Muda sebagai Ikon.

4. Namun Program Imam Muda ini bertembung dengan Program akademi Quran yang seharusnya menjadi lubuk kepada penarikan minat terhadap program islami.

Penulis amat menyokong Program Imam Muda ini seharusnya kita sebagai umat Islam harus cakna dan menyokong serta menonton program islami ini yang seharusnya meletakkan program ini dihadapan.

abunabil 2010.


Read More

Railah kehebatan minda kita!



"MENGKRITIK tidak beerti MENENTANG" "BERSETUJU tidak semestinya MENYOKONG" "MENEGUR tidak bermakna MEMBENCI" "BERBEZA PENDAPAT adalah kawan kepada BERFIKIR"

Banyak juga komen di facebook penulis yang kadang-kadang berpendapat penulis sebagai pro-parti pembangkang. Walaupun penulis tidak menyatakan secara jujur hala tuju dan minda penulis samaada berpihak kepada pembangkang atau sebaliknya. Namun penulis suka untuk melontarkan sebarang buah fikiran penulis yang kadang-kadang ada pihak yang penulis tahu berpihak kepada pihak yang dikritik bingkas bangun memandang sinis komentar penulis tentang isu-isu semasa.

Namun sebagai orang yang dididik dengan asuhan sebagai penentang sebarang kemungkaran dan ketidakadilan tidak akan terus diam dan terus kaku untuk menggunakan minda 'menerjah' minda insan lain yang mungkin kadang-kadang terperap dalam zon selesa. Mereka sedang duduk dalam zon yang tidak melihat dan merasai kehidupan orang lain malah hanya menunggu dan berpuas hati dengan kehidupan sendiri.

Sensitiviti terhadap isu semasa perlu ada bagi setiap orang islam. Kita perlu turun kepada msyarakat supaya kita menjadi rakyat Malaysia sebenar Rakyat Malaysia. Raikanlah diri sebagai rakyat Malaysia yang berfikir atas arena alaf baru.

Kepakaran kerana di asuh dalam sesuatu bidang perlu diraikan kerana bagi penulis dayus jika kita hanya berpeluk tubuh dan diam sahaja jika kemungkaran di atas pengetahuan dan ilmu kita. Analoginya mudah jika kita mengetahui bahawa menutup aurat terhadap wanita itu wajib dan haram dipersembahkan kepada umum, namun kita biarkan sahaja aurat isteri kita ditonjol dan dipersembahkan kepada umum tanpa bantahan, teguran malah mungkin 'amukan' kita dianggap suami dayus.

Jika penulis mempunyai sedikit pengetahuan mengenai ilmu ekonomi, namun jika terdapat isu berkaitan ekonomi yang kadang-kadang menonjolkan kebodohan dan ketidakadilan. Penulis perlu bangkit dan menyatakan kebenaran malah membuat kritikan. Penulis takut dipersoalkan nanti di hari kebangkitan atas KEDAYUSAN penulis.

Rakyat Malaysia perlu sedar kita telah memasuki era baru dan seharusnya kita mula menjadi pemikir dan penjejak minda alaf baru yang gagah mendamping isu. Kita jangan mengikut kerana dalam dunia kapitalis dunia alaf baru ini, semua pihak akan bersaing dan mungkin ada pihak yang menjadikan persaingan ini sebagai satu peluang menyebar doktrin pemikiran bodoh yang kadang-kadang orang tidak berilmu akan terpedaya. Selain mungkin juga ada pihak yang akan mewujudkan persaingan tidak sihat dalam persaingan mendapatkan kuasa.
Read More

UPSR dan PMR : Masih Relevan?



UPSR dan PMR, adakah masih sesuai dan relevan dijalankan di dalam Sistem Pendidikan Malaysia kini? Penulis dengan yakin mengatakan UPSR dan PMR MASIH RELEVAN. Tanpa melihat dan mengambil kira faktor kepentingan diri dan bersikap profesional dalam isu ini penulis melihat kerelevenan dalam kedua-dua penilaian ini. Komentar?
  1. Sebenarnya UPSR dan PMR ini menyelamatkan keciciran yang lebih besar dalam sistem pendidikan Malaysia. Keputusan UPSR dan PMR ini menjadi indikator kepada sejauhmana kesungguhan pihak sekolah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Sekolah-sekolah akan bersaing sesama sendiri untuk menunjukkan keputusan yang lebih cemerlang. Jadi sesebuah sekolah akan berusaha membaiki kelompangan-kelompangan murid yang akan menjejaskan keputusan. Dengan ini keciciran dapat diatasi.
  2. Tanpa UPSR dan PMR akan menambah sambil lewa ibu bapa dan murid-murid untuk ke sekolah. Penilaian hanya di Tingkatan 5 iaitu semasa berumur 17 tahun. Jadi sambil lewa dan kecaknaan akan kurang menyebabkan ponteng sekolah dan mungkin gejala sosial akan meningkat dek kerana ibu bapa tidak melihat kepenting ke sekolah kecuali di tingkatan 5.
  3. Jika penilaian 'besar di tingkatan atau SPM maka yang terbeban 'besar' adalah guru di tingkatan 5. Mereka terpaksa mengalas beban 'besar' tentang kelemahan murid yang dibawa dari tahun 1 ke tingkatan4. Fikirkanlah, UPSR ini indikator berapa ramai murid yang gagal menguasai kemahiran membaca tetapi jika dimansuhkan, mungkin masalah-masalh ini akan diseret bersama hinggalah ke tingkatan 5.
  4. Bagi penulis, UPSR dan PMR tidak harus dimansuhkan tetapi diperkasakan supaya membentuk satu modul yang mencapai keseimbangan antara pembangunan sahsiah dan akademik. Itulah yang lain penting.
  5. Bagi penulis...dengan adanya UPSR dan PMR ini, kesunggunhan guru lebih teruji kerana mereka terpaksa bersaing untuk melahirkan murid yang cemerlang, seterusnya pengurusan sekolah akan mengembleng tenaga bersaing dengan sekolah lain.

Akhir kalam, penulis tidak tahu kenapa idea ini wujud, dahulunya Kementerian Belia dan Sukan pernah mencadangkan jika ingin melahirkan ahli sukan dan pemain bola sepak hebat, mansuhkan UPSR. Dari segi sukan memanglah, namun dari segi kecaknaan pendidikan memanglah tidak sesuai.

mymindakini dot com


Read More

SUBSIDI : negara menjadi bankrupt?



Kali ini penulis tertarik mengenai isu ekonomi yang menjadi mainan dan tatapan dan mungkin kemurungan pihak yang memahami isu ekonomi ini. Penulis membuat sedikit komentar setelah menonton Di Luar Lingkungan mengenai Subsidi: Bagaimana cara dikurangkan? bersama tiga ahli panel iaitu Datuk Dr. Salleh Majid , Prof. K. S Jomo (PBB) dan Dr. Azlan Ismail (Harvard).


Ketiga-tiga ahli panel tidak menyatakan sokongan tetapi seharusnya fakta ekonomi itu sendiri perlu diperjelaskan dengan lebih baik. Pihak kerajaan menghebohkan mengenai jika subsidi dikekalkan, maka negara akan bankrup seperti Greece. Seharusnya pihak kerajaan tidak harus menakutkan rakyat dengan tujuan rakyat akan menerimanya. Sebuah negara bukan sebuah syarikat yang boleh bankrup, masalahnya adalah perbelanjaan lebih besar daripada pendapatan. Setiap tahun belanjawan kerajaan mengalami defisit, inilah yang perlu ditangani terlebih dahulu. Pihak kerajaan seharusnya berjimat semasa ekonomi sedang melambung.


Kerajaan sepatutnya tidak membuat perancangan sesuka hati dengan mengambil jalan mudah dengan mengurangkan dan seterusnya menghapuskan subsidi. Rakyat perlu menghakimi dan menilai bahawa setiap tahun ketua audit negara mengeluarkan maklumat bahawa terdapat banyak kebocoran dan ketirisan dalam akaun awam terutama dalam perbelanjaan mengurus. Persoalannya adakah yang kebocoran dan ketirisan ini telah ditampal atau diatasi? Pihak kerajaan sepatutnya berfikir untuk mengatasi ketirisan ini terlebih dahulu sebelum melihat subsidi ini kepada rakyat.


Berpandukan perbincangan tersebut, penulis berpendapat bahawa pengurangan dan penghapusan subsidi ini perlu dijalankan secara berperingkat, pihak kerajaan perlu buat ujian terlebih dahulu supaya nanti tidak membentuk suasana yang tidak terkawal. Kerajaan dilihat lemah kerana setelah mengumunkan sesuatu dasar kemudian menarik balik seperti kenaikan harga minyak dan yang terbaru PERKASA yang mengkritik Model Ekonomi Baru oleh D. S. Najib, Najib dengan selamba berkata bahawa MEB bukanlah muktamat lagi, ia boleh dikaji semula.


Selain itu, persoalan lain adakah kerajaan akan mengurangkan atau menghapuskan subsidi kepada semua sektor. Tetapi jika kerajaan bercadang mengurangkan subsidi semua sektor sesuatu yang amat memeranjatkan bagi rakyat seantero 1Malaysia adalah kos melepas yang ditanggung oleh sektor pendidikan dan sektor kesihatan. Kini rakyat mampu berhadapan dengan sektor pendidikan kerana banyak pilihan dari IPTA atau IPTS, sekolah kerajaan dan sekolah swasta. Rakyat boleh membuat pemilihan samada ingin ke sekolah kerajaan atau swasta. Manakala hospital pula, rakyat yang berpendapatan rendah akan ke hospital kerajaan kerana bayarannya amat murah dan ubatnya adalah percuma.


Sebenarnya, semuanya adalah subsidi. Subsidi yang digunakan untuk membiayai sektor pendidikan melalui pembelian buku teks, penyediaan kemudahan dan lain-lain. Jika ia dikurangkan malah dihapuskan. Maka setiap bulan rakyat terpaksa membayar kepada kerajaan untuk anak ke sekolah dan yang lebih malang lagi, tidak akan wujud lagi hospital kerajaan yang menjanjikan perkhidmatan murah dan ubat-ubatan percuma kerana jika subsidi dihapuskan. Keadaan ini akan menyebabkan jumlah miskin tegar akan meningkat dan adakah negara akan menjadi maju atau berpendapatan tinggi ? jika rakyatnya merangkak di tepi-tepi jalan merayu meminta makanan. Pengurangan subsidi akan beri kesan kepada OKU, pendapatan rendah, miskin bandar, petani dan nelayan.


Pada hemat penulis, tidak sesuai lagi subsidi dikurangkan. Subsidi ini merupakan agihan pendapatan kepada rakyat. Kos sara hidup penduduk Malaysia masih rendah jika dikurangkan malah dihapuskan subsidi, lambat laun ramai rakyat akan mati kerana tidak mampu untuk menerima rawatan di hospital selain tahap pendidikan rakyat akan menjadi rendah kerana tidak mampu untuk membyar yuran sekolah.


Jangan Jadi seperti PPSMI

Jangan jadi sepertti PPSMI, akhirnya membawa kerugian besar kepada duit rakyat. Kerajaan menjalankan dasar PPSMI tanpa kajian menyeluruh dan tanpa pandangan pakar dan akhirnya. Kita lihat sekarang untuk menjalankan PPSMI kerajaan terpaksa membuat modul, melatih guru, menyediakan buku teks dan kemudahan Pengajaran dan pembelajaran. Perbelanjaan PPSMI memakan belanja berbillion ringgit. Namun hasilnya tidka seperti diharapkan. Kini kerajaan kembali kapada dasar asal, persoalannya bagaimana wang yang dibelanjakan untuk PPSMI dahulu? Jangan jadi pisang berbuah 2 kali. Orang yang bijak tidak akan masuk ke lubang yang sama tidak lebih daripada sekali.


Sewajarnya pengurangan dan seterusnya menghapuskan subsidi ini mendapatkan pandangan dan apa sahaja keputusan mengenai subsidi perlu dikaji dan diurus dengan baik kerana kesannya amat besar kelak.


Kerajaan perlu jujur dan telus dalam membuat penerangan kepada rakyat kesan daripada pengurangan subsidi ini. Kerajaan seharusnya jujur dalam menjelaskan kesan sebenar jika subsidi ini dikurang dan dihapuskan namun rakyat juga perlu tahu keperluan kerajaan mengurangkan dan menghapuskannya.


Kini kerajaan berusaha menjalankan trnsformasi ekonomi tetapi pendekatan kepada perubahan pemikiran rakyat mengenai kesan dan akibat subsidi ini perlu diperjelaskan dengan jujur. Rakyat kini begitu bijak menganalisa isu dan maklumat. Pemikiran rakyat terhadap subsidi ini akan lebih meruncing jika ramai rakyat mengetahui kesan besar disebalik perlaksaannya. Seharusnya Transformasi ekonomi ini perlu melihat bahawa perubahan sikap rakyat itu lebih penting daripada perubahan pemikiran. Kerajaan perlu berusaha mengubah sikap rakyat berbelanja, kesihatan dan mengurus kewangan terlebih dahulu sebelum membawa kepada perubahan pemikiran yang mungkin menjanjikan ketidakyakinan rakyat kepada kerajaan.


Namun persoalannya sekarang, ADAKAH DENGAN PENGHAPUSAN SUBSIDI AKAN MENYEBABKAN NEGARA MENJADI NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI DAN NEGARA MAJU?


mymindakini dot com

Read More

Facebook: Ambillah yang baik daripadanya.



Dunia siber meletup lagi. Dalam kemeriahan dunia siber yang dahulunya hebat dengan letusan idea laman blog yang menjadi wadah penurunan dan penterjemahan idea. Kini perkembangan dan tahap penyebaran idea berupa maya lebih pantas dan lebih mencabar. Kira-kira 5 tahun yang lalu, rakyat dan warga seantero dunia mula meneroka dan meraikan perkembangan laman percuma iaitu blog (Baca tulisan penulis dahulu).

Sudah tentu apabila dibicarakan letupan media berupa perkembangan dunia maya kini sudah tertumpu kepada kemunculan FACEBOOK. Kemunculan FB menutup dan berjaya menyaingi kemunculan Friendster and Myspace yang gagal mengatasi kepopularan FB. Mungkin fungsi dan kemudahan, susunan dan kemas selain mudah mengakses FB ini membuatkan ia lebih popular.

Namun bagi penulis, FB ini sudah menjadi seperti friendster yang kelihatan seperti kebudak-budakkan.

Apakah kerana kelompok yang membanjiri Facebook kebelakangan ini adalah remaja bermentaliti kebudak-budakan, atau mereka bekas pengguna Friendster, atau mereka mewakili suatu ngomelan tentang budaya kurang sihat di Malaysia yang disebut sebagai ‘First Class Facility with the Third Class Mentality’. Facebook mula comot dengan pelbagai aplikasi seperti kuiz, permainan dan pelbagai fungsi yang menghilangkan hemah Facebook selama ini.

cetusan dari www.saifulislam.com

Jika zaman 90-an dahulu, untuk mengetahui tahap kepedulian seseorang terhadap dunia siber akan diminta e-mail, pertengahan dan lewat 2000 diminta blog tetapi kini memulakan era baru akan ditanya alamat FB. Semua rakyat perlu cakna akan fenomena baru ini.

Kehebatan Facebook.

Secara peribadi, penulis melumatkan penggunaan FB. Walaupun ada pihak yang begitu prejudis dengan FB. Mereka tidak mencuba dan mempunyai FB lagi tetapi menyebarkan bahawa FB ini adalah rangkaian siber yang membuang masa. Bagi penulis, ia bergantung kepada niat seseorang, samaada ingin menjadi FB ini sebagai penambah ilmu dan dosa.

Dengan FB penulis dapat berjumpa, bertanya khabar seterusnya merapatkan ukhuwah dengan sahabat-sahabat lama. Walaupun sahabat-sahabat di sekolah rendah. Kami boleh bersembang dan bercerita tentang masa lalu yang menjadi sempadan kepada pengalaman kini.

Penulis mempunyai ramai anak murid yang mempunyai FB. Kebanyakan daripada mereka tidak menggunakan FB sebagai rangkaian media yang sihat malah menjadi tempat melepaskan perasaan mereka. Menyebarluaskan pengaruh dan unsur asing walaupun di ajar itu dan ini. Inilah kesan pengaruh asing. Hebat!. Nama mereka yang baik-baik diberikan oleh ibu bapa mereka diletakkan dengan nama baru yang maknanya entah apa-apa. Selain diletakkan gambar kartun. Apa faedahnya?

Bukanlah berbangga dengan pencapaian penulis dalam melumatkan penggunaan FB ini. Sejak menggunakan FB ini, idea penulis berjaya menembusi media massa negara. Masakan tidak, sudah dua kali penulis berjaya melontarkan idea penulis dalam program Di Luar Lingkungan dan Suara Siswa. Penulis bukan berbangga, tetapi seharusnya gunakan perkembangan maya ini untuk meraikan idea dan komentar kepada sesuatu isu.

Mengenali Facebook.

FB diasaskan oleh Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tentu ada yang terkejut. Namun bagi penulis, tidak haram kita menggunakan FB walaupun dicipta oleh orang asing waima yahudi. Gunakan FB sebaiknya sebagai bahan dakwah. Lagu nasyid pun boleh dijatuhkan haram jika kita yang mendengarnya leka dan menjadi lalai terutamanya apabila masuk waktu solat.

Namun ada juga pihak yang mengatakan bahawa FB dicipta dan digunakan oleh CIA atau Polis antarabangsa yang menggunakannya untuk simpanan maklmumat peribadi penduduk dunia. Supaya mudah menjejaki penjenayah dan 'pengganas'.

Gunakan Facebook dengan sebaiknya.

Penulis berpesan kepada diri dan semua pembaca blog mymindakini supaya menjadikan FB ini sebagai :

  1. Bahan menyebarkan dakwah dan islah kepada bukan islam dan islam. Letakkan video-video yang berunsur nasihat seperti nasyid dan bacaan Al-Quran. Penulis bukanlah ustaz atau ulama tetapi menyebarkan dan membawa orang lain kepada kebaikan adalah wajib kepada orang islam. Dapatlah pahala dan ganjaran yang berlipatkaliganda walaupun hanya orang lain mendengar dan menghayati sesuatu yang baik hasil perkongsian kita dengan sahabat FB kita.
  2. Menjadi wadah perkembangan idea dan ilmu. Seharusnya FB inilah tempat untuk kita menambahkan ilmu pengetahuan dalam proses perbincangan dalam FB. Penulis juga mencadangkan ada komuniti FB yang mewujudkan USRAH FB. Usrah boleh dijalankan di tempat yang berbeza, masa yang sama dan tajuk yang sama. Usrah bukan hanya baca Al-Quran tetapi dengan membincangjan tajuk berkaitan isu semasa, fikrah, dakwah, haraki, feqah, aqidah dan lain-lain. Usrah boleh dijalankan dengan ahlinya yang berada mungkin di Kelantan, Pahang, Johor, Selangor, Perlis dan lain-lain. . Naqib memikirkan dan mewujudkan tajuk perbincangan, manakala ahli usrah pulak menjadi pencetus dan komentar.Tentu menarik!
  3. Menjadi penjana pendapatan. FB disertai oleh ramai ahli. Proses mempromosi dan memperkenalkan produk baharu boleh dibuat menggunakan FB. Terus boleh bertanya kepada penjual (jika online) berkaitan produk dan kaedah pembayaran.

Akhir kalam, gunakan perkembangan FB dengan sebaiknya. Jangan begitu mengigilankan FB sehingga lalai untuk solat dan mengulangkaji pelajaran serta bersosial .Penulis tinggal pembaca sekalian dengan link tulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman mengenai Dosa-dosa dan Facebook.

mymindakini dot com
Jun 2010


Read More

SELAMAT HARI GURU 2010



Selamat Hari Guru kepada semua golongan Pendidik dan semua pendidik diriku sejak Tahun 1 hingga Universiti. Semoga kalian menjadi guru sebenar guru yang gagah dan perkasa mengharungi kehidupan dan cabaran.

Ya Allah....Engkau ampunkanlah dosa guru-guruku dan letakkanlah mereka di tempat-tempat yang mulia di dunia dan akhirat......murahkanlah rezeki mereka dan mudahkan segala urusan mereka...amin...


Kepada sahabat seperjuangan......Guru ibarat seperti lilin jika mereka gagah dan perkasa mengharungi cabaran namun jika mereka lemah longlai...mereka akan cair menyembah ke bumi.....SELAMAT HARI GURU 2010.

Read More

MEMPERINGATI PERISTIWA NAKBA 60 TAHUN PENDERITAAN RAKYAT PALESTIN 15 HB MEI 2010



Marilah kita mengingatkan diri kita bahawa ketika kita mengingatkan tarikh 16 Mei 2010 sebagai Hari Guru , kita perlu mengingati bahawa pada 31 hb Ogos 1897M merupakan tarikh Persidangan Basel, Swisszerland iaitu permulaan kepada sejarah tercetusnya gerakan untuk menubuhkan sebuah Negara untuk umat Yahudi . Ini diekori dengan Deklarasi Balfor untuk merealisasikan hasrat ini.

Dan pada tahun 1948 negara Israel diisytiharkan yang didokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat.

Tepat 15 hb Mei 2010 ini maka genaplah 62 tahun berlaku peristiwa Nakba iaitu peristiwa malapetaka ke atas rakyat Palestin. Pada 15 hb Mei 1948 itu tentera Zionis Israel telah melancarkan pembersihan etnik ( etnic cleansing ) iaitu sejumlah 750,000 orang atau tiga perempat populasi daripada rakyat Palestin dihalau keluar dari kediaman mereka.

Mereka telah dipaksa menjadi pelarian dalam negara Palestin sendiri dan termasuk di negara-negara jiran yang kini telah mencecah lebih 4.5 juta orang. Kini sudah 6 dekad pelarian Palestin hidup dalam kemiskinan dan penafian keperluan asasi yang sangat parah.

Mereka terpaksa hidup tanpa makanan yang mencukupi , tanpa tempat tinggal , tiada pekerjaan , pendidikan dan kemudahan rawatan. Nasib mereka hingga kini tidak dipeduli oleh masyarakat antarabangsa yang didominasi oleh Amerika Syarikat.

Kini Israel maseh meneruskan polisi pembersihan etnik ke atas rakyat Palestin . Sejak pencerobohan ke atas Tebing Barat dan Jurusalem Timur pada tahun 1967 , Israel telah membangunkan kependudukan Yahudi yang melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi PBB.

Kini populasi kependudukan Yahudi mencecah 400,000 orang yang mengakibatkan penyelesaian 2 negara yang kononnya diusahakan oleh Presiden Bush menjadi tidak relevan.

Dari saat itulah Israel menjadi sebuah kuasa proksi Amerika Syarikat . Dalam peperangan 1967 antara tentera Arab dan Israel , tentera Israel telah menguasai Baitul Muqaddis yang telah mengakibatkan tanah Palestin dirampas dengan zalim dari rakyat Palestin. Ekoran itu proses “pengYahudian” bumi Palestin dilancarkan oleh Israel.

Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini , sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi sementara 5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah . Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan , Lebanon dan Syria.

Sudah 60 tahun , ummat Islam Palestin hidup di medan peperangan . Mereka berada di tengah – tengah kekejaman penjajah durjana Israel laknatullah. Mereka di tindas dan dizalimi tanpa simpati .Orang – orang tua mereka diusir keluar dari tanahair , lelaki mereka dikelar dan ditembak mati , wanita mereka diperkosa dan dibelah perutnya . Kanak – kanak mereka diletupkan , rumah kediaman mereka dibakar dan kampung halaman mereka dimusnahkan .

Yahudi mencabul Masjidil Aqsa , meletupkan pejuang – pejuang Islam dan pemimpin mereka biarpun mereka sedang mendirikan solat tanpa senjata .Pemimpin dan ulama’ besar Palestin seperti Syeikh Izzudin Al Qassam , Syeikh Ahmad Yassin , Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi dan lain – lain telah menemui syahid dihujung senjata Yahudi Laknatullah.

Para mujahid dan pemuda – pemuda Islam yang mahu hidup mereka merdeka, ditangkap dan dikurung puluhan tahun lamanya , dalam bilik kurungan yang sempit dan serba gelap .
Mereka diperlakukan laksana binatang , bahkan binatang lebih berhati perut berbanding yahudi laknatullah .

Mari kita renungkan angka yang menyedihkan ini. Di saat ini sepertiga kanak-kanak Palestin dinafikan hak pendidikan , kurang dari 14% kanak-kanak Palestin yang dapat menghabiskan persekolahan di sekolah , kurang dari 9% tamat persekolahan diperingkat menengah. Kini 73% rakyat Palestin sedang menganggur.

Manakala jumlah rakyat Palestin yang hanya makan satu kali sehari ialah 46%. Seorang doktor terpaksa merawat 1,700 pesakit.

3 juta rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembuk sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi . Lebih 11,000 rakayat Palestin dipenjarakan di Israel . Ada yang dipenjara sehingga 30 tahun.

Puluhan lokasi pemeriksaan yang didirikan oleh tentera Israel telah meningkatkan penderitaan rakyat Palestin. Ini termasuk wanita Palestin yang melahirkan anak di stesen pemeriksaan Israel kerana disoalsiat sehingga mereka yang sarat hamil melahirkan anak ditempat pemeriksaan tersebut. Ada juga laporan pesakit dalam ambulan akhirnyanya mati dalam ambulan kerana disekat oleh tentera Israel atas nama pemeriksaan rapi.

Keadaan hidup rakyat Palestin sangat menyedihkan . Ada yang terpaksa hidup dalam kem pelarian yang tiada bekalan air bersih , tiada ubatan , tiada makanan dan sanitasi yang sempurna.

Mereka hidup dalam keadaan yang sangat tertekan dan terus menderita. Sudah puluhan tahun mereka tidak diberi hak untuk pulang ke tanah air Palestin. Sehingga kini 8,250 buah rumah rakyat Palestin dihancurkan dan mereka dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri. Sebanyak 18,031 rumah hancur semasekali di Tebing Barat dan Gaza.

Demikian kezaliman dan kekejaman Israel . Tepat seperti yang digamnbarkan dalam Firman Allah S. W.T

“Nescaya kamu akan dapati , manusia yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang – orang yang beriman ialah Yahudi dan orang – orang yang menyengutukan Allah ( Musyrikin )” . Al Maaidah : Ayat 82

Pada Julai 2005 , Kesatuan Pekerja Palestin termasuk 170 pertubuhan Palestin yang lain, parti-parti politk dan organisasi-organaisasi masyarakat telah menganjurkan boikot global , mengeluarkan semua pelaburan dan sekatan ekonomi ke atas Israel seperti yang pernah dilakukan ke atas Afrika Selatan.

Seruan ini mendapat sokongan masyarakat terutama di Eropah , AS dan Kanada sendiri. Pengguna telah memboikot barangan Israel dan ahli akdemik memboikot universiti-universiti Israel .

Terakhir ini Israel telah melaksanakan sekatan ekonomi ke atas rakyat Palestin yang tidak berdaya lagi selepas mereka dicerobohi. Pada musim panas pada tahun 2006 , operasi pengeboman berterusan dilancarkan oleh tentera Israel ke atas Gaza . Ia memusnahkan jalan raya , jambatan , kemudahan fasiliti kumbahan , pembersihan air dan pusat tenaga elektrik. Ratusan rakyat Palestin telah tercedera. Kesan sekatan itu ialah peningkatan pengganguran , kemiskinan dan kebuluran pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Gaza sedang dicekik oleh Israel sehingga ekonominya hampir lumpuh seluruhnya. Hakikat ini diakui sendiri oleh Hardad Zervos dari Bank Dunia.

Regim Israel terus meningkatkan kezalimannya terhadap umat Islam di Palestin . Regim Israel yang didalangi Amerika Syarikat telah menutup terminal Rafah pada 9 hb Jun 2007 iaitu pintu masuk di sempadan antara Israel dan Mesir.

Tindakan Israel ini telah menghalang rakyat Palestin yang berada di Mesir untuk balik ke Gaza , Palestin melalui pintu sempadan Rafah itu . Akibatnya ribuan rakyat Palestin terperangkap di Mesir yang menyebabkan anggota keluarga terpisah antara satu sama lain. Mereka terpaksa menumpang di sekolah , masjid , rumah dan ada yang tingal dibawah pohon di padang pasir..

Dakwaan Israel tindakan ini adalah untuk menghalang golongan pejuang Palestin dari mendapat bantuan dari Mesir. Sehingga ini HAMAS , Mesir dan badan antarabangsa dan PBB serta Badani Palang Merah Antarabangsa sendiri telah mendesak Israel untuk membuka sempadaan Rafah bagi membolehkan rakyat Palestin pulang ke Gaza.

Akan tetapi jika pun ada yang dibenarkan pulang, ternyata tentera Israel dijangka akan mengambil kesempatan menahan mereka yang didakwa pejuang Palestin bila mereka sampai di sempadan. Yang nyata ramai lagi yang sakit dan tua tidak dapat pulang ke Gaza.

Sehingga saat ini, hanya 700 orang sahaja dari 6,000 orang yang tersadai di Mesir yang dibenarkan pulang ke Gaza . Mereka dibenarkan pulang melalui sempadan di al-Oja , Utara Sinai yang dikawal kerajaan Mesir dan Israel . Proses kebenaran pulang ke Gaza ini disyaratkan melalui saringan yang ketat oleh kerajaan Mesir dan Israel.atas alasan untuk memastikan tiada pejuang Palestin yang terlepas masuk ke Gaza.

Malangnya sehingga hari ini , tiada bantuan dan tiada usaha mendesak Israel agar membuka semula sempadan di Rafah. Penderitaan mereka yang terperangkap di Mesir semakin meruncing dan menuju kepada keadaan krisis kemanusiaan yang parah. Sehingga kini hanya golongan Ikhwan Muslimin sahaja yang bekerja keras untuk membantu mereka yang tersepit

Pada hakikatnya tindakan Israel itu adalah untuk menghukum rakyat Palestin di Gaza yang telah menyokong Hamas dalam pilihanraya yang lalu. Sehingga ini kepungan ekonomi dan politik yang dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat ke atas kerajaan Palestin dibawah HAMAS telah mengakibatkan kakitangan kerajaan tidak dapat dibayar gaji , perniagaan terbantut dan menteri-menteri kerajaan HAMAS menjadi sasaran Israel.

Persatuan Ulama’ Dunia ( al Ittihad al A’lami lil ulama’ al muslimin ) telah mengusulkan kepada negara – negara ummat Islam agar membantu ummat Islam dan kerajaan HAMAS yang dipilih secara demokratik dalam menghadapi pemboikotan yang yang dilancarkan oleh musuh – musuh Islam durjana.

Ketua Kesatuan Ulama’ Dunia , Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa yang menegaskan , wajibnya ummat Islam menghulurkan bantuan kepada Palestin.
Sementara itu , Ketua Whip HAMAS di Majlis Legeslatif Palestin Dr. Khalil Ismail al Hayya , telah memohon sumbangan jihad dari seluruh ummat Islam dan melancarkan kempen 1 Dolar Amerika,bersamaan ( RM 3.60 ) setiap individu muslim dalam kempen menangani pemboikotan kuffar antarabangsa terhadap ummat Islam Palestin untuk mengatasi kesengsaraan dan ancaman kebuluran yang sedang dihadapi oleh ummat Islam Palestin .

Berbekalkan kesedaran dan keinsafan yang tinggi untuk mengangkat martabat Ummah di mata dunia , demi membebaskan Masjidil Aqsa dari cengkaman Yahudi laknatullah , demi kedaulatan syiar dan syariat Allah di bumi Palestin dan pastinya jua , demi menyelamatkan insan beriman dari kesengsaraan dan penderitaan yang berterusan , berjuanglah demi menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Marilah kita tunaikan hak persaudaraan kita , sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah saw :

Maksudnya : Perumpamaan orang – orang beriman dalam kasih sayang mereka , hubungan naluri mereka dan persaudaraan mereka seperti satu jasad . Apabila satu anggota terasa sakit, maka seluruh anggota turut berjaga dan terasa sakit .

Ehsan: Teman teras



Read More

Antara Undang-undang dan Emosi.



Isu PDRM kembali lagi, kali ini isu mengenai seorang remaja Aminulrasyid Amzah yang berumur 15 tahun yang mati ditembak oleh polis setelah kereta yang dipandunya terbabas walaupun sebelum itu dikejar oleh polis sejauh 6 KM.Penulis suka untuk membuat komentar mengenai isu ini:

1. Penulis mengambil jalan tengah untuk berkomentar dalam isu ini, bagi penulis seharusnya setiap mata dan minda rakyat melihat persoalan utama dalam isu ini iaitu UNDANG-UNDANG. Persoalannya adalah kenapa Ibu bapa mangsa membenarkan anak mereka memandu pada umur tersbut? inilah akibatnya jika pada peringkat umur sedemikian yang masih berjiwa kanak-kanak telah diberikan peluang untuk memandu. Namun apabila terjadi keadaan sedemikian, disalah dan dijaja merata-rata. Bagi penulis, pihak ibu bapalah yang perlu bertanggungjawab.

2. Namun yang menjadi persoalan utama sekarang adalah kenapa pihak polis boleh melepaskan tembakan sewenang-wenangnya?adakah keadaan seperti itu, dalam keadaan kereta terbebas polis boleh melapskan tembakan. Ditambah, kenapa melepaskan tembakan ke arah pesalah?Mengikut undang-undang, polis hanya boleh melepaskan tembakan jika nyawa mereka (polis) terancam dan nyawa orang lain terancam.

3. Polis kini menjadi tumpuan dan diserang dengan andaian yang pelbagai kerana rakyat semakin kurang mempercayai polis. Penulis amat menyokong jika diwujudkan suruhanjaya bebas yang mengadili Polis dan Aminurasyid kerana masakan boleh diterima akal jika orang yang kena tuduh membunuh menyiasat sendiri siapa yang membunuh?Polis yang menembak tetapi polis sendiri yang menyiasat. Ia boleh tetapi nilai integriti keputusan boleh dipertikaikan.

4. Penulis juga melihat KPN begitu emosi dalam menanggani permasalahan ini. Sikap tidak profesionalnya berhadapan dengan rakyat cukup menunjukkan sikap KPN sendiri yang gagal mengawal emosinya sendiri. Pernyataannya yang mungkin mencadangkan agar PDRM yang tidak akan membuat rondaan untuk menangkap mat rempit dan sebagainya mungkin ditekan dan seterusnya menekan terhadap rakyat.

Abunabil 2010
Penang, Malaysia.
Read More

Hulu Selangor : Mencorak politik masa depan?




Tahniah, diucapkan kepada P. Kamalanathan kerana menjadi MP baru Hulu Selangor!. Dengan undi 24997 menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim dengan undi 23272. Majoritinya juga seperti yang dijangka oleh penulis dalam FB Zentrum Future Studies iaitu lebih kurang 2000 undi. Ketewasan PKR dan PR sebenarnya sudah penulis jangka dan boleh dibaca di penulisan penulis yang lalu (Rujuk HULU SELANGOR : KPI KEPADA BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT). Namun penulis merasakan terdapat beberapa faktor tambahan yang menjadi faktor penolakan PKR :

1.Penolakan sebilangan rakyat sahaja kepada PKR kerana bagi penulis jika majority sekitar 2000 undi, bukanlah referendum rakyat kepada kerajaan Selangor atau PR atau sokongan terhadap slogan 1 Malaysia. Majoriti untuk kerusi parlimen sekitar 2000 undi bukanlah undi yang kuat untuk menyakini rakyat sudah memihak kepada BN. Namun perbezaan antara PRU 2008 dengan PRK 2010 adalah masih mendatar.Apa yang penting Kerajaan PR Selangor membaiki segala kelemahan dan kepincangan yang diutarakan dan menjadi modal BN semasa PRK Hulu Selangor.

2.Bagi penulis kekalahan ini disebabkan krisis keyakinan rakyat terhadap PKR sendiri. Pada masa krisis kepimpinan keluar dan lompat parti sedang menyelubungi sekeliling PKR. PKR meletakkan calon, PKR boleh menang tetapi permainan media menyebabkan rakyat Hulu Selangor terutama pengundi DAP (Di Atas Pagar) menolak Zaid.

3.BN menurunkan semua kepimpinan tertinggi, sehinggakan D.S Najib turun pada hari terakhir dengan menjanjikan pelabagai janji. SRJKC dijanjikan RM3 juta. Ia merupakan faktor penarik undi cina. Namun undi Cina gagal diraih oleh BN kerana faktor kemenangan BN adalah undi Melayu dan India. Namun jika kita mengenali bangsa Cina, sifatnya mudah...jika mereka percaya seseorang mereka akan memberikan apa sahaja dan dianggap seperti adik beradik, namun jika mereka membenci walaupun bangsa mereka sendiri mereka akan membenci sampai mati.

4.Memanglah kaum Melayu merupakan majority kaum di Hulu Selangor, PR meletakkan calon melayu adalah amat tepat. Tetapi meletakkan Zaid adalah satu kesilapan. Zaid mempunyai rekod peribadi agak buruk yang berjaya dikupas dan diselongkar oleh BN. Walaupun beliau mempunyai pengalaman namun kesensitifan orang melayu terhadap arak itu memang tebal.




5.Undi PKR sebenarnya meningkat berbanding PRU 2008 sekitar 200 undi namun peningkatan sedikit undi BN menyebabkan kekalahan PKR.Berbanding undi protes BN pada 2008, PR menang sekitar 200 undi tetapi kemenangan G. Palinival pada 2004 gagal menarik semula undimereka pada 2004 dahulu sekita 14000 lebih.


Namun persoalannya, adakah keputusan di Hulu Selangor ini akan mencorak politik masa hadapan? Penulis suka untuk memberikan beberapa komentar:

1.PRK Hulu Selangor menunjukkan bahawa rakyat menunjukkan kuasa mereka dalam memilih siapa yang gagal berkhidmat dengan baik akan ditolak. Namun dalam keadaan MP Hulu Selangor yang lama sentiasa sakit memungkinkan kegagalan berkhidmat kepada rakyat.

2.Politik Malaysia, bagi penulis semakin kotor. Peradaban politik sihat gagal diterjemah oleh kedua-dua blok parti politik. Budaya menyerang peribadi, provokasi, penggunaan media terlampau dan kelulusan projek segera selain memutar belitkan fakta menjadi amalan wajib parti bertanding. Penulis tidak mendengar atau melihat di televisyen calon-calon bercakap apa yang beliau akan lakukan jika beliau dipilih sebagai MP Hulu Selangor. Namun yang penulis dengar adalah kes calon cium tangan, kes minum arak, undi hantu dan lain-lain. Semua pihak gagal menghidangkan peradaban politik sebenar politik supaya rakyat dapat memilih calon bukan berdasarkan faktor lain tetapi keyakinan yang calon bawa dan miliki.

3.Pihak kerajaan hanya mempunyai satu-satunya senjata sebagai faktor penarik undi iaitu peruntukan segera. Kajian dibuat bahawa rakyat mula memihak kepada BN setelah D. S Najib turun berkempen. Najib bukan hanya turun tetapi mengumumkan beberapa peruntukan segera jika menang. Strategi ini sama dibuat semasa hampir menang di DUN Manek Urai. Adakah politik seperti ini ingin dihidangkan kepada generasi kemudian?

4.Namun bagi penulis, jika faktor Hulu Selangor menjadi titik tolak oleh Najib untuk membubarkan parlimen bagi PRU13 pada waktu terdekat. Beliau mungkin agak excited dan gelojoh kerana kemenangan Hulu Selangor bukanlah keyakinan BN akan menang majority 2/3 di parlimen. Faktor tumpuan dan fokus kepimpinan BN dalam PRK sebenarnya faktor penarik undi BN. Masakan tidak!, jika PRU tidak mungkin Najib akan turun ke semua MP dan DUN. Bahagialah tempat yang menerima kematian MP atau ADUN kerana seluruh kepimpinan negara akan turun dan memberikan pelbagai kemewahan.

Namun, penulis mendoakan Malaysia mencapai tahap perdaban politik yang mewarnai peradaban demokrasi sebuah negara. Entah bila, kita rakyat Malaysia akan dihidangkan peradaban politik sihat yang mana rakyat boleh memilih sendiri calon mereka secara jujur dan yakin calon dan parti boleh membawa negara ke arah negara maju.
Read More

CABARAN TERLAMPAU BAGI GOLONGAN PENDIDIK.



DUNIA pendidikan memang tidak lepas daripada pelbagai isu sama ada membabitkan para guru atau para pelajar. Sekarang ini heboh pula tentang isu guru enggan bertugas di luar bandar hingga memaksa Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran untuk mewajibkan guru bertugas di luar bandar untuk sekurang-kurang tiga hingga lima tahun.

Saya adalah seorang guru. Bertugas di pedalaman selama hampir sepuluh tahun.Bertugas di pedalaman adalah suatu pengalaman yang tidak boleh dibeli di mana-mana. Pengalaman selama hampir sepuluh tahun mematangkan kerjaya saya sebagai seorang guru. Namun yang menjadi isu sekarang ini apabila ada kalangan lepasan maktab enggan bertugas atau dihantar keluar bandar dan pedalaman khususnya di Sarawak dan Sabah kerana momokankawan-kawan seperjuangan yang mengatakan bahawa di Sarawak dan Sabah
ini keadaannya sangat perit.

Ada yang mengambil jalan pintas dengan segera mendirikan rumahtangga di akhir semester pengajian mereka di institut penguruan dengan harapan mereka tidak akan dihantar ke kawasan pedalaman. Ada yang terpaksa memikirkan berpuluh-puluh alasan untuk tidak ke kawasan seperti ini kerana bimbang tidak mampu untuk hidup di kawasan pedalaman.

Saya tidak menyalahkan bakal-bakal guru ini kerana ada asasnya kebimbangan mereka. Ini kerana bertugas di luar bandar atau pedalaman memerlukan mental dan fizikal yang tinggi. Kita perlu berkorban segalanya jika berada di luar bandar. Ketiadaan kemudahan asas adalah satu kenyataan yang perlu ditelan ketika melangkah ke kawasan ini.Hanya berbekalkan generator dan air sungai guru perlu segera menyesuaikan diri. Ada sekolah yang tidak mempunyai kemudahan telefon atau jaringan komunikasi. Saya sendiri pernah mengalaminya. Hendak menelefon keluarga pun terpaksa menggunakan telefon atur atau terpaksa memanjat apa sahaja asalkan dapat menghubungi keluarga. Begitu besar pengorbanan guru di luar bandar.

Tambahan pula, ada kawasan tidak mempunyai kemudahan klinik. Kalau demam pun terpaksa berbekalkan ubat yang dibeli di farmasi. Kalau hendak ke klinik akan memakan masa. Kecuali keadaan kesihatan yang serius maka terpaksa juga menggagahkan diri ke bandar untuk mendapatkan rawatan.

Ada kalangan kami yang ke bandar tetapi tidak mempunyai tempat tinggal.Terpaksa pula kami bermalam di hotel atau rumah tumpangan. Tidak mengira keselamatan diri, guru-guru perempuan yang tidak mempunyai saudara-mara di bandar terpaksa tinggal di hotel terutamanya apabila menghadiri kursus di bandar kerana pihak jabatan tidak menyediakan tempat tinggal. Apatah lagi sekarang ini adalah zaman penjimatan di
mana setiap kursus perlu dilakukan di premis pendidikan sendiri. Terpaksalah guru-guru luar bandar mencari alternatif untuk menjimatkan perbelanjaan daripada duduk di hotel selama berhari-hari.

Apa yang membimbangkan adalah sistem pengangkutan di luar bandar. Terpaksa naik perahu hingga berjam-jam lamanya. Apa yang lebih memeritkan, saya dan kawan-kawan terpaksa memberanikan diri menahan mana-mana kenderaan yang lalu lalang untuk ke bandar. Tidak mengira akan keselamatan diri, kami menumpang sesiapa sahaja yang sudi membawa kami ke bandar. Begitulah peritnya hidup seorang guru di luar bandar.

Namun, kami sangat terharu apabila kerajaan mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM500-RM1500 untuk guru-guru yang berkhidmat di luar bandar. Akan tetapi, kami merasa dipinggirkan apabila kami terpaksa berjuang pula untuk mendapatkan insentif tersebut kerana sekolah kami mudah dihubungi menurut pandangan pegawai yang melakukan pemantauan. Kami sangat kecewa pada masa tersebut memandangkan sekolah kami tidak mempunyai bekalan elektrik, perlu menaiki perahu, menggunakan jalan
tanah merah malah tiada kemudahan telefon. Paling menambahkan beban,elaun perumahan kami ditarikbalik memandangkan kami tinggal di kuarters sekolah walaupun kuarters tersebut sangat daif dan usang! Sudah jatuh, ditimba tangga pula. Biarpun demikian, kami sangat berbesar hati apabila kerajaan memberikan elaun balik kampung kepada kami
memandangkan harga tambang untuk pulang ke kampung bernilai sebulan gaji!

Cadangan kerajaan untuk mewajibkan guru bertugas di luar bandar bagi tempoh 3-5
tahun adalah cadangan yang CUKUP BAIKk namun pihak kementerian perlulah memastikan guru tersebut dapat berpindah ke negeri asal setelah tamat tempoh berkenaan. Jangan jadi seperti saya! Saya tidak kisah berkhidmat di luar bandar tetapi untuk tempoh selama sepuluh tahun ia memang memeritkan. Sepuluh tahun berkhidmat di sekolah yang sama begitu menekankan.

Apabila saya memohon ke bandar, pelbagai alasan dikemukakan oleh pihak jabatan kepada saya. Oleh sebab itu, ramai bakal guru yang enggan keluar bandar kerana bimbang akan terkandas di sana selama berpuluh tahun. Ada rakan sejawat saya yang pernah bertugas di luar bandar selama lima belas tahun barulah pihak jabatan buka mata untuk memindahkan mereka. Itupun setelah mereka bertikam lidah dengan pihak
berkenaan. Alasan yang selalu diberikan oleh pihak berkenaan adalah tiada kekosongan di tempat yang diminta.

Selepas ini, saya berharap agar urusan perpindahan guru diuruskan dengan lebih sistematik oleh pihak yang terlibat. Sebagai guru, kami tidak kisah untuk berkhidmat di mana-mana sahaja kerana sudah termaktub dalam ikrar kami sebelum menjadi guru. Akan tetapi, kebajikan kami perlu juga dijaga khususnya guru-guru di luar bandar.

Hasrat kerajaan untuk menambah insentif kepada guru-guru di luar bandar sangat dialu-alukan agar lebih ramai guru berminat untuk ke luar bandar. Pemberian elaun hidup susah adalahsatu contoh terbaik yang amat menggembirakan kami di luar bandar.
Cadangan saya agar setiap sekolah dibekalkan dengan bot laju atau van siap dengan pemandu bagi kemudahan guru-guru untuk berulang-alik ke bandar tanpa sebarang masalah. Dan diharapkan generator yang ada di sekolah dapat membekalkan bekalan elektrik 24 jam tanpa sebarangmasalah. Kadang-kadang ada sekolah yang mempunyai generator tetapitidak boleh digunakan kerana rosak atau tiada bekalan minyak.
Kasihanilah guru-guru di luar bandar.

Sarawak

ehsan dari FB Ibnul Qayyim Al-Bentongi
Read More

PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN: Adakah sekadar melepaskan batuk di tangga?



Kali ini penulis suka untuk menarik tumpuan kepada komitmen dan keseriusan kita untuk melaksanakan sesebuah program atau aktiviti pembangunan insan. Penulis amat sensitif akan keberkesanan terhadap sesebuah program atau kegiatan yang melibatkan pembangunan insan. Penganjuran sesebuah program berkait rapat dengan penggunaan wang yang tinggi, tenaga kerja, masa dan mungkin melibatkan kesukaran apabila berkeluarga. Pengorbanan ini seharusnya dibalas dengan keberkesanan program dan aktiviti yang berkualiti sehingga boleh melahirkan insan yang diharapkan. Barulah berbaloi!.

Namun adakah berbaloi pengorbanan dan perbelanjaan yang mungkin memakan puluhan ribu dengan program yang hanya melepaskan batuk di tangga? Atau lebih hebat lagi, asal buat!. Sebuah sekolah atau madrasah yang mementingkan pentarbiahan dan pendidikan dengan matlamat menirus ke arah melahirkan insan yang gagah dan perkasa, sudah tentu ia memerlukan perahan dan pengorbanan tenaga mental dan fizikal yang hebat. Aktiviti atau program yang tidak mengasak minda dan fizikal peserta dalam proses membangunkan insan bukanlah program pembangunan insan tetapi program suka-suka atau picnic.

Kesungguhan pihak perlaksana dalam mengolah modul sebenarnya amat penting. Program yang MUDAH DAN SENANG DIURUS akan MENYUKARKAN PROSES MEMBINA INSAN. Jangan merungut jika murid tidak mendengar arahan, melanggar disiplin, suka mengadu, cepat menangis atau lebih malang murid yang mengikut selera hiburan perdana. JANGAN MALAS BERFIKIR KERANA PERAHAN MINDA KITA UNTUK PEMBANGUNAN GENERASI KE ARAH KESEMPURNAAN AKAN MENDAPAT BALASAN SETIMPAL. Ingatlah, generasi hebat lahir daripada perlaksana yang hebat. Jika perlaksa berfikir mudah maka hasilnya punah. Tetapi jika perlaksana berfikir sehingga pecah kepala, hasilnya akan gagah perkasa.

Dahulu setelah tamat pengajian, penulis terlibat secara langsung dengan sebuah konsultan motivasi yang menganjurkan program pembangunan insan. Padan dengan sifatnya mencari keuntungan, programnya dirancang dengan rapi. Semua aktivitinya mempunyai falsafah dan matlamat tertentu sehinggakan pihak perlaksana terpaksa berlakon untuk menerapkan matlamat tersebut. Setiap masa berlalu digasakkkan dengan falsafahnya yang tersendiri. Penulis masih ingat, program 3 hari 2 malam, peserta-peserta yang terlibat adalah murid tahun 5 dan 6 setiap peserta terdiri daripada beberapa buah sekolah yang terletak di bandar besar Kuala Lumpur. Dengan falsafah melahirkan insan yang kental, setiap malam peserta hanya dibenarkan untuk tidur pada pukul 12 tengah malam dan dikejutkan pada pukul 3 pagi. Murid digasakkan kesalahan mereka yang dilakukan pada kelmarin. Selain falsafahnya untuk merapatkan ukhuwah dan menerapkan dalam minda kesalahan sahabat kita adalah kesalahan kita bersama. Akhirnya, pihak perlaksana berjaya melaksanakan program berdasarkan MBO dan falsafah-falsafah yang ditetapkan. Ini menjadikan semua pihak berpuas hati. Namun penulis pernah lakukannya, tetapi mungkin tidak sesuai dengan naluri perlaksananya., mereka mengatakan ia tidak sesuai dengan pelajar sekolah, jawatankuasa bertindan dan kita tidak boleh menghukum kesalahan dengan meletakkan hukuman bagi semua peserta. Inilah kegagalan memahami falsafah yang akhirnya menjadi ‘falsampah’,

Bagi penulis, setiap program yang dirancang dan dijalankan mempunyai falsafah dan matlamat tertentu, kita mungkin gagal memahami keperluan menerapkan falsafah-falsafah ini dek kerana terlalu streotaip dengan ‘warisan’ program atau aktiviti lalu. Kita mungkin ‘ ‘kurang rajin’ mengurus program yang kelihatan akan begitu kompleks kerana ‘ia akan menyusahkan diri’.

Bagi penulis, sesebuah program atau aktiviti jika kita gagal memerah otak untuk bagaimana mencapai falsafah dan matlamatnya, sekadar memudahkan kerja dan meneruskan warisan dan streotaip, kita sebenarnya sedang menghabiskan wang, masa dan keringat. Akhirnya membuang masa kita semua termasuk pihak sekolah, guru, murid dan lebih malang adalah ibu bapa.

Abunabil 2010.
Read More

HULU SELANGOR : KPI KEPADA BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT.


PRK H. Selangor akan diadakan 25 April 2010 sebenarnya memberikan indikator penting kapada kedua-dua blok politik negara. Pertandingan 2 penjuru iaitu P. Kamalanathan (BN), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan seorang calon bebas yang baharu sahaja menarik diri. Penulis sukan membuat komentar mengenai PRK P94 ini:

1. Walaupun PR menang di Hulu Selangor pada PRU- 2008 namun majoritinya tidak menjanjikan keselesaan kepada PR. Dengan majority hanya lebih kurang 80 undi, apa-apa sahaja boleh berlaku. Di Manek Urai, majority PRU 2008 lebih 1000 namun apabila berlaku PRK majoritinya sekitar 60 undi. BN menggunakan strategi di Manek Urai dengan menjanjikan pelbagai projek segera di Hulu Selangor.

2. Faktor Zaid sebenarnya liability bagi PR kerana Zaid sebenarnya mempunyai rekod peribadi yang agak buruk. Kes arak dan kes pendakwaaanya terhadap hukum hudud menjadi modal untuk BN untuk menyerang secara peribadi terhadap Zaid. Walaupun Zaid mengakui kesilapannya, namun permainan isu dan strategi BN akan mempengaruhi pengundi di atas pagar.

3. Walaupun berlaku masalah dalam meletakkan calon antara UMNO dan MIC, namun itu bukanlah faktor yang kuat untuk menolak calon BN. Ditambah permasalahan yang banyak seperti isu sembah derhaka, perpecahan dan PKR, Isu jualan arak dana lain-lain lagi.

4. Sebenarnya, penulis masih sangsi dan tidak percaya bahawa rakyat Malaysia memasuki era baru dalam politik Malaysia. Penulis masih tidak dapat menerima bahawa rakyat Malaysia sudah matang berpolitik. Bagi penulis, kekalahan BN pada PRU 12, bukanlah faktor rakyat mula sedar tetapi atas faktor harga barang yang tinggi, belot dalam BN dan faktor Pak Lah. Namun bagi penulis, penulis akan melihat indikatornya di Hulu Selangor kerana bagi penulis jika rakyat Malaysia agak matang berpolitik mereka akan memilih PR kerana mereka membuat penilaian bahawa BN menggunakan taktik lama yang melanggar peradaban sebuah negara demokrasi. Tetapi jika sebaliknya, penulis yakin dan percaya pada PRU 13 nanti, PR akan jatuh tersungkur.

5. Hulu Selangor sebenarnya merupakan indikator BN untuk menilai strategi demi strategi mereka sebelum ini bermula dengan kehebatan lompat melompat sebelum ini hinggakan terjadi pula kehebatan keluar parti dan menyertai AMNO. Namun inilah suasana politik Malaysia yang sarat dengan serang menyerang peribadi. Peruntukan segera ibarat rasuah kepada rakyat Hulu Selangor. Namun yang penting kita doakan bahawa pihak yang benar-benar ikhlas mengakkan kebenaran akan menang..amin..
Read More

MODEL EKONOMI BARU: Sekadar memulihkan jasad pelaku ekonomi.


Penulis sempat melihat dan sedikit membuat kajian mengenai Model Ekonomi Baru (MEB) yang telah secara rasminya dibentang oleh Datuk Seri Muhd. Najib bin Tun Abdul Razak. Penulis suka untuk membuat sedikit komentar mengenai MEB:

1.D. S Najib sebenarnya merupakan legasi ayahandanya Tun Abdul Razak. Najib dilihat seorang PM yang meniru perlakuan dan tindak tanduk ayahnya semasa memegang tampuk PM negara. Lawatan Najib ke Negara China setelah dilantik sebagai PM adalah tindakan Tun Razak setelah menjadi PM. Namun tindakan Tun Razak ke China adalah untuk menjalinkan hubungan diplomasi tetapi mengiktiraf tidak berpihak kepada negara China dan bersikap berkecuali. Namun yang lebih menarik adalah Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan oleh Tun Razak. Maka D. S Najib pula membawa model perkembangan ekonomi yang baharu iaitu Model Ekonomi Baru (MEB). Namun yang berbeza adalah DEB merupakan suatu dasar tetapi MEB merupakan sebuah model yang menjadi panduan dalam perlaksaan perkembangan ekonomi.

2.Bagi penulis, MEB dan DEB adalah perkara yang sama. DEB dengan matlamatnya adalah untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat adalah kedua-duanya berlari atas titian yang sama iaitu meningkatkan tahap kedudukan ekonomi bumiputera. Di tambah di dalam pengumuman MEB sendiri masih wujud usaha meningkatkan pendapatan bumiputera. Penulis bukan menentang usaha meningkatkan pendapatan bumiputera tetapi rata-rata dalam MEB sendiri sebenarnya matlamat utamanya adalah meningkatkan pendapatan negara. Adakah dengan menumpukan kepada perkembangan pendapatan bumiputera, pendapatan ekonomi negara akan meningkat?. Seharusnya proses meningkatkan pendapatan negara ini menirus kepada penumpuan peningkatan pendapatan semua kaum.

3.Penulis melihat MEB tidak menumpukan ke arah memulihkan dan mengurangkan masalah kemiskinan negara. Walaupun MEB hanya menghidangkan kaedah dan cara untuk meningkatkan ekonomi negara namun ia hanya berkisar kepada penumpuan negara kepada perkembangan sector ekonomi. Tanpa memberikan penumpuan kepada sector sosial yang amat penting diberi perhatian. Bagi penulis, secara teori DEB agak menyeluruh kerana merangkum perkembangan sector ekonomi dan sosial. Manakala MEB hanya berlari dan menari dalam erti kata sebenar hanya menumpukan kepada sector ekonomi tanpa memikir dan menumpu kepada masalah kemiskinan dan tidak mengambil inisiatif memulihkan kegagalan DEB.

4.Selain itu, MEB dilihat masih memelihara jasad tanpa membawa satu model yang holistic dengan memulihkan bukan sahaja ekonomi negara malah memulihkan roh pelaku ekonomi negara. MEB tidak langsung melihat kedudukan negara dalam indeks rasuah antarabangsa yang sebenarnya menjadi intipati sebenar kegagalan DEB dan keberjayaan MEB. D.S Najib melihat hanya dengan model ekonomi yang perlu dilakukan itu dan ini, tanpa melihat keberangkalian ketirisan dalam nilai dan peruntukan kerajaan.

5.Akhir kalam, penulis tidak yakin MEB akan berjaya mencapai matlamatnya dalam keadaan indeks-indeks penting seperti tahap kemiskinan, indeks rasuah, integriti dan lain-lain tidak diberi perhatian utama. Namun penulis mengharapkan MEB bukan idea picisan dek kerana mengikut tindakan dan gerak langkah Tun Razak. Biarlah PM berdiri atas kaki sendiri tanpa mengikut orang lain untuk di copy and paste.

Abunabil
Penang ‘10
Read More

JomHeboh di Kelantan.

Penulis sempat menonton Konsert JomHeboh di Televisyen yang diadakan di negeri Kelantan. Program yang diadakan di Kelantan ini bukan sahaja sejarah di Kelantan malah di Malaysia. Inilah merupakan sebuah negeri yang dikuasai dan ditadbir oleh pemerintah islamik membenarkan program yang pernah dikatakan haram oleh Mufti Negeri Perak D.Ridzuan iaitu Sahibus Samahah Tan Sri Dato’ Seri Harussani Zakaria.

Penulis membuat sedikit komentar mengenai program ini yang diadakan di Kelantan:

1. Kelantan berjaya menonjolkan adab Islam dalam konsert yang kelihatan penontonnya tidak agresif dan diadakan dengan mengikut syariah Islam. Wanita dan lelaki diasingkan serta semua artis yang membuat persembahan adalah lelaki. Namun lebih menarik jika terdapat artis wanita yang membuat persembahan tetapi diasingkan di tempat lain. Hanya kaum wanita sahaja yang dibenarkan menonton.

2. Bagi penulis, untuk tahun berikutnya Kelantan sebenarnya boleh meng SUARASA kan JomHeboh. SUARASA merupakan program ala JomHeboh tetapi agak islamik. JomHeboh boleh dianjurkan dengan pelbagai format seperti ceramah agama, forum perdana atau lain-lain program yang diselitkan walau sedikit unsur-unsur tarbiah dalam JomHeboh.

3. Kelantan boleh mempromosikan ajaran Islam sebenar kepada rakyat Malaysia umumnya melalui JomHeboh dan secara khususnya kepada artis-artis dan penganjur JomHeboh. Mereka boleh melihat bahawa jika beberapa perkara yang dijaga dalam islam dalam penganjuran sesebuah konsert, maka akan wujud suasana aman dan tenang dalam sesebuah konsert.

4. Pengharaman JomHeboh oleh Mufti Perak merupakan satu tamparan kepada Islam itu sendiri kerana kelihatan Islam ini satu penghalang naluri manusia untuk meminati muzik malah menghadiri konsert oleh generasi muda. Namun Kelantan membawa jalan solusi bahawa JomHeboh itu tidak haram jika diadakan dengan format tertentu. JomHeboh ini yang kelihatan haram boleh dihalalkan jika diadakan seperti itu dan seperti ini.

5. Akhir kalam, Islam ini merupakan sebuah agama yang tegas dalam prinsip dan longgar dalam perlaksanaan. Seharusnya Negeri Islam seperti Kelantan meningkatkan lagi penganjuran program kegilaan remaja dan muda mudi. Tidak keterlaluan jika dengan keterbukaan Kelantan ini, JomHeboh ini titik tolak penganjuran Anugerah Juara Lagu, Anugerah Berita Harian dan Anugerah Bintang Popular yang berversi islamik.
Read More

PR : SEMAKIN MATANG



Sudah 2 tahun Barisan Pembangkang berjaya menakluki beberapa negeri daripada Regim BN. Bagi penulis PR melalui beberapa fasa kematangan yang melalui proses kematangan dengan misi menumbangkan Regim Barisan Nasional.




1.Sejak tahun 1999, bermulalah kebangkitan pembangkang dengan faktor utamanya adalah Anwar Ibrahim. Barisan Alternatif wujud dengan gabungan KeADILan dan PAS. Kelantan dan Terengganu berada dalam gengaman PAS manakala pembangkang berjaya menambah MP dengan mencipta sejarah MP teramai dalam Parlimen. Pada masa itu, DAP tidak berada dalam satu pakatan dengan PAS dan KeADILan. Pada masa itu, PAS dan ADIL merupakan parti dominan melayu dan DAP dominan Cina.

2.PRU 2004 dilihat Pembangkang seperti ditunjuk jalan keluar dan mungkin menandakan hayat mereka telah berkakhir. MP-MP dan Terengganu tumbang satu demi satu. Malah Kelantan satu berlebihan 1 kerusi berbanding BN. Faktor utamanya adalah tidak berlaku kesepakatan antara Parti pembangkang sendiri. DAP menunjukkan keegoannya dengan melatakkan calon menjadikan pembangkang berlawan sesama sendiri dan pada masa yang sama terpaksa bertembung dengan BN. Selain faktor PM Pak Lah yang baharu bertukar dari PM Tun Mahathir.


3.Pada PRU 2008, Pembangkang melalui PAS, BN dan PKR berjaya membuat kejutan dengan memenangi lebih 80 kerusi Parlimen. Barisan Pembangkang berjaya membentuk kesepakatan dengan membentuk Pakatan Rakyat. Kesepakatan Parti-parti ini adalah untuk menumbangkan Regim BN.

4.Penulis melihat berlaku perbezaan dan kesepakatan luar biasa antara parti-parti ini kerana setiap parti mula melonggarkan prinsip dan ego. Walaupun pada mulanya PAS dengan prinsipnya dan DAP dengan matlamatnya. Namun kini tidak kedengaran lagi, PAS mempertahankan prinsip dan DAP dengan sifat emosinya. Walaupun PKR ibarat telur di hujung tanduk, namun PR masih dengan toleransi dan persefahaman yang teguh. Sifat toleransi dan kesatuan ini diperteguhkan lagi dengan konvensyen PR di Perak yang menyatukan ketiga-tiga parti ini dalam satu Pakatan.


5.Banyak isu-isu yang berlaku di Pulau Pinang terutamanya Kerajaan Pulau Pinang yang meruntuhkan kedai-kedai milik orang melayu yang dibina di kawasan yang tidak sesuai. Sebenarnya isu ini tidak wujud jika Kerajaan BN Pulau Pinang menjalankan pemerintahan yang telus dan berintegriti. Sepanjang pemerhatian penulis, banyak kedai-kedai di Pulau Pinang menjalankan perniagaan mereka di kawasan yang melanggar undang-undang contohnya dibina di tepi kawasan ‘double line’. Kenderaan tidak boleh berhenti di laluan ini. Selain dibina di kawasan dilarang berniaga. Kerajaan BN yang menjaga undi peniaga-peniaga ini tanpa mementingkan keselamatan rakyat.


6.Melalui maklumat hanya 18% kedai milik orang melayu diruntuhkan tetapi kehebatan media Regim BN merangsang dan memutarbelit isu menyebabkan ramai penyokong PAS berang dan ada yang berpaling tadah. Mereka mengatakan PAS sudah tidak ada kekuatan untuk mempertahankan isu-isu ini yang melibatkan orang melayu yang mereka harapkan hanya NGO yang bernama SEDAQ yang bertopengkan Regim BN.


7.Penulis melihat isu ini merupakan tanda persefahaman dan toleransi yang baik antara anggota dalam PR. Mereka tidak mahu mengulangi seperti 2004. DAP dengan egonya dan PAS dengan prinsipnya. Mereka menyelesaikan permasalahan antara parti dengan konsep persahabatan. Inilah yang menakutkan Regim BN. Namun ada pihak yang melatah dengan keadaan ini. PAS bukan mengikut telunjuk DAP tetapi menghormati DAP yang mempunyai majoriti kerusi di DUN Pulau Pinang. Jika PAS dan DAP serta PKR dengan perangai kebudak-budakkan maka Regim BN akan terus bermaharajalela. Ingatlah untuk menumbangkan BN bukanlah kerja mudah, hanya kekuatan dan kesepakatan yang utuh sahaja mampu menumbangkan REGIM UMNO BARISAN NASIONAL.

abunabil '10
Penang, Malaysia
Read More

ANTARA PRINSIP DAN KELUAR PARTI.



Seorang demi seorang MP PR dari PKR keluar parti dan mengisytiharkan sebagai MP Bebas. Namun terdapat seorang ADUN PKR Lunas yang isytihar keluar parti sedang berunding dengan BN. Penulis ingin membuat beberapa komentar mengenai isu ini:



1.Kebanyakan MP, ADUN dan bekas ADUN yang keluar PKR rata-rata mengatakan mereka melakukan tindakan tersebut kerana mempertahankan prinsip mereka yang bersungguh-sungguh mempertahankan agama, bangsa dan negara. Namun apakah prinsip mereka sendiri sebenarnya? Apakah maksuh prinsip sebenarnya? Prinsip bermaksud pegangan atau matlamat. Jika merupakan orang yang sungguh ‘berprinsip’ dan mempunyai jati diri, kenapa mereka sahaja yang keluar parti? Mungkin berbondong-bondong sebelum dan selepas ini yang ‘berprinsip’ akan keluar PKR. Semua ini menimbulkan tanda tanya dan persoalan.

2.Bagi penulis, PKR merupakan sebuah parti yang mempunyai ahli yang mempunyai pelbagai prinsip, matlamat dan pegangan masing-masing. Setiap ahlinya mempunyai prinsip yang berbeza. Malah dalam PKR sendiri mungkin ahli-ahlinya tidak jelas prinsipnya sendiri. Dahulu, PKR dibina kerana Anwar yang dipenjarakan. Namun setelah Anwar bebas, PKR sendiri kabur hala tuju perjuangan. Jika ingin memperjuangkan keadilan, keadilan yang bagaimana ingin diperjuangankan? Atau ingin meletakkan boss mereka sebagai Memanda Menteri?

3.Seharusnya, Boss PKR seharusnya membetulkan atau memantapkan prinsip dan matlamat parti supaya dapat memacu ahlinya yang bergerak dalam pelbagai cara dan rentak tetapi dengan matlamat yang sama. Selain memasakkan matlamat parti dalam jiwa setiap ahli. Bagi penulis, kini PKR dan BN adalah sama tetapi tidak serupa. Ahli PKR masih mempunyai jiwa BN. Namun tahniah kepada PAS dan DAP masih lagi menerima PKR (Parti Kian Rosak) sebagai anggotanya malah masih melantik Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

abunabil '10
Penang, Malaysia
Read More